TAIPING: Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) mengeluarkan arahan kepada operator dilantik supaya memberhentikan sementara pengoperasian kuari susulan aduan sumber air tercemar yang dihadapi penduduk Orang Asli Kampung Kelatap, Pos Perwor dekat Sungai Siput.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata notis tersebut dikeluarkan oleh pihak MB Inc pada 12 Jan lepas bagi memastikan kerja-kerja pemulihan dilaksanakan serta-merta.
"Antara kerja-kerja pemulihan yang perlu disegerakan termasuklah meratakan tanah di kawasan yang telah dibuka selain membina ban bagi mengelak berlakunya laluan air mengalir ke kawasan tadahan air.
"Kerja-kerja ini juga telah dijalankan sejak 13 Jan lepas sehingga kini oleh pihak operator yang melaksanakan projek tersebut," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke-150 Bandar Taiping di sini, hari ini.
Beliau berkata melalui siasatan, pencemaran didapati berlaku akibat pembukaan tanah bagi kolam mendapan di kawasan yang sepatutnya tidak disentuh dan pelepasan sisa buangan daripada tangki septik yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan dalam kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).
"Siasatan dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) serta pihak MB Inc dan daripada dapatan maklumat, kita akui pencemaran berlaku akibat daripada dua faktor tersebut," katanya.
Selain itu, beliau berkata kelulusan bagi projek perlombongan kuari itu telah bermula sejak September tahun lalu setelah mendapat kelulusan daripada agensi teknikal berkaitan.
"Kita harapkan segala kerja-kerja pemulihan ini dapat dilaksanakan sebaiknya dan paling penting penduduk Orang Asli di kawasan itu akan kembali mendapat bekalan air bersih sepertimana sebelum ini," katanya.
Semalam, lebih 100 penduduk Orang Asli Kampung Kelatap, Pos Perwor dekat Sungai Siput bimbang dengan ancaman penyakit apabila sumber air bukit kegunaan harian mereka didakwa telah tercemar akibat projek kuari tersebut.
Penduduk mendakwa sudah lebih dua tahun menggunakan air yang dicemari najis dan bahan buangan daripada tandas rumah kongsi pekerja di tapak projek tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 20 2024
![MB Inc arah kuari ditutup sementara, atasi pencemaran air di perkampungan Orang Asli MB Inc arah kuari ditutup sementara, atasi pencemaran air di perkampungan Orang Asli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703299550_TBSaaraniMohamad.jpg)
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata notis tersebut dikeluarkan oleh pihak MB Inc pada 12 Jan lepas bagi memastikan kerja-kerja pemulihan dilaksanakan serta-merta. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739955034_TBSULTANIBRAHIMANWAR.jpg)
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.
![Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews
![ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739950962_arifaiman.jpg)
ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews
![Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739954467_TBKRITIKALGULAKENYAL.jpg)
Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.
![Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024 Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739599710_KhawKokChin.jpg)
Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.
![Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739950800_indonesia.jpg)
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
![MB Inc Perak rangkul Pemegang Lesen Terbaik Bahan Radioaktif MB Inc Perak rangkul Pemegang Lesen Terbaik Bahan Radioaktif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716328405_TBmbperak.jpg)
MB Inc Perak rangkul Pemegang Lesen Terbaik Bahan Radioaktif
Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) menerusi anak syarikatnya, Amanjaya Global Sdn Bhd, diiktiraf sebagai Pemegang Lesen Terbaik untuk Kategori Bahan Radioaktif(Kawalan VI) bagi tahun 2021-2023.
![MB Inc arah kuari ditutup sementara, atasi pencemaran air di perkampungan Orang Asli MB Inc arah kuari ditutup sementara, atasi pencemaran air di perkampungan Orang Asli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703299550_TBSaaraniMohamad.jpg)
MB Inc arah kuari ditutup sementara, atasi pencemaran air di perkampungan Orang Asli
Notis tersebut dikeluarkan oleh pihak MB Inc pada 12 Jan lepas bagi memastikan kerja-kerja pemulihan dilaksanakan serta-merta.
![MB Inc nafi jual tanah Lapangan Terbang Taiping MB Inc nafi jual tanah Lapangan Terbang Taiping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/61534999627_faizalazumu.jpg)
MB Inc nafi jual tanah Lapangan Terbang Taiping
Pentadbiran terdahulu telah meluluskan tanah seluas 10 hektar di Lapangan Terbang Taiping di Tekah kepada pihak pengurusan MB Inc sebelum ini bagi tujuan pembangunan dengan kerjasama pemaju swasta.
![Penerokaan haram Bukit Kledang: Kerja baik pulih dalam masa terdekat Penerokaan haram Bukit Kledang: Kerja baik pulih dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/41549670872_penerokaanharam.jpg)
Penerokaan haram Bukit Kledang: Kerja baik pulih dalam masa terdekat
PTG Negeri Perak telah mengarahkan peneroka haram terlibat untuk membaiki semula struktur tanah bagi mengelakkan sebarang hakisan cerun di kawasan berkenaan.
![Penerokaan haram Bukit Kledang untuk ladang sawit - MB Inc Penerokaan haram Bukit Kledang untuk ladang sawit - MB Inc](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/41549588267_pencerobohantanah.jpg)
Penerokaan haram Bukit Kledang untuk ladang sawit - MB Inc
Pencerobohan haram berkeluasan hampir 10 hektar itu turut melibatkan sebahagian dari tanah milik MB Inc.
![Buktikan ada negeri bentang laporan MB Inc, CMI di sidang DUN - Zambry Buktikan ada negeri bentang laporan MB Inc, CMI di sidang DUN - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/41460978415_ZambryAbdulKadir.jpg)
Buktikan ada negeri bentang laporan MB Inc, CMI di sidang DUN - Zambry
Sekiranya terbukti terdapat negeri yang membentangkan laporan audit berkenaan MB Inc dan CMI di persidangan DUN, maka Perak terbuka untuk berbuat demikian.