Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu merupakan antara dua penerima Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena ulang tahun Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang ke-62, hari ini.
Selain Ahmad Faizal, yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri Perak, seorang lagi penerima darjah SPMP adalah Pro Canselor Universiti Malaya, Toh Puan Datuk Seri Dr. Aishah Ong.
Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral (B) Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin berkata istiadat pengurniaan darjah, bintang dan pingat kebesaran kepada 285 penerima akan disempurnakan Sultan Nazrin dalam dua sesi di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar,Ahad ini dan 10 Nov ini.
Baginda juga menganugerahkan Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk kepada 14 individu termasuk Naib Canselor Unversiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Dr Mohammad Shatar Sabran dan Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Luar, Datuk Raja Nurshirwan Zainal Abidin.
Sultan Nazrin turut menganugerahkan Darjah Dato' Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang membawa gelaran Datuk kepada dua penerima iaitu Ketua Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuteraan Pertahanan, Brigedier Jeneral Ir Chapiti Redzwan serta Ketua Bahagian Pentadbiran dan Penyelidikan, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), SAC Sum Chang Keong.
Selain itu, seramai enam penerima menerima Darjah Paduka Cura Simanja Kini (PCM), 23 bagi Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP), 15 bagi Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM) dan 65 menerima Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP).
Dalam pada itu, 72 individu menerima Pingat Pekerti Terpilih (PPT), 82 bagi Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan empat menerima Pingat Lama Perkhidmatan (PLP).
Menurut Mohd Zahidi, kesemua penerima merupakan individu yang telah berjasa kepada negara dan negeri termasuk dalam bidang profesional serta sukan.
Katanya, pada sambutan kali ini, buat pertama kalinya sejak Sultan Nazrin ditabal sebagai Sultan Perak pada 2015, pertunjukan bunga api selama 10 minit akan diadakan di perkarangan Istana Iskandariah pada Sabtu ini bermula jam 7.50 malam.
Selain itu, rakyat juga diseru untuk sama-sama meraikan sambutan ulang tahun Keputeraan baginda dengan mengibarkan bendera negeri di bangunan pejabat, perniagaan dan kediaman.
Untuk menambahkan suasana meriah dan keceriaan, bangunan pejabat dan perniagaan dianjurkan memasang lampu pada malam Sabtu dan Ahad ini hingga jam 12 tengah malam, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 01 2018
Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu merupakan antara dua penerima Darjah Seri Paduka Mahkota Perak yang membawa gelaran Datuk Seri. - Gambar fail/BERNAMA
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.
AWANI Ringkas: 2.6 juta kenderaan guna lebuh raya setiap hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saya terima apa juga keputusan - Faizal Azumu
Faizal Azumu bersedia menerima apa sahaja keputusan terhadap pertandingan merebut jawatan Naib Presiden parti itu yang ditandinginya.
Jangan bersikap 'double standard' bila disiasat - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mahu semua pihak tidak mengambil sikap 'berat sebelah' dengan mengatakan kerajaan bertindak tidak adil apabila mereka disiasat.
Isu 3R: Siasatan terhadap Muhyiddin timbulkan persoalan - Bersatu
Ahmad Faizal berkata pendakwaan segera ke atas Muhyiddin oleh Peguam Negara berhubung kes itu juga menimbulkan banyak lagi persoalan.
Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRK Kuala Kubu Baharu: PN telah kenal pasti calon
Tidak timbul soal calon itu dari parti mana kerana apa yang paling utama individu berkenaan mewakili Perikatan Nasional, tegas Ahmad Faizal.
Sukan Komanwel: Beban terlalu berat buat negara - Faizal Azumu
Katanya, kajian menyeluruh wajar dilakukan khususnya melibatkan implikasi kewangan sebelum kerajaan membuat keputusan.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
Slogan gelombang hijau, Taliban hanya taktik musuh PN - Faizal Azumu
Dakwaan yang mengaitkan PN dengan elemen gelombang hijau dan Taliban merupakan strategi musuh gabungan politik itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu.