Mayat reput yang dijumpai di Pulau Tenggol, di sini semalam dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum disumbat ke dalam kotak polisterin, kata Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub.
Katanya, hasil laporan bedah siasat juga mendapati terdapat kesan tetakan pada rusuk kiri, kanan dan belakang badan mangsa yang berusia antara 20 hingga 40 tahun itu.
"Mangsa dipercayai seorang lelaki telah meninggal dalam tempoh lebih dua minggu... mangsa tidak dipotong namun (dipercayai) dibiarkan mengalami proses mereput sebelum dibungkus rapi dengan plastik dan disumbat ke dalam kotak," katanya ketika dihubungi Bernama.
Semalam seorang pemandu bot pelancong bersama-sama tiga rakannya menjumpai kotak polisterin itu ketika berehat selepas pulang daripada melakukan aktiviti 'snorkeling' kira-kira pukul 9.15 pagi di pesisir pantai Pasir Tenggara, Pulau Tenggol.
Ahmad Zailani berkata polis yakin kotak berkenaan telah diletakkan di lokasi berkenaan dan bukannya dihanyutkan arus sehingga terdampar ke pesisir pantai.
"Tiada kesan berlumut mahupun warna pudar pada kotak berkenaan... kita percaya ia memang diletakkan di pulau itu dan bukannya dicampak ke dalam laut sehingga terdampar," katanya sambil menambah kes itu disiasat sebagai kes bunuh.
Bernama
Wed Sep 07 2016

Mayat reput yang dijumpai di Pulau Tenggol semalam dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum disumbat ke dalam kotak polisterin. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Kawasan perairan Pulau Tenggol bakal diwarta
Kajian sedang dibuat bagi memperluas proses pewartaan dari bahagian daratan ke perairan Pulau Tenggol.

Pekerja resort hilang: Mangsa mungkin hanyut akibat bot rosak
Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abdul Rashid berkata, pihaknya juga tidak menemui sebarang petunjuk yang boleh mengaitkan bot terbabit karam.

Tiga pekerja resort di Pulau Tenggol dikhuatiri hilang di laut
Dalam kejadian itu, ketiga-tiga mangsa dipercayai dalam perjalanan menuju ke pulau tersebut untuk mengambil pelancong yang menginap di Tenggol Island Resort itu.

Tragedi bot karam Pulau Tenggol: Seorang pemancing maut, tiga lagi terselamat
Seorang pemancing maut manakala tiga lagi rakannya selamat selepas bot yang yang dinaiki mereka karam perairan Pulau Tenggol, Dungun.

Mayat reput di Pulau Tenggol dipercayai dibunuh sebelum disumbat dalam kotak polisterin
Katanya, hasil laporan bedah siasat juga mendapati terdapat kesan tetakan pada rusuk kiri, kanan dan belakang badan mangsa.