SIK:Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, bersedia menjadi orang pertama dalam kumpulan terawal menerima suntikan vaksin bagi meyakinkan rakyat mengenai tahap keselamatan vaksin Covid-19.
Katanya, pimpinan lain turut perlu bersedia menerima suntikan vaksin COVID-19 agar orang ramai tidak merasa takut.
"Saya bersedia menjadi orang kumpulan awal untuk menerima suntikan vaksin.
"Kerajaan telah membuat penelitian paling rapi untuk memilih jenis vaksin untuk dibawa masuk ke Malaysia ini... kita bersedia untuk menjadi kumpulan awal menerima suntikan," ujarnya.
Katanya, pemimpin kerajaan menjadi barisan pertama menerima suntikan amat penting bagi meyakinkan rakyat bahawa suntikan itu perlu bagi mengekang penularan COVID-19.
Malah katanya, orang ramai tidak perlu bimbang kerana majlis fatwa dan agama negeri telah mengeluarkan arahan bahawa suntikan vaksinansi itu adalah harus demi kesihatan dan keselamatan.
"Para ulamak pun telah memfatwakan vaksinasi ini dari segi hukum syarak adalah harus, tapi dari segi kesihatan adalah kewajipan untuk menghadapi pendamik COVID-19 yang kita tak tahu kesudahannya bila. Sebaik-baiknya kita bersedialah untuk divaksinasikan," katanya lagi.
Muhammad Sanusi ditemui selepas menyempurnakan Penyampaian Dividen Ladang Sejahtera, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) di Kampung Charuk Tualang dekat Sik, hari ini.
Turut hadir ialah Pengerusi KEDA, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail dan Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman.
Pada majlis itu, seramai 50 peserta Projek Ladang Sejahtera KEDA di Bendang Man, Sik menerima dividen berjumlah RM300 setiap seorang.
Peningkatan kes penularan COVID-19 di Kedah banyak disumbangkan oleh kes import dari negeri lain termasuk penularan wabak itu di dalam penjara.
Kadar kebolehjangkitan (R-naught) di negeri ini lebih rendah iaitu 0.9 berbanding kadar nasional 1.2 pada ketika ini.
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga berjaya mengekang penularan wabak COVID-19 di negeri ini.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Feb 11 2021

Menurut Sanusi, pimpinan lain turut perlu bersedia menerima suntikan vaksin COVID-19 agar orang ramai tidak merasa takut. - Gambar fail
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Pegawai Khas MB Kedah nafi bergaduh dengan peniaga pasar malam
Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Salmy Anas Ahmad menafikan melakukan kekasaran terhadap wakil peniaga pasar malam seperti didakwa dalam video tular di media sosial pada Isnin.

AGC masih pertimbang representasi MB Kedah, kes ditangguh 25 Oktober
Mahkamah menetapkan 25 Oktober untuk sebutan semula kes dan Sanusi diwajibkan menghadiri prosiding pada hari tersebut.

Benar Sanusi di luar negara ketika ini, tetapi bukan sebab bercuti - Pejabat MB Kedah
MB Kedah sentiasa ikuti perkembangan masalah banjir di negeri itu dan pastikan beban bencana dihadapi mangsa ditangani dengan cepat dan berkesan.

Sah! Sanusi kahwin pegawai polis isteri kedua
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akhirnya mengesahkan bahawa beliau mengahwini seorang pegawai polis sebagai isteri kedua.

Sanusi kahwin lagi: Antara 'Dok Pahang' dengan 'Duduk Pahang'
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa kapsyen bertulis 'Dok Pahang' yang dimuat naik di akaun FB miliknya beberapa hari lepas membabitkan saranan berkahwin.

Bekas Setiausaha Politik MB Kedah didakwa minta, terima suapan berkaitan REE
Bekas Setiausaha Politik Muhammad Sanusi didakwa atas dua pertuduhan meminta dan menerima suapan masing-masing berjumlah RM250,000 dan RM150,000.

Sanusi tiba di Istana Anak Bukit
Beliau dijadual mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah ke-15 di hadapan Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

PRN: "Nak undi siapa lagi, mestilah adik saya" - Shabudin Md Nor
Abang MB Kedah yakin Perikatan Nasional akan kekal mentadbir negeri Kedah pada PRN kali ini.

PRN: Polis terima empat laporan berkaitan isu keselamatan MB Kedah
Polis menerima sebanyak empat laporan berhubung isu keselamatan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi.

Sanusi mengaku tak salah tuduhan menghasut dalam ceramah politik
Beliau didakwa melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.