KUANTAN: Mayat seorang remaja lelaki, Muhammad Ikmal Hakim Ahmad, 19, yang dikhuatiri lemas pada Isnin berjaya ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 2.40 petang, hari ini.
Mangsa, bersama dua rakannya yang berkerja di sebuah kedai serbaneka dekat sini sebelum itu telah pergi ke Teluk Tongkang, Teluk Cempedak, dekat sini, pada jam 2.45 petang, pada Isnin untuk mandi manda bersama dua rakannya untuk meraikan kejayaan mendapat kerja di tempat baharu.
Mangsa bagaimanapun dilaporkan hilang selepas dipercayai dihanyutkan ombak.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuantan, Kapt (PA) Shaifu Nizam Ab Rahman memaklumkan, mayat mangsa telah ditemukan oleh orang awam di Pantai Tembeling Resort pada jarak kira-kira tiga kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.
‘Pasukan penyelamat segera ke tempat kejadian bersama 11 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), pasukan polis (12 anggota), pasukan Maritim (12), dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat seramai 14 orang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, rakan mangsa, Mohd Amirul Izzat (19 tahun), mangsa dan seorang lagi rakan telah pergi ke tempat kejadian untuk mandi manda di kawasan itu pada Isnin.
Katanya, mereka mandi di kawasan berbatu kira-kira 100 meter dari pantai Teluk Tongkang dan tempat itu hanya boleh dilalui dengan berjalan kaki semasa air surut, ketika itu paras air hanya paras pinggang.
“Rakan itu (Mohd Amirul Izzat) menjelaskan, semasa sedang mandi air laut mula pasang dan laluan untuk balik ke tepi pantai mula dinaiki air laut dengan arus yang deras serta ombak tinggi.
“Mangsa bersama rakannya cuba berenang dari kawasan batu tempat mereka mandi ke pantai namun ketiga-tiga mereka telah dihanyutkan arus,” katanya.
Wan Mohd Zahari berkata, dia (Mohd Amirul Izzat ) dan seorang lagi rakan berjaya sampai ke tepi pantai manakala mangsa telah dihanyutkan arus dan terus tenggelam.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) terdiri daripada polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan, APM Kuantan telah dijalankan sejurus menerima panggilan kecemasan.
“Operasi itu turut disertai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Marin yang telah memulakan pencarian di sepanjang pantai Teluk Tongkang hingga ke Teluk Cempedak termasuk rondaan bot APMM di kawasan perairan,” katanya.
Amirah Nordin
Tue Feb 21 2023

Mayat mangsa telah ditemukan oleh orang awam di Pantai Tembeling Resort pada jarak kira-kira tiga kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang. - Foto Astro AWANI

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Februari 2025
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Jemaah Menteri perlu terbuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AS jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Presiden Donald Trump menyatakan bahawa Kyiv tidak mempunyai kelebihan dalam rundingan.
AWANI Pagi: Meniti populariti di negara ASEAN kerana masakan Melayu
Bersama dua pempengaruh masakan di Selatan Thailand, Salee Style dan Chef Farn berkongsi bagaimana jambatan budaya menerusi bahasa Melayu dan masakan tradisi Melayu menjadikan kedua-duanya popular di platform media sosial di negara ASEAN sehingga meraih jutaan pengikut. Ikuti perkongsiannya, 7:30 pagi Sabtu.
AWANI Pagi: Sukan ekstrem | Pelancongan bagi mereka yang gemar aktiviti mendebarkan
Pelancongan sukan lasak menawarkan pengalaman mendebarkan meneroka pelbagai jenis laluan mencabar yang bersesuaian untuk penggemar adrenalin yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi sambil menguji ketangkasan dan keberanian mereka. Saksikan AWANI Pagi meneroka sektor pelancongan ini.

FAM perkenal bekas pemain kebangsaan Australia selaku penolong jurulatih Harimau Malaya
Tugas utama Miligan sudah pastinya membantu Cklamovski mempersiapkan pasukan menjelang aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat tarawih
Larangan ini diumumkan oleh Kementerian Urusan Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi baru-baru ini.

Penunjuk perasaan lanjutkan protes 'Indonesia Gelap' lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai -Indonesia Gelap-.

Remaja ditemukan lemas di Lata Tebing Tinggi
Setibanya anggota pasukan daripada BBP Selama di lokasi kejadian, didapati mangsa telah dijumpai orang awam.

K9 bantu kesan remaja lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Pahang
Khidmat dua anjing pengesan (K9) digunakan hari ini dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas di Sungai Pahang.

Dua ditemukan lemas ketika mandi di Papar
Seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki 12 tahun berjaya diselamatkan orang ramai dalam kejadian tersebut.

Remaja lelaki dihanyutkan arus deras di Sungai Neram ditemukan lemas
Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang dihanyutkan arus deras ketika mandi di Sungai Neram di Felda Neram 1 dekat sini petang semalam, ditemukan lemas pagi ini.

Remaja lelaki terjatuh ke dalam tali air ditemukan lemas
Remaja lelaki berusia 13 tahun yang dipercayai terjatuh ke dalam tali air di Kampung Pangkal Kalong, Ketereh di sini semalam, ditemukan lemas pada 11.40 pagi tadi.

Remaja ditemukan lemas dibawa arus di Pulau Carey
Pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah pada fizikal mangsa, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Remaja lelaki lemas di Sungai Kampung Lata Pauh
Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun lemas di Sungai Kampung Lata Pauh, Kuala Krai, hari ini.

Remaja lemas ketika mandi sungai bersama rakan
Dalam kejadian kira-kira 4.05 petang itu, Nor Danish Hafidz dikatakan mandi di sungai itu setelah pulang dari sekolah bersama rakan-rakan.

Remaja mati lemas ketika mandi bersama rakan
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun mati lemas ketika mandi-manda bersama rakannya di kawasan pam pasir Kampung Bagan, Pulai Chondong di sini semalam.

Remaja hilang ketika mandi di Sungai Ketil ditemukan lemas
Remaja yang hilang ketika mandi bersama lapan rakannya di Sungai Ketil, Kampung Kuala Merah, Kuala Ketil, Baling, ditemukan lemas.