Mayat seorang warga emas tanpa sepasang mata ditemukan terapung di tepi sungai Kampung Merlak, Tebu Hitam, Rompin dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Rompin DSP Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata mayat Tea Kim Liang, 50, dari Kampung Selatan, Kahang, Johor yang sudah berbau itu dijumpai orang awam pada pukul 12.15 tengah hari dalam keadaan terlentang.
"Mangsa yang lengkap berpakaian dianggarkan telah meninggal dunia sejak seminggu lalu. Pemeriksaan mendapati kedua-dua belah mata tiada dan terdapat kesan luka pada tangan kanan dan leher," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Muhammad Aidil Roneh menambah laporan bedah siasat di Hospital Rompin bagaimanapun mengesahkan tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Beliau menambah mayat mangsa telah dituntut keluarganya bagi tujuan pengebumian.-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 18 2016

Mangsa yang lengkap berpakaian dianggarkan telah meninggal dunia sejak seminggu lalu. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Mayat lelaki bertatu bunga ditemui terapung di Sungai Batang Rajang
Mayat seorang lelaki tanpa identiti dan bertatu bunga telah ditemui terapung di Sungai Batang Rajang berdekatan Kampung Hilir Kanowit pagi tadi.

Tiga hari hilang, pemancing ditemui terapung di tengah laut
Mayat seorang lelaki yang tergelincir dan terjatuh ke dalam laut, 20 Julai lalu ditemui terapung berhampiran Tukun Babau, Pulau Langkawi.

Mayat warga emas tanpa mata ditemukan terapung di Rompin
Mayat seorang warga emas tanpa sepasang mata ditemukan terapung di tepi sungai Kampung Merlak, Tebu Hitam, Rompin dekat sini semalam.