KUALA LUMPUR: Maybank Singapore Limited hari ini menarik balik samannya terhadap Pengerusi National Feedlot Corporation (NFC) Datuk Mohamad Salleh Ismail dan dua anaknya yang didakwa gagal membayar dua pinjaman perumahan berjumlah S$2.53 juta bagi pembelian hartanah di Singapura.
Mohamad Salleh merupakan suami kepada bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Peguam Wan Mohammad Arfan Wan Othman yang mewakili Mohamad Salleh dan dua anaknya, Wan Shahinur Izran dan Wan Izzana Fatimah Zabedah berkata Maybank Singapore selaku plaintif menarik balik saman itu berikutan satu perjanjian penyelesaian telah dicapai oleh kedua-dua pihak.
"Hakim Mahkamah Tinggi Atan Mustaffa Yussof Ahmad membenarkan saman itu ditarik balik dengan kebebasan untuk plaintif (Maybank) memfailkan semula saman baharu dan tiada perintah mengenai kos," katanya ketika dihubungi pemberita selepas prosiding kes itu yang berlangsung secara dalam talian.
BACA: Suami Shahrizat Jalil, 2 anak berdepan tuntutan saman Maybank Singapore
Berdasarkan semakan sistem mahkamah, pihak plaintif menarik balik kes saman itu selepas kedua-dua pihak mencapai penyelesaian.
Hari ini sepatutnya ditetapkan untuk pendengaran permohonan Maybank Singapore untuk mendapatkan penghakiman terus yang turut dihadiri peguam Tan Hui Ru mewakili bank itu.
Pada 19 Julai tahun lepas, Maybank Singapore dalam pernyataan tuntutannya mendakwa atas permintaan kesemua defendan, plaintif telah memberi pinjaman perumahan untuk hartanah di Orchard Scotts, Singapura sebanyak S$4.3 juta tertakluk kepada terma dan syarat dalam surat-surat tawaran bertarikh 20 Nov 2009 dan 10 Nov 2017.
Kesemua defendan didakwa telah ingkar untuk membayar ansuran bulanan sebanyak S$7,225 dan plaintif telah menarik balik pinjaman serta menuntut pembayaran penuh sebanyak S$3.94 juta yang merupakan jumlah terhutang setakat 22 Jun 2018 bersama dengan faedah yang terakru ke atasnya.
Plaintif mendakwa telah melaksanakan haknya di bawah Gadai Janji dan memperoleh perintah mahkamah bertarikh 23 Jan 2019 daripada Mahkamah Tinggi Singapura untuk mendapatkan semula hartanah serta menjualnya melalui satu lelongan pada 28 Jun 2019 dengan harga S$3.2 juta.
Bagaimanapun, harga jualan itu tidak mencukupi untuk melangsaikan keseluruhan jumlah hutang di bawah pinjaman tersebut yang masih tertunggak sebanyak S$1.37 juta.
Bagi hartanah kedua, plaintif mendakwa memberi pinjaman perumahan sebanyak S$5.3 juta kepada Mohamad Salleh dan Wan Shahinur untuk pembelian hartanah di Central Boulevard, Singapura dengan ansuran bulanan S$8,700.
Plaintif mendakwa mereka telah gagal melunaskan tunggakan dalam pembayaran pinjaman itu dan menuntut S$5.05 juta yang merupakan jumlah tertunggak dan terhutang setakat 4 Jun 2018 bersama dengan semua faedah yang terakru ke atasnya.
Plaintif kemudian melaksanakan haknya di bawah Gadai Janji dan memperoleh perintah mahkamah bertarikh 23 Jan 2019 daripada Mahkamah Tinggi Singapura untuk mendapatkan semula hartanah itu dan menjualnya pada harga S$4.68 juta.
Dakwa plaintif, harga jualan hartanah itu tidak mencukupi untuk melangsaikan keseluruhan keberhutangan di bawah pinjaman itu dan menuntut kedua-dua defendan membayar S$1.16 juta bersama dengan faedah yang terakru ke atasnya.
Sehubungan itu, plaintif memohon untuk memasukkan penghakiman terhadap kesemua defendan antaranya menuntut jumlah terhutang sebanyak S$1.37 juta daripada ketiga-tiga defendan dan S$1.16 juta daripada Mohamad Salleh dan Wan Shaninur serta perintah dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 12 2022

Mohamad Salleh merupakan suami kepada bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil. - Gambar fail/ Bernama
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Keputusan kes saman kerajaan terhadap National Feedlot Corporation 13 Oktober
Mahkamah Tinggi menetapkan 13 Okt untuk keputusan kes saman kerajaan terhadap National Feedlot Corporation (NFC).

Fokus isu semasa rakyat, henti kitar semula isu NFC - Penganalisis
NFC merupakan isu nasional namun pada waktu ini, kenaikan harga barang, kos sara hidup tinggi dan tiada kenaikan gaji lebih dilihat menjadi kebimbangan rakyat.

Maybank Singapore tarik balik saman ke atas Pengerusi NFC, anak
Maybank Singapore Limited hari ini menarik balik samannya terhadap Pengerusi National Feedlot Corporation (NFC) Datuk Mohamad Salleh Ismail dan dua anaknya.

Touch 'n Go akan lancar kad versi baharu dengan keupayaan NFC
Touch 'n Go (TnG) akan melancarkan versi baharu kad yang mempunyai keupayaan untuk menggunakan teknologi Komunikasi Medan Dekat (NFC) dalam beberapa minggu akan datang.

Mahkamah beri masa kepada kerajaan, NFC selesai kes saman RM253.6 juta
Perbicaraan hari ini ditangguhkan berikutan NFC memohon penangguhan perbicaraan bagi penyelesaian kes saman itu.

Guan Eng punca projek NFC gagal dimuktamadkan, dakwa Najib
Ada pembeli baharu dikatakan mempunyai kekuatan kewangan dan pelan menyeluruh mahu membeli NFC namun Guan Eng tidak meluluskan permohonan tersebut.

Bicara kes saman kerajaan Malaysia terhadap NFC bersambung 24 Jan 2022
National Feedlot Corporation (NFC) akan memanggil empat lagi saksi dalam perbicaraan kes saman Kerajaan Malaysia terhadapnya.

Audit gagal buktikan NFC beli hartanah guna pinjaman
Firma dilantik kerajaan, PwC gagal dalam membuktikan sumber dana firma ternakan lembu itu untuk pembelian hartanah adalah dari sumber wang pinjaman kerajaan.

Kartel daging: NFC hanya sensasi politik - Khairuddin
Pendedahan kartel daging yang menggemparkan negara kebelakangan ini membuatkan nama National Feedlot Corporation (NFC) kembali disebut beberapa pihak.

Langsai hutang NFCorp bantu selesai beban kewangan negara - Penganalisis
Penyelesaian baki hutang keseluruhan National Feedlot Corporation (NFC) usaha memulihkan dan membaiki semula situasi serta beban ekonomi negara hari ini.