KUCHING: Mayat seorang wanita yang berada di dalam kereta terhumban ke Sungai Sarawak berdekatan Jambatan Gantung Satok di sini berjaya dibawa keluar tengah hari ini.
Dua penyelam dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang mengeluarkan mangsa yang belum dikenal pasti identitinya kira-kira 12.57 tengah hari tadi, selepas berjaya mengesan kedudukan kereta jenis Perodua Kenari dipercayai dipandu mangsa itu tenggelam.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak telah menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu kira-kira 10.30 pagi ini namun pemanggil tidak dapat memastikan jumlah mangsa di dalam kenderaan terbabit.
Sejurus menerima panggilan itu, 14 anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Pandungan telah dikerah ke tempat kejadian.
Satu video memaparkan kereta berwarna perak yang separuh terapung dengan dua orang individu di dalam sebuah perahu cuba mendekati kereta itu untuk menyelamatkan mangsa turut tersebar di media sosial.
Seorang daripada individu dalam perahu dikenali sebagai Bonnie berkata dia melihat kenderaan berkenaan di dalam sungai ketika sedang bertugas membersihkan sampah sarap di sungai itu.
Bonnie dan rakannya bergegas untuk menyelamatkan mangsa yang berada di dalam kenderaan itu namun gagal kerana keempat-empat pintu dikunci dari bahagian dalam.
"Saya hanya melihat mangsa memberikan isyarat melarang saya untuk membantunya, saya juga tidak boleh berbuat apa-apa kerana tiada apa-apa peralatan untuk memecahkan cermin tingkap kereta itu.
"Kami juga berusaha untuk menarik kenderaan itu namun tali yang digunakan untuk menarik itu putus dan hanya mampu melihat kenderaan itu tenggelam," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Supt Alexson Naga Chabu ketika dihubungi Bernama berkata polis kini sedang mendapatkan maklumat berhubung kejadian berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 24 2021

Mayat seorang wanita yang berada di dalam kereta terhumban ke Sungai Sarawak berdekatan Jambatan Gantung Satok di Kuching berjaya dibawa keluar tengah hari ini. - Foto tular
AWANI Ringkas: Peruntukan Ahli Parlimen pembangkang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Silap isi borang, mahkamah arah Along Cham lantik peguam syarie
Peguam yang mewakili Muhammad Nizamudin selaku plaintif perlu memfailkan permohonan baharu yang lengkap bagi melancarkan kes berkenaan.

Doktor berkelakuan tidak senonoh ditahan semula susulan laporan polis ketiga
Tempoh tahanan reman lelaki berusia 43 tahun itu tamat hari ini, namun suspek ditahan semula susulan laporan polis ketiga dibuat terhadapnya Jumaat lepas.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

KKM tidak bercadang perluas pelaksanaan pemanjangan waktu operasi klinik kesihatan
Berdasarkan pelaksanaan EH di beberapa klinik terpilih ketika ini, didapati langkah itu tidak banyak menyelesaikan masalah kesesakan terutama di zon hijau.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing.
[TERKINI] Gaji parlimen RM40,000 tak kan boleh miskin
Perdana Menteri menyifatkan pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Seri Muhyiddin Yassin sebagai hero jalanan yang hanta pandai mencetuskan sesuatu isu.

Sekolah di China mula perkenal mata pelajaran kecerdasan buatan tahun ini
China akan memperkenalkan mata pelajaran AI di sekolah mulai September untuk menjadi peneraju teknologi.

'Ada pendedahan nanti' - Along Cham mahu sahkan lafaz cerai taklik, Afreena enggan tangguh
Along enggan mengulas lanjut mengenai pelanggaran taklik untuk tidak membuka aib rumah tangga, sementara Afreena berharap proses berjalan lancar tanpa penangguhan.
AWANI Ringkas: Kerjasama Institusi Pondok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mayat wanita di dalam kereta terhumban ke Sungai Sarawak berjaya dikeluarkan
Mayat seorang wanita yang berada di dalam kereta terhumban ke Sungai Sarawak berdekatan Jambatan Gantung Satok di sini berjaya dibawa keluar tengah hari ini.