TAIPING: Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) mengeluarkan arahan kepada operator dilantik supaya memberhentikan sementara pengoperasian kuari susulan aduan sumber air tercemar yang dihadapi penduduk Orang Asli Kampung Kelatap, Pos Perwor dekat Sungai Siput.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata notis tersebut dikeluarkan oleh pihak MB Inc pada 12 Jan lepas bagi memastikan kerja-kerja pemulihan dilaksanakan serta-merta.
"Antara kerja-kerja pemulihan yang perlu disegerakan termasuklah meratakan tanah di kawasan yang telah dibuka selain membina ban bagi mengelak berlakunya laluan air mengalir ke kawasan tadahan air.
"Kerja-kerja ini juga telah dijalankan sejak 13 Jan lepas sehingga kini oleh pihak operator yang melaksanakan projek tersebut," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke-150 Bandar Taiping di sini, hari ini.
Beliau berkata melalui siasatan, pencemaran didapati berlaku akibat pembukaan tanah bagi kolam mendapan di kawasan yang sepatutnya tidak disentuh dan pelepasan sisa buangan daripada tangki septik yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan dalam kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).
"Siasatan dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) serta pihak MB Inc dan daripada dapatan maklumat, kita akui pencemaran berlaku akibat daripada dua faktor tersebut," katanya.
Selain itu, beliau berkata kelulusan bagi projek perlombongan kuari itu telah bermula sejak September tahun lalu setelah mendapat kelulusan daripada agensi teknikal berkaitan.
"Kita harapkan segala kerja-kerja pemulihan ini dapat dilaksanakan sebaiknya dan paling penting penduduk Orang Asli di kawasan itu akan kembali mendapat bekalan air bersih sepertimana sebelum ini," katanya.
Semalam, lebih 100 penduduk Orang Asli Kampung Kelatap, Pos Perwor dekat Sungai Siput bimbang dengan ancaman penyakit apabila sumber air bukit kegunaan harian mereka didakwa telah tercemar akibat projek kuari tersebut.
Penduduk mendakwa sudah lebih dua tahun menggunakan air yang dicemari najis dan bahan buangan daripada tandas rumah kongsi pekerja di tapak projek tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 20 2024

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata notis tersebut dikeluarkan oleh pihak MB Inc pada 12 Jan lepas bagi memastikan kerja-kerja pemulihan dilaksanakan serta-merta. - Gambar fail/BERNAMA

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

MB Inc Perak rangkul Pemegang Lesen Terbaik Bahan Radioaktif
Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) menerusi anak syarikatnya, Amanjaya Global Sdn Bhd, diiktiraf sebagai Pemegang Lesen Terbaik untuk Kategori Bahan Radioaktif(Kawalan VI) bagi tahun 2021-2023.

MB Inc arah kuari ditutup sementara, atasi pencemaran air di perkampungan Orang Asli
Notis tersebut dikeluarkan oleh pihak MB Inc pada 12 Jan lepas bagi memastikan kerja-kerja pemulihan dilaksanakan serta-merta.

MB Inc nafi jual tanah Lapangan Terbang Taiping
Pentadbiran terdahulu telah meluluskan tanah seluas 10 hektar di Lapangan Terbang Taiping di Tekah kepada pihak pengurusan MB Inc sebelum ini bagi tujuan pembangunan dengan kerjasama pemaju swasta.

Penerokaan haram Bukit Kledang: Kerja baik pulih dalam masa terdekat
PTG Negeri Perak telah mengarahkan peneroka haram terlibat untuk membaiki semula struktur tanah bagi mengelakkan sebarang hakisan cerun di kawasan berkenaan.

Penerokaan haram Bukit Kledang untuk ladang sawit - MB Inc
Pencerobohan haram berkeluasan hampir 10 hektar itu turut melibatkan sebahagian dari tanah milik MB Inc.

Buktikan ada negeri bentang laporan MB Inc, CMI di sidang DUN - Zambry
Sekiranya terbukti terdapat negeri yang membentangkan laporan audit berkenaan MB Inc dan CMI di persidangan DUN, maka Perak terbuka untuk berbuat demikian.