Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengadakan perbincangan pada minggu hadapan susulan isu rampasan bible versi Bahasa Melayu dan Iban milik Persatuan Bible Malaysia (BSM).
Khalid Ibrahim berkata beliau telah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi untuk memanggil mesyuarat bersama Mufti Negeri, Datuk Seri Setia Haji Mohd Tamyes Abdul Wahid, EXCO Agama, Salehen Mukyi, Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman serta wakil Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mengadakan perbincangan pada minggu hadapan.
"Kerajaan Negeri akan cuba mendapatkan persetujuan bersama sebelum mengadap DYMM Sultan Selangor untuk kata putus," kata Khalid dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Khamis lalu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah memutuskan kes menutup kes rampasan 300 kitab bible daripada BSM, Januari lepas kerana tiada kes untuk didakwa dan menasihatkan kerajaan negeri untuk mengikut proses undang-undang dalam mengendali barang kes yang diambil daripada BSM.
Kerajaan negeri kemudiannya meminta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mendapatkan khidmat nasihat Salehen Mukyi dan Nik Suhaimi tentang prosedur serta tatacara menurut peruntukan undang-undang bagi tindakan lanjut yang perlu diambil.
Terdahulu, MAIS dalam kenyataannya mengatakan tidak bersetuju dengan keputusan Abdul Gani menutup kes dan mendakwa kerajaan negeri tiada kuasa untuk mengarahkan JAIS memulangkan barang kes kepada BSM.
MAIS turut menyatakan pendirian bahawa mereka tidak akan memulangkan bible yang diambil daripada BSM itu.
Astro Awani
Sat Jun 14 2014

Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengadakan perbincangan susulan isu rampasan bible versi Bahasa Melayu dan Iban milik Persatuan Bible Malaysia - Gambar fail
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

Penggunaan kalimah Allah dalam Bible dilarang di Selangor - Sultan Sharafuddin
Penggunaan kalimah Allah dalam Bible (terjemahan Bahasa Melayu) atau percetakan buku dan tulisan agama Kristian dalam apa-apa bentuk sekalipun tetap dilarang sama sekali penggunaannya di Selangor.

Hormati undang-undang Malaysia - Duta Finland
Beliau berkata, peringatan itu penting kerana ia terdapat dalam seksyen nasihat perjalanan di laman sesawang kedutaan tersebut.

Bible dicap elak diedar di Selangor, kata Sultan
Bible yang dipulangkan bersama cap amaran adalah bagi mengelakkan ia diedar di Selangor, kata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Bible yang dirampas di Selangor diserah kembali
Penyerahan tersebut dibuat di Istana Alam Shah dalam satu majlis pagi ini dan disaksikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

PERKASA tidak tunduk dan berpegang kepada prinsip perjuangan
PERKASA turut berjuang untuk mendapatkan keadilan ekonomi bagi Bumiputera khususnya orang Melayu dan memperkasakan institusi raja-raja Melayu.

Isu Bible: MAIS nafi Sultan Selangor perkenan PERKASA adakan perhimpunan
Surat berhubung perhimpunan itu diterima MAIS, bagaimanapun tidak dirujuk untuk perhatian Sultan Selangor kerana baginda telah berangkat ke luar negara.

MAIS dan JAIS perlu patuh pada keputusan Peguam Negara
Majlis Peguam menyokong keputusan Peguam Negara untuk tidak mendakwa Persatuan Bible Malaysia.

Tuntutan kalimah Allah taktik baru murtadkan umat Islam - Tun Abdul Hamid
Tuntutan kalimah Allah taktik baru murtadkan umat Islam, kata bekas Ketua Hakim Negara.

Serbuan JAIS ikut SOP - Sallehen
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, ia selaras SOP sedia ada sekali gus tidak menyalahi undang-undang.

MKPN kesal dengan serbuan JAIS
Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) kesal dengan serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor ke atas premis Persatuan Bible Malaysia.