Mayat seorang lelaki warga Bangladesh dijumpai dalam keadaan kepala terputus di tapak projek pembinaan pangsapuri 20 tingkat di Alam Jaya, Jeram, dekat sini dalam insiden Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ruslan Abdullah berkata badan lelaki berumur 29 tahun itu ditemukan tersangkut pada perancah besi di tingkat 10 dan pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan kepalanya di atas lantai tingkat satu bangunan separuh siap berkenaan.
Beliau berkata siasatan awal mendapati pekerja subkontraktor itu disyaki dibunuh berikutan terdapat kesan tetakan senjata tajam pada bahagian tengkuk yang mungkin menyebabkan kepalanya terputus daripada badan.
"Kejadian dianggarkan berlaku pada 4 petang, dan siasatan lanjut mendapati seorang lelaki berumur 32 tahun, rakan sekerja mangsa yang juga warga Bangladesh, disyaki terlibat dalam insiden itu.
"Suspek dikatakan menolak mangsa melalui tingkap di tingkat 11 tetapi mayat tersangkut di tingkat 10 manakala kepalanya jatuh di tingkat satu," kata Ruslan dalam kenyataan hari ini.
Ruslan berkata lelaki itu melarikan diri apabila menyedari rakan-rakan sekerja lain mengetahui tentang kejadian tersebut.
Beliau berkata pembunuhan itu disyaki akibat rasa cemburu suspek terhadap mangsa yang dikatakan menjadi pekerja kesayangan majikan mereka.
"Suspek diberkas awal pagi tadi di sekitar Kuala Selangor dan dia direman hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan," katanya, sambil menambah kedua-dua lelaki itu mempunyai permit kerja yang sah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -- Bernama
Bernama
Sat Feb 11 2017
![Mayat warga Bangladesh ditemui putus kepala di tapak projek pangsapuri Mayat warga Bangladesh ditemui putus kepala di tapak projek pangsapuri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/41444826928_mayatdead.jpg)
Siasatan awal mendapati pekerja subkontraktor itu disyaki dibunuh berikutan terdapat kesan tetakan senjata tajam pada bahagian tengkuk. - Gambar hiasan
[TERKINI Mayat mangsa nahas helicopter dekat Bentong dibawa keluar
Amirul Aiman membawakan perkembangan terkini dari lokasi nahas helikopter yang mengorbankan satu nyawa di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong.
![Parlimen: MYCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bilion - Armizan Parlimen: MYCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bilion - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738824801_ArmizanMohdAli.jpg)
Parlimen: MYCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bilion - Armizan
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang aktif menyiasat 13 kes berhubung dakwaan kartel tipuan bida yang melibatkan 561 perusahaan dengan nilai mencecah RM2.3 bilion.
![Hati sudah kosong, Linda Hashim nekad bercerai dengan Beego Hati sudah kosong, Linda Hashim nekad bercerai dengan Beego](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738828885_lindahashim.jpg)
Hati sudah kosong, Linda Hashim nekad bercerai dengan Beego
PELAKON Linda Hashim nekad untuk meneruskan penceraiannya dengan Beego dan sedar bahawa mereka tidak dapat rujuk kembali selepas talak kali ketiga dijatuhkan.
[TERKINI] Keterangan 3 selebriti selesai direkod
SPRM selesai merekod keterangan tiga selebriti yang dikaitkan dengan sebuah syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Op Sky baru-baru ini.
![Op Sky: Jalaluddin Hassan, Ziana Zain, Dr Sheikh Muszaphar selesai beri keterangan 4 jam Op Sky: Jalaluddin Hassan, Ziana Zain, Dr Sheikh Muszaphar selesai beri keterangan 4 jam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738829047_JalaluddinHassanS.jpg)
Op Sky: Jalaluddin Hassan, Ziana Zain, Dr Sheikh Muszaphar selesai beri keterangan 4 jam
SPRM selesai merekod keterangan tiga selebriti yang dikaitkan dengan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Op Sky.
![Bumbung runtuh: Unit Hemodialisis Hospital Pasir Mas ditutup sementara Bumbung runtuh: Unit Hemodialisis Hospital Pasir Mas ditutup sementara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738829070_hospitalpasirmas.jpg)
Bumbung runtuh: Unit Hemodialisis Hospital Pasir Mas ditutup sementara
Unit Hemodialisis Hospital Pasir Mas ditutup sementara untuk membolehkan siasatan dijalankan selepas sebahagian daripada bumbung premis itu runtuh lewat malam tadi.
![Parlimen: Lebih RM50 juta dibelanjakan oleh 700,000 penerima SARA setakat semalam Parlimen: Lebih RM50 juta dibelanjakan oleh 700,000 penerima SARA setakat semalam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738826085_AmirHamzahAzizan.jpg)
Parlimen: Lebih RM50 juta dibelanjakan oleh 700,000 penerima SARA setakat semalam
Lebih RM50 juta telah dibelanjakan oleh 700,000 penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kategori miskin dan miskin tegar setakat semalam (5 Feb).
