Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Daerah Kuantan menyiasat dan mengambil tindakan susulan berhubung kejadian lemas membabitkan tiga kanak-kanak di kolam takungan terbiar di kawasan bekas perlombongan bauksit baru-baru ini.
Adnan turut meminta PTG mengenal pasti kolam-kolam takungan terbiar di kawasan bekas perlombongan itu di daerah Kuantan bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.
"Ini selaras dengan titah Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mahukan semua bekas tapak lombong bauksit yang terletak berhampiran kawasan perumahan ditimbus bagi mengelak insiden yang sama," katanya.
BACA: Ibu bapa kanak-kanak lemas di lombong bauskit lantik peguam
BACA: Lemas lombong bauksit: Arwah minta pakai telekung putih - Ibu
BACA: Tengku Abdullah titah kawasan lombong bauksit terbiar dikambus
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian surat hak milik tanah kepada 129 peneroka Felda Kota Gelanggi 4 di sini hari ini yang turut dihadiri Anggota Parlimen Jerantut Datuk Ahmad Nazlan Idris.
Mengulas lanjut tentang insiden itu, Adnan berkata kejadian terbabit berlaku di tanah milik persendirian, dan bukan milik kerajaan.
"Kejadian berlaku atas tanah orang, mereka keluarkan (bauksit) secara haram...mereka hanya minta atas nama Borang B dan Borang C. Maknanya untuk pindah tanah dari tanah persendirian ke tempat lain atau atas tanah kerajaan.
"Jadi kita akan minta PTG untuk siasat dan ambil tindakan sewajarnya," katanya.
Untuk rekod, Borang B adalah untuk permohonan memajakkan tanah, manakala Borang C pula berkaitan pengambilan tanah.
Sementara itu, Adnan turut menyatakan kesediaan kerajaan negeri membantu dua keluarga mangsa yang terlibat memandangkan satu daripada keluarga berkenaan turut mempunyai tiga orang anak kurang upaya.
Dalam kejadian 4 Feb lepas, tiga kanak-kanak termasuk dua beradik iaitu Salsabila Zuhairi, 12, dan adiknya Mahathir Mohamad, 7, serta rakan mereka, Nureen Ain Juwita, 10, lemas ketika bermain di kawasan bekas lombong bauksit di taman perumahan berkenaan.
Dalam masa yang sama Adnan turut menyarankan keluarga terbabit menyaman pemilik tanah bagi menuntut keadilan. -- Bernama
Bernama
Tue Feb 14 2017
![MB Pahang arah PTG siasat kes lemas di kawasan bauksit MB Pahang arah PTG siasat kes lemas di kawasan bauksit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/71437114093_ADNANYAAKOB.jpg)
ADNAN: "Kejadian berlaku atas tanah orang, mereka keluarkan (bauksit) secara haram...mereka hanya minta atas nama Borang B dan Borang C. " - Gambar fail
![Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739236340_SamAltman.jpg)
Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion
Reaksi Sam Altman kepada Musk: "Tidak, terima kasih. Tapi kami sudi beli Twitter dengan harga AS$9.74 bilion jika anda mahu."
![PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739236309_PLUS.jpg)
PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April
Melalui laporan TheEdge, PLUS dikatakan ingin memulakan ujian rintis untuk sistem tol tanpa palang mereka tersendiri menjelang April.
![Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731393622_garisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa
Polis terima laporan Hospital Sultan Idris Shah pada 2.40 petang, selepas seorang kanak-kanak dihantar dalam keadaan tidak sedarkan diri.
![Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739233803_massgrave.jpg)
Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya
IOM berkata, 19 mayat, sebahagiannya dengan kesan tembakan ditemui di Jikharra, kira-kira 440 kilometer tenggara Benghazi.
![Pemandu lori maut kemalangan di WCE Pemandu lori maut kemalangan di WCE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739233661_kemalangan.jpg)
Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Pemandu lori kontena itu maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan pada awal pagi.
![Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739231725_KedaiRuncitTerbakar.jpg)
Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar
JBPM Selangor menerima panggilan berkaitan insiden itu pada jam 11 malam.
![Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738922827_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan
Kunjungan itu juga mencerminkan penghormatan Anwar terhadap tradisi agama dan budaya sekali gus menangkis dakwaan mengena pengabaian kaum India.
Harga kopi di NY lonjak 6% akibat 'panic buying'
Harga kopi hadapan di Bursa ICE New York melonjak lebih 6% pada Isnin, mencatat rekod tertinggi baharu melebihi $4.30 (RM19.87) per paun.
Amerika Syarikat larang transgender sertai tentera
Tentera Amerika Syarikat kini melarang individu transgender daripada menyertai pasukan tentera serta menghentikan semua prosedur peralihan jantina bagi anggota yang sedang berkhidmat.
