Mayat mendiang Puah Geok Tin, 57 tahun di bawa keluar dari Unit Forensik Hospital Kemaman kira-kira pukul 10.15 pagi Jumaat.
Sebanyak enam buah kenderaan mengiringi mayat tersebut.
Terdahulu, mayat mangsa telah selesai di bedah siasat kira-kira jam 3 petang Khamis.
Sebelum itu, pengecaman telah dilakukan anak bongsu mangsa sejurus tiba di Hospital Kemaman kira-kira jam 11.45 malam, Rabu.
BACA: Mayat wanita lemas ketika berkayak akan dibawa pulang ke Singapura
Pada Rabu, mayat seorang wanita tanpa identiti ditemui terapung kira-kira enam batu nautika dari Kuala Kemaman sekitar pukul 12.50 tengah hari.
![fotoBERNAMA](http://img.astroawani.com/2019-08/51565926029_freesize.jpg)
Ketika ditemui mayat wanita itu masih lengkap berpakaian dan memakai jaket keselamatan.
Khamis lalu, mangsa iaitu seorang lelaki, Tan Eng Soon dan seorang lagi mangsa wanita, Puah Geok Tin dilaporkan hilang pada kira-kira 5.40 petang selepas kayak dinaiki mereka terpisah dengan 13 lagi rakan mereka antara Pulau Sri Buat, Pahang dan Pulau Mertang, Merrsing.