KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor telah memberi jaminan untuk menangguhkan proses penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) sehingga kerajaan negeri selesai mempertimbang dan menjelaskan kesemua isu yang dibangkitkan.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, parti berpuas hati dengan jaminan itu setelah menerima penjelasan Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian yang bermesyuarat malam tadi.
"Biro Politik Keadilan malam ini telah menerima pandangan dan penjelasan dari Datuk Seri Amiruddin Shari dan Loy Sian, berhubung isu penyahwartaan HSKLU.
"Biro Politik telah menegaskan bahawa keputusan perlu berpegang kepada beberapa prinsip asas termasuk kepentingan penjagaan alam sekitar; urus tadbir proses perolehan serta penilaian yang telus, terbuka dan baik; serta kesan penyahwartaan HSKLU terhadap masyarakat amnya yang perlu diminimumkan," katanya dalam satu kenyataan pada malam Rabu.
BACA: MB Selangor diminta beri penjelasan keputusan nyahwarta HSKLU - Anwar Ibrahim
Prinsip asas berkenaan juga termasuk perkara-perkara yang dibangkitkan Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor dan badan-badan bukan kerajaan.
Mengenai projek pembinaan Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link), Fahmi berkata, Menteri Besar memberi jaminan bahawa kerajaan negeri belum memberi apa-apa kelulusan dan pihak PJD Link wajib melalui proses pendengaran awam semula dengan semua pemegang taruh selain kembali kepada kerajaan negeri untuk proses seterusnya.
"Mesyuarat malam ini juga telah membangkitkan isu cadangan pembinaan PJD Link. Menteri Besar telah menjelaskan bahawa PJD Link merupakan cadangan semula pihak swasta bagi menggantikan projek yang sebelum ini dikenali sebagai Kinrara-Damansara Expressway (KIDEX), iaitu sebuah projek Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri hanya terlibat dalam isu-isu berkaitan kelulusan tanah.
"Menteri Besar juga telah menjelaskan bahawa pihak PJD Link harus melaksanakan perundingan awam bagi mendapatkan pandangan menyeluruh berkaitan isu-isu teknikal serta kesan-kesan sosial yang mungkin timbul daripada projek ini," ujarnya.
BACA: Nyahwarta HSKLU: Kerajaan Selangor telah ambil kira semua aspek - Jabatan Perhutanan
Astro Awani
Wed Sep 01 2021

Fahmi Fadzil berkata, parti berpuashati dengan jaminan itu setelah menerima pandangan dan penjelasan Menteri Besar. - Gambar fail

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin
Beberapa pusat kecerdasan buatan (AI) akan ditubuhkan di Selangor tahun depan sebagai langkah kerajaan negeri menyokong perkembangan teknologi yang sedang pesat membangun itu.

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berangkat ke Majlis Penutup Tilawah Al-Quran
Keberangkatan tiba baginda berdua disambut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Selangor mulakan pengajian STEM berasaskan al-Quran tahun ini - MB
Kerajaan Selangor akan mula menerapkan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) berasaskan al-Quran di sekolah agama tahun ini.

Isu pindah tanah: Selangor mungkin laksana audit, siasatan dalaman semua agensi
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata langkah tersebut bagi menangani isu pindah milik tanah berkenaan secara menyeluruh.

Kerajaan pastikan harga terus terkawal menjelang Tahun Baharu Cina - MB Selangor
Orang ramai digesa untuk membuat laporan sekiranya terdapat peniaga yang masih ingkar, atau sengaja tidak mempamerkan harga jualan.

Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin
Siasatan menunjukkan mereka mengambil kesempatan membuat kegiatan tersebut sewaktu peralihan sistem manual data ke komputer, dan sewaktu tempoh penyelenggaraan sistem.

SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.

Kes tipu pindah milik tanah: Kerajaan Selangor tanggung kerugian tinggi - Amirudin
Amirudin Shari menegaskan pertindihan ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar ganti rugi kepada pihak terbabit.

Selangor jadi negeri contoh kembang sektor berasaskan teknologi dan inovasi
Program AI Trailblazers antara langkah strategik kerajaan negeri dalam mendukung Malaysia menjadi pesaing dalam ekonomi global.

Selangor peruntuk lebih RM3 juta pelaksanaan Festival Turath Islami 2025
Pelaksanaan berterusan festival merupakan antara usaha kerajaan negeri menyuburkan agama Islam di samping membangunkan sisi rohani rakyat.