GEORGE TOWN: Mayat seorang wanita ditemukan tersangkut pada sangkar ikan di Pulau Jerejak, Bayan Lepas pada tengah hari Isnin.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, pusat operasi Maritim Malaysia Pulau Pinang telah menerima panggilan daripada pemilik sangkar ikan berhubung penemuan mayat pada jam 1.42 tengah hari itu.
"Hasil pemeriksaan awal mendapati, mangsa merupakan seorang warga Rusia berusia 34 tahun yang disyaki terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang jam 2.35 pagi Isnin.
"Beg tangan beserta dokumen pengenalan diri turut ditemui di lokasi yang disyaki mangsa terjatuh," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Abd Razak berkata, Maritim Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat pada jam 6.55 pagi selepas menerima maklumat berhubung kejadian yang menimpa mangsa.
"Operasi turut melibatkan aset agensi dari Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam.
"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jeti Polis Marin di Batu Uban sebelum diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Dec 05 2022
![Mayat wanita Rusia tersangkut pada sangkar ikan Mayat wanita Rusia tersangkut pada sangkar ikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670278896_Mayat.jpg)
Mayat mangsa dibawa ke HPP untuk proses bedah siasat. -Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak berkali-kali
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
![Mayat wanita Rusia tersangkut pada sangkar ikan Mayat wanita Rusia tersangkut pada sangkar ikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670278896_Mayat.jpg)
Mayat wanita Rusia tersangkut pada sangkar ikan
Mangsa merupakan seorang warga Rusia berusia 34 tahun yang disyaki terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang jam 2.35 pagi Isnin.
![Lemas karbon monoksida: Mangsa terselamat sudah sedar dari koma - Polis Lemas karbon monoksida: Mangsa terselamat sudah sedar dari koma - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41601019832_ACPShafeeAbdSamad.jpg)
Lemas karbon monoksida: Mangsa terselamat sudah sedar dari koma - Polis
Mangsa terakhir keracunan karbon monoksida, Nor Aqilah Mohd Safwan, 21 dilaporkan sudah sedarkan diri dari koma malam ini.
![Kes lemas tidur dalam kereta: Kematian tiga sahabat disebabkan kegagalan pelbagai organ - Polis Kes lemas tidur dalam kereta: Kematian tiga sahabat disebabkan kegagalan pelbagai organ - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41600334135_eberangjayahidug.jpg)
Kes lemas tidur dalam kereta: Kematian tiga sahabat disebabkan kegagalan pelbagai organ - Polis
Menurut polis, laporan bedah siasat mendapati pelbagai organ ketiga-tiga mangsa gagal berfungsi akibat keracunan karbon monoksida.
![Koronavirus: Kuarantin rakyat Malaysia di Pulau Jerejak? Ini jawapan Tun Mahathir Koronavirus: Kuarantin rakyat Malaysia di Pulau Jerejak? Ini jawapan Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/51479139634_PulauJerejak.jpg)
Koronavirus: Kuarantin rakyat Malaysia di Pulau Jerejak? Ini jawapan Tun Mahathir
Pulau Jerejak sebelum ini pernah dikenali sebagai lokasi penempatan banduan, tahanan perang dan pusat kuarantin pesakit kusta.