Mayat seorang penumpang feri yang dilapor terjatuh daripada feri Pulau Pinang pada Isnin telah ditemukan.
Mayat Tham Kok Keong, 47, dijumpai nelayan dalam keadaan terapung di Persiaran Gurney pada jam 10.40 pagi ini sebelum memaklumkannya kepada pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR).
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Nor berkata mayat mangsa yang bekerja sebagai Pengurus Ejen Lojistik di Georgetown itu ditemukan pada jarak 4.8 kilometer dari tempat mangsa terjatuh.
"Pada jam 10.40 tadi, pihak bomba hasil maklumat nelayan telah menjumpai mayat terapung pada jarak 4.8 kilometer dari tempat di mana tempat mangsa itu terjun di kawasan Gurney Drive dan bawa balik ke lokasi ini.
"Hasil pengecaman awal memang sah si mati hasil daripada kad pengenalan yang dijumpai dalam kereta... si mati Tham Kok Keong, 47, dari Air Itam, Pulau Pinang," kata Noorzainy.
Noorzainy berkata mangsa telah berpisah dengan isteri dan mempunyai dua anak dan pihak polis sudah memaklumkan penemuan mayat kepada waris.
Mayat kemudiannya dibawa ke Jeti Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang Isnin, mangsa dikatakan terjatuh dari feri selepas 10 minit ia bertolak dari Pangkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth.
Petugas feri yang membuat pemeriksaan di bahagian bawah dek feri mendapati terdapat sebuah kereta jenis Honda City ditinggalkan tanpa pemandu atau penumpang.
Pihak polis yang menjalankan siasatan mendapati kenderaan itu didaftar atas nama seorang wanita Lye Ah Yin, 73, beralamat di Permatang Pauh.
Pelbagai agensi terdiri daripada pasukan bomba dan penyelamat (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia(APMM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Pulau Pinang(APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Polis Marin (PPM) terlibat dalam operasi SAR tersebut.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Jul 02 2019

Mayat Tham Kok Keong, 47, dijumpai nelayan dalam keadaan terapung di Persiaran Gurney pada jam 10.40 pagi ini. -

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Kereta terjatuh dari feri, ibu dan anak dikhuatiri maut
Ibu dan anak kecil dipercayai maut selepas sebuah kereta mengundur secara tidak sengaja dari sebuah feri di Kenya sehingga terjunam ke dalam laut.

Mayat penumpang jatuh feri dijumpai terapung
Mayat Tham Kok Keong, 47, dijumpai nelayan dalam keadaan terapung di Persiaran Gurney pada jam 10.40 pagi ini.

Mayat lelaki jatuh feri dijumpai
Mayat lelaki tanpa sebarang pengenalan diri itu ditemukan orang awam berhampiran Jeti Swettenham di sini, kira-kira jam 10 pagi Ahad.

Operasi SAR penumpang jatuh feri ditangguhkan
Operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan pada pukul 7.30 petang tadi dan akan disambung semula pada pukul 7.30 pagi esok.