KINABATANGAN : Mayat wanita yang disambar buaya ketika memancing dalam satu kejadian di Kampung Tanjung Bulat, dekat sini, pada Sabtu sudah ditemui hari ini.
Mayat mangsa, Norsila Sayong, 32, ditemui penduduk kampung yang bersama-sama menyertai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekitar pukul 6.35 pagi Ahad.
Apa yang memilukan, mayat mangsa yang dilaporkan cuba menyelamatkan ibunya daripada disambar buaya itu ditemui dalam keadaan kurang lengkap.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin berkata, penduduk kampung memaklumkan terdengar pergerakan buaya di sungai itu sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak bomba.
"Pasukan SAR dan penduduk kemudiannya bergegas ke lokasi berkenaan dan menemui tubuh mangsa dalam keadaan kurang lengkap.
"Mayat mangsa ditemui kira-kira 800 meter daripada lokasi wanita itu dilaporkan disambar buaya.
"Bomba kemudiannya mengangkat mayat mangsa ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, " katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Menurutnya, susulan penemuan itu, SAR ditamatkan sepenuhnya pada pukul 8 pagi.
Dalam kejadian semalam, mangsa disambar buaya ketika memancing di tebing anak sungai berkenaan yang bersambung dengan Sungai Kinabatangan bersama keluarga pada pukul 3.40 petang, Sabtu.
Radhi Muslim
Sun Jul 31 2022

Mayat mangsa, Norsila Sayong (gambar kecil) ditemui penduduk kampung yang bersama-sama menyertai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekitar pukul 6.35 pagi Ahad.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Mayat wanita disambar buaya sudah ditemui
Apa yang memilukan, mayat mangsa ditemui dalam keadaan kurang lengkap.

Wanita disambar buaya ketika memancing
Kejadian berlaku ketika mangsa sedang memancing di tebing anak sungai yang bersambung dengan Sungai Kinabatangan.