Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman membidas kenyataan Anggota Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Baharin Shah yang mendakwa kerajaan negeri tidak prihatin terhadap masalah kanak-kanak yang mengalami masalah tumbesaran akibat kekurangan zat makanan.
Beliau berkata dakwaan itu merupakan tuduhan liar dan berniat memfitnah kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) yang banyak membawa kemajuan kepada negeri ini.
Ahmad Razif menarik perhatian bahawa kes kurang zat makanan (KZM) yang berlaku di negeri ini adalah disebabkan dua faktor iaitu kelahiran cacat yang merencat pertumbuhan fizikal iaitu sebanyak 10-20 peratus seperti "cerebral palsy", congenital anomalies" dan lain-lain.
"Selain itu sikap ibu bapa dan keluarga yang kurang cakna atau kurang mahir tentang keperluan permakanan kanak-kanak juga faktor berlakunya isu KZM di negeri ini, bukan kerana kurang cakna kerajaan atau kemiskinan," katanya.
Ahmad Razif berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan pelepasan peserta Kejohanan Kuda Lasak Piala Menteri Besar 2018 di Lembah Bidong, di sini hari ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan dan Sumber Manusia negeri Datuk Rozi Mamat.
BACA: Terbantut, kurus kering: Ada keluarga di PPR hanya hidangkan satu lauk sehari
BACA: Kanak-kanak PPR alami masalah kekurangan zat - UNICEF
Raja Kamarul Baharin daripada Parti Amanah Negara dalam sidang media di lobi Parlimen semalam mendakwa berdasarkan laporan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef), 26 peratus kanak-kanak bawah lima tahun mengalami tumbesaran terbantut di Terengganu, iaitu yang kedua tertinggi selepas Kelantan.
Katanya, perkara itu mengejutkan kerana Terengganu menerima bajet RM2 bilion setiap tahun untuk satu juta penduduk berbanding Selangor yang mempunyai bajet lebih rendah iaitu RM1.6 bilion untuk lima juta penduduk sekali gus mendakwa kerajaan negeri seperti tidak prihatin dengan isu berkenaan.
Ahmad Razif berkata berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, pada 2013 terdapat hanya 2.38 peratus kanak-kanak di bawah umur lima tahun mengalami KZM.
"Prestasi ini kemudian diperbaiki iaitu hanya 1.15 peratus saja kes KZM pada 2017 daripada 19,755 kanak-kanak bawah lima tahun dan ia adalah yang kedua terbaik di seluruh Malaysia (selepas Johor)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 09 2018

Ahmad Razif berkata berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, pada 2013 terdapat hanya 2.38 peratus kanak-kanak di bawah umur lima tahun mengalami KZM. - Gambar fail

Penunjuk perasaan lanjutkan protes 'Indonesia Gelap' lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai -Indonesia Gelap-.

Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.
Perbincangan baik dengan Putin, tapi tidak Ukraine - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang “sangat baik” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Penunjuk perasaan lanjutkan protes lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai “Indonesia Gelap”.
Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Amerika Syarikat jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Amerika Syarikat menjangkakan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, akan menandatangani perjanjian mineral sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang Ukraine.

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.
Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, insiden kanak-kanak perempuan dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak.
PUSPAKOM gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menggantung sementara pemeriksaan secara 'walk in' termasuk bagi individu yang ingin menjalani pemeriksaan semula (Berkala Semula) selepas gagal dalam pemeriksaan pertama.

PRU15: UMNO, BN mampu tawan kembali Terengganu - Ahmad Razif
Tidak mustahil pentadbiran negeri itu boleh bertukar tangan dengan sokongan pengundi di negeri berkenaan.

Ahmad Razif letak jawatan ketua pembangkang DUN Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman melepaskan jawatan sebagai ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Idris Haron, Ahmad Razif tewas, Adnan Yaakob kekal ketua bahagian
Beberapa pertandingan yang membabitkan pemimpin utama UMNO negeri menyaksikan ada di antara mereka yang berjaya mengekalkan jawatan masing-masing.

Jangan ulangi sejarah PRU pada tahun 1999 - Ahmad Zahid
Rakyat Terengganu diingatkan agar tidak mengulangi sejarah pilihan raya umum pada tahun 1999.

Sultan Mizan perkenan bubar DUN Terengganu hari ini
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilihat memasuki perkarangan Istana Syarqiyyah kira-kira jam 10.17 minit pagi.

MB bidas kenyataan kanak-kanak di Terengganu 'bantut'
Beliau berkata dakwaan itu merupakan tuduhan liar dan berniat memfitnah kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) yang banyak membawa kemajuan kepada negeri ini.

BN Terengganu tidak gentar usaha pembangkang rampas negeri itu
Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang yakin mampu merampas kembali Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) tidak akan menggugat kepercayaan rakyat negeri ini.

Kerosakan lif di HSNZ diatasi secara berperingkat
Masalah kerosakan lif yang sering berlaku di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dijangka dapat diatasi secara berperingkat dalam tahun ini, kata Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Bumbung jatuh - MBKT tutup laluan sementara
Penutupan laluan sepanjang 400 meter itu dibuat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi membolehkan siasatan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu.

Malaysia sertai dunia sambut 2018 dengan kemeriahan
Percikan bunga api berwarna-warni menghiasi ruang angkasa ibu negara dan beberapa lokasi di seluruh Malaysia sebaik sahaja jarum jam melepasi 12 tengah malam.