Mayat seorang lagi kru kapal korek pasir JBB Rong Chang 8 yang terbalik di perairan Tanjung Johor, Muar pada Mac lepas ditemukan oleh pihak kontraktor kapal pada awal pagi Khamis.
Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Muda Maritim Datuk Abu Bakar Idris berkata mayat itu dijumpai terperangkap di dalam bilik jentera utama selepas kerja-kerja bagi menimbulkan semula kapal itu berjaya dilaksanakan.
"Mayat itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Usaha mencari di sekitar kapal turut dilakukan hari ini dengan melibatkan aset laut daripada Maritim Malaysia dan polis marin bagi mengesan sekiranya ada mayat yang lain," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Dengan penemuan terbaru itu, jumlah mangsa yang dapat dikesan sehingga hari ini ialah sebanyak 13 orang iaitu lapan sudah tidak bernyawa dan lima selamat.
BACA: Dua lagi mayat kru JBB Rong Chang 8 ditemui
BACA: Insiden kapal korek: Pusat SAR ditutup, operasi dipindah ke Batu Pahat
BACA: Seorang lemas, 11 kru kapal korek pasir hilang di perairan Muar
Mangsa yang mati termasuk tiga yang dijumpai di perairan Indonesia. Lima lagi masih gagal ditemukan.
Kapal korek yang membawa 18 kru itu terbalik di kedudukan kira-kira 12 batu nautika barat Tanjung Johor pada 21 Mac lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 08 2018

Sebuah kapal korek pasir yang dipercayai dari China dengan nama JBB Rong Chang 8 terbalik di kedudukan 8.5 batu nautika dari perairan Parit Jawa, dekat Muar, 21 Mac, 2018. --fotoBERNAMA / Fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Mayat seorang lagi kru kapal korek JBB Rong Chang ditemukan
Mayat itu dijumpai terperangkap di dalam bilik jentera utama selepas kerja-kerja bagi menimbulkan semula kapal itu berjaya dilaksanakan.

Operasi SAR kapal korek diteruskan, dengar bunyi ketukan
Bunyi ketukan hari ini memberi harapan kepada pasukan SAR ada mangsa masih selamat dalam kapal korek yang terbalik Rabu lalu.