PBB bimbang keadaan tebusan Israel dan tahanan Palestin
Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan kebimbangan terhadap keadaan tebusan Israel serta tahanan Palestin yang dilepaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata Gaza.
![PRK: Adnan Yaakob sangkal dakwaan Pelangai tidak membangun PRK: Adnan Yaakob sangkal dakwaan Pelangai tidak membangun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-06/71528301082_AdnanYaakob.jpg)
PRK: Adnan Yaakob sangkal dakwaan Pelangai tidak membangun
Bekas Menteri Besar Pahang Tan Sri Adnan Yaakob menyangkal dakwaan Barisan Nasional (BN) gagal membawa pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
![UMNO pun dah nak bungkus - Adnan Yaakob UMNO pun dah nak bungkus - Adnan Yaakob](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/71437114093_ADNANYAAKOB.jpg)
"UMNO pun dah nak bungkus" - Adnan Yaakob
Kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu disifatkan sebagai petanda parti itu akan mengalami lebih banyak kekalahan selepas ini.
![Adnan Yaakob terima ijazah undang-undang pada usia 72 tahun Adnan Yaakob terima ijazah undang-undang pada usia 72 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71670151620_TanSriAdnanYaakob.jpg)
Adnan Yaakob terima ijazah undang-undang pada usia 72 tahun
Minat mendalam terhadap ilmu menjadi pendorong kepada bekas Menteri Besar Pahang ke-14 Tan Sri Adnan Yaakob untuk menamatkan pengajian Sarjana Muda Undang-Undang pada usia 72 tahun.
![36 tahun bergelar wakil rakyat, Adnan Yaakob umum bersara 36 tahun bergelar wakil rakyat, Adnan Yaakob umum bersara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665583774_AdnanYaakob.jpg)
36 tahun bergelar wakil rakyat, Adnan Yaakob umum bersara
Setelah 36 tahun menabur bakti kepada rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai yang juga bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob mengumumkan persaraannya, hari ini.
![UMNO jangan sombong, bongkak dan angkuh - Perwakilan Wanita UMNO jangan sombong, bongkak dan angkuh - Perwakilan Wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/51575705688_wanitaumno.jpg)
UMNO jangan sombong, bongkak dan angkuh - Perwakilan Wanita
Kemenangan Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai bukan jaminan mutlak parti itu sudah diterima rakyat sepenuhnya.
![Bumi Pahang 'menangis' sambut kepulangan Sultan Ahmad Shah Bumi Pahang 'menangis' sambut kepulangan Sultan Ahmad Shah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/51558534229_SutanPahang.jpg)
Bumi Pahang 'menangis' sambut kepulangan Sultan Ahmad Shah
Sejak petang, cuaca mendung sebelum gerimis membasahi ruang udara Pangkalan Udara Kuantan, semasa pesawat khas yang membawa jenazah almarhum dari Pangkalan Udara TUDM Subang mendarat pada 7.25 petang.
![Penyata kewangan Pahang dipinda, hutang tidak setinggi RM3.17 bilion - Adnan Penyata kewangan Pahang dipinda, hutang tidak setinggi RM3.17 bilion - Adnan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/61548430424_DatukSeriAdnanYaa.jpg)
Penyata kewangan Pahang dipinda, hutang tidak setinggi RM3.17 bilion - Adnan
Bekas menteri besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mendakwa bahawa penyata kewangan kerajaan negeri Pahang telah dipinda oleh pihak tertentu.
![Sultan Pahang tunjuk perkembangan positif Sultan Pahang tunjuk perkembangan positif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/81539874987_SultanAhmadShah.jpg)
Sultan Pahang tunjuk perkembangan positif
Baginda juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua rakyat dan pemimpin di Pahang kerana mendoakan kesejahteraan serta kesihatan ayahanda baginda.
![Penstrukturan semula PAIP kurangkan beban hutang negeri Pahang Penstrukturan semula PAIP kurangkan beban hutang negeri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/81493531407_paipair.jpg)
Penstrukturan semula PAIP kurangkan beban hutang negeri Pahang
Penstrukturan PAIP akan membolehkan hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan dihapuskan dengan statusnya ditukar kepada geran atau peruntukan.
![Hutang RM3 bil bukan sebab ketidakcekapan atau berjoli - Adnan Yaakob Hutang RM3 bil bukan sebab ketidakcekapan atau berjoli - Adnan Yaakob](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/71528301082_AdnanYaakob.jpg)
Hutang RM3 bil bukan sebab ketidakcekapan atau berjoli - Adnan Yaakob
Beliau berkata jumlah hutang itu dihimpunkan daripada pentadbiran menteri besar terdahulu dan tidak mudah untuk dijelaskan kerana kerajaan negeri mempunyai hasil yang terhad.