Mayat seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang pada 12 Mei lalu, ditemui di dalam parit di Jalan Gedong di sini, pada Isnin.
Mangsa, Liew Chong Meng, 76 tahun, dari Jalan Paku, di sini, ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap di dalam parit di belakang pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) sekitar jam 2 petang.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat orang awam menjumpai basikal berwarna merah, dipercayai milik mangsa di dalam parit tersebut.
Menurutnya, angota polis bersama bomba dan orang ramai kemudiannya telah menjalankan gerakan mencari mangsa dan telah menjumpai mayat mangsa di dalam parit belakang pencawang TNB.
"Kita percaya mayat mangsa dihanyutkan air dan ketika mangsa ditemukan masih lengkap berbaju kemeja berpetak warna hitam dan putih serta lengkap berseluar," katanya dalam kenyataan di sini.
Menurutnya, pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati terdapat kesan luka di atas kepala seperti kesan terhantuk dengan luka panjang dianggarkan satu inci.
Mayat dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Abd Razak Mohd Ali
Mon May 20 2019

Mangsa ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap di dalam parit di belakang pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) sekitar jam 2 petang. - Foto JBPM
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Dua anggota tentera cedera kereta jatuh gaung
Dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa berusia 23 dan 28 tahun tersepit dalam kereta jenis Perodua Myvi.

Lima beranak maut dalam perjalanan ke rumah datuk di Tapah
Pelajar Tingkatan 4 Sekolah Izzuddin Shah itu berkata, kali terakhir dia bertemu dengan mereka ialah pada cuti Hari Raya yang lalu.

Mangsa kelima nahas kereta, lori di Lebuhraya PLUS meninggal dunia
Supt Mohamad Nazri mengesahkan, Muhammad Fawwaz meninggal dunia kira-kira jam 9.20 pagi.

Motosikal langgar belakang lori, penyelia kilang maut
Kemalangan berlaku apabila mangsa yang dalam perjalanan dari Sungkai ke Bidor, melanggar bahagian belakang sebelah kanan lori yang membawa muatan barangan plastik.

Warga Bangladesh maut motosikal terbabas
Seorang warga Bangladesh maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas di Kilometer 4 Jalan Tapah - Kuala Dipang, dekat sini, hari ini.

Warga emas maut, motosikal dilanggar kereta dipandu pelajar sekolah
Mangsa, A. Erriah, 66, yang beralamat di Jalan Chui Chak, Langkap, maut di tempat kejadian.

Dua rumah teres sederet terbakar di Bidor, suami isteri melecur
Rumah pertama musnah 60 peratus manakala rumah kedua 20 peratus melibatkan bahagian bilik dan perkakasan rumah.

Tragedi awal pagi Syawal, penunggang motosikal parah
Seorang penunggang motosikal cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 329 Lebuhraya Utara Selatan.

Mayat warga emas ditemui tertiarap dalam parit
Mayat seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang pada 12 Mei lalu, ditemui di dalam parit di Jalan Gedong di sini, pada Isnin.

Satu maut, dua cedera penghadang jalan tembusi kereta dekat Tapah
Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kereta tersebut dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Taiping.