Satu mayat wanita warga emas ditemui di dalam parit berhampiran sebuah jambatan di Taman Sri Wangsa, Parit Besar, di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Azhan Abdul Halim berkata mayat berkenaan ditemui 10.30 pagi oleh orang awam sebelum memaklumkan kepada polis.
Beliau berkata siasatan kemudian mendapati mayat yang ditemui terapung itu adalah mayat wanita berumur 66 tahun.
"Si mati (wanita) dilaporkan keluar rumah dan tidak balik sehari sebelum dia ditemui mati. Mayatnya sudah dicam dan disahkan oleh ahli keluarganya," katanya.
Azhan berkata siasatan lanjut mendapati tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuh wanita itu dan pemeriksaan sekitar lokasi juga tidak menemui sebarang bukti dan saksi berkaitan kejadian jenayah berlaku ke atasnya.
Setakat ini kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Mayat tersebut dihantar ke Unit Patologi, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk proses dokumentasi dan bedah siasat, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 17 2019

Setakat ini kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Tanah runtuh Cameron Highlands: Satu lagi mayat mangsa dijumpai
Satu lagi mayat mangsa tanah runtuh di Kg Raja, Blue Valley di sini ditemukan pada 12.05 tengah hari ini.

Mayat wanita ditemui di dalam Parit Besar
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP berkata mayat berkenaan ditemui 10.30 pagi oleh orang awam sebelum memaklumkan kepada polis.

Bot terbalik: Mayat wanita dijumpai dekat Pulau Berhala
Mayat wanita terbabit dibawa ke jeti APMM sebelum dihantar ke bilik mayat Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk tindakan lanjut.

Jenazah Koperal Mohd Faizol selamat dikebumikan
Jenazah dikebumikan pada 1.20 pagi selepas selesai solat jenazah di kediaman arwah di Kampung Keda Kemangi, Kupang.

Mayat koperal tentera dijumpai dekat Pulau Perak
Mayat Mohd Faizol dijumpai Paskal kira-kira 30 meter dari Pulau Perak ketika mereka sedang membuat rondaan.