![Bapa Zayn Rayyan kata 'celaka siapa bunuh anak aku’ - Saksi Bapa Zayn Rayyan kata 'celaka siapa bunuh anak aku’ - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738827993_ZaynRayyan.jpg)
Bapa Zayn Rayyan kata 'celaka siapa bunuh anak aku’ - Saksi
Saksi berkata dia mula mencari Zayn Rayyan Abdul Matin, 6, selepas solat hajat di surau Al-hidayah berdekatan lokasi kejadian, pada 6 Disember 2023.
![Waspada 'smishing': Penipuan SMS paling santai Waspada 'smishing': Penipuan SMS paling santai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738827102_Scam.jpg)
Waspada 'smishing': Penipuan SMS paling santai
Pautan yang dihantar dalam percubaan smishing lazimnya adalah untuk mendapatkan pengesahan identiti mangsa.
Musk ambil alih agensi AS, wujudkan pusat kuasa baharu
Pengambilalihan pantas terhadap dua agensi kerajaan Amerika Syarikat oleh Elon Musk telah memberinya kawalan ke atas tenaga kerja persekutuan yang berjumlah 2.2 juta orang, sekali gus mencetuskan perubahan drastik dalam pentadbiran kerajaan.
Sebagai individu terkaya di dunia dan sekutu rapat Presiden Donald Trump, Musk, telah mewujudkan pusat kuasa baharu di Washington dalam tempoh dua minggu menerusi pelaksanaan inisiatif pemotongan kos yang bertujuan mengurangkan saiz kerajaan persekutuan.
Sebagai individu terkaya di dunia dan sekutu rapat Presiden Donald Trump, Musk, telah mewujudkan pusat kuasa baharu di Washington dalam tempoh dua minggu menerusi pelaksanaan inisiatif pemotongan kos yang bertujuan mengurangkan saiz kerajaan persekutuan.
![Mayat warganegara asing dipercayai dibunuh ditemukan dalam kereta Mayat warganegara asing dipercayai dibunuh ditemukan dalam kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733378909_garisanpolispolic.jpg)
Mayat warganegara asing dipercayai dibunuh ditemukan dalam kereta
Polis menemukan mayat seorang lelaki disyaki warganegara asing dipercayai dibunuh selepas menahan sebuah kereta di sekitar Telok Panglima Garang tiga hari lepas (3 Dis).
![Identiti mayat hampir reput dipercayai dibunuh dikenal pasti - Polis Identiti mayat hampir reput dipercayai dibunuh dikenal pasti - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695029136_Anakhilang.jpg)
Identiti mayat hampir reput dipercayai dibunuh dikenal pasti - Polis
Identiti mayat hampir reput dipercayai dibunuh yang ditemukan berhampiran sebuah kebun kelapa sawit pada 16 Sept lepas telah dikenal pasti.
![Mayat tanpa identiti dipercayai dibunuh ditemukan di kebun kelapa sawit Mayat tanpa identiti dipercayai dibunuh ditemukan di kebun kelapa sawit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-04/81554253841_Bodies.jpg)
Mayat tanpa identiti dipercayai dibunuh ditemukan di kebun kelapa sawit
Mayat itu ditemukan berseluar jeans dalam keadaan berulat dan hampir reput dalam rimbunan semak samun.
![Mayat lelaki ditemui dalam parit dipercayai dibunuh Mayat lelaki ditemui dalam parit dipercayai dibunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692884561_mayat.jpg)
Mayat lelaki ditemui dalam parit dipercayai dibunuh
Mayat seorang lelaki ditemukan tertiarap dalam parit di Jalan Pasir Kampung Sungai Payung Baroh, Rungkup, pada Rabu dipercayai dibunuh.
![Mayat ditemui terapung di Sungai Desa Aman, empat ditahan Mayat ditemui terapung di Sungai Desa Aman, empat ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51620568755_garisanpolis.jpg)
Mayat ditemui terapung di Sungai Desa Aman, empat ditahan
Mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemui terapung dalam Sungai Kinta di Taman Desa Aman, dekat sini, semalam.
![Mayat warga Bangladesh ditemui putus kepala di tapak projek pangsapuri Mayat warga Bangladesh ditemui putus kepala di tapak projek pangsapuri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/41444826928_mayatdead.jpg)
Mayat warga Bangladesh ditemui putus kepala di tapak projek pangsapuri
Mayat seorang lelaki warga Bangladesh dijumpai dalam keadaan kepala terputus di tapak projek pembinaan pangsapuri 20 tingkat di Alam Jaya, Jeram, dekat sini dalam insiden Khamis lepas.