IPOH: Penganjur dan peniaga yang dikesan menyewakan tapak bazar Ramadan kepada pihak lain akan dikenakan tindakan tegas termasuk disenarai hitam, kata Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.
Beliau berkata, mereka yang terlibat juga akan dikenakan kompaun yang tinggi selain dihalang daripada mengikuti mana-mana penganjuran bazar Ramadan tahun berikutnya.
"Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengambil serius perkara ini dan akan melaksanakan tindakan tegas sepertimana DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur).
"Walaupun tahun lepas kita tidak terima aduan kes tersebut, namun berdasarkan rekod 2022, kita pernah ambil tindakan atas kesalahan ini.
"Jadi dengan aduan itu kita telah ketatkan syarat-syarat kepada penganjur dan peniaga," katanya kepada pemberita sempena Sesi Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MBI 2024 di sini hari ini.
Rumaizi berkata, langkah tegas itu perlu bagi memastikan tiada mana-mana pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan menyewakan tapak pada kadar bayaran lebih tinggi.
Katanya, tahun ini, kadar bayaran ditetapkan bagi bazar Ramadan di kawasan seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu adalah tidak lebih RM750 termasuk sewa khemah, lesen dan pembersihan.
"Tahun ini sebanyak 1,268 lot niaga disediakan di 24 lokasi seluruh Ipoh membabitkan 1,128 peniaga.
"Pengurusan bazar dikendalikan penganjur terdiri daripada persatuan-persatuan penjaja, koperasi usahawan, jawatankuasa masjid dan surau serta agensi swasta.
"Kebanyakan mereka mengenakan bayaran sehingga RM650 sahaja iaitu berpatutan dan membantu peniaga," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, tiga lokasi di Ipoh turut dipilih sebagai penganjuran bazar Ramadan Rahmah di bawah seliaan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak.
"Satu daripada bazar berkenaan akan diadakan di Taman Cempaka, dua lagi belum diputuskan kerana masih dalam peringkat akhir perbincangan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Rumaizi berkata, tawaran pelbagai hadiah cabutan bertuah berjaya melonjakkan kutipan cukai taksiran sehingga 15 peratus kepada RM64.43 juta tahun ini berbanding RM51.38 juta tahun sebelumnya.
Katanya, rebat RM5 yang disediakan kepada 20,000 pembayar awal juga telah habis digunakan sejak awal Januari lepas.
"Alhamdulillah, tahun ini kita capai peningkatan yang baik, tahun lalu merekodkan 112,277 pembayar cukai, tahun ini ada kenaikan kepada 129,635," katanya.
Tahun ini MBI menawarkan 200 cabutan bertuah termasuk wang tunai dengan hadiah utama sebuah kereta Perodua Axia 1.0, empat motosikal, tablet, jam tangan pintar jenama Apple dan televisyen. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 08 2024

Rumaizi (kanan) meninjau Jualan Rahmah Madani yang diadakan di pekarangan bangunan MBI di Ipoh hari ini. - Foto Sinar Harian

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

Kadar sewa bazar Ramadan Putrajaya diturunkan - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penurunan kadar sewa lot bazar Ramadan dari RM1,000 kepada RM850 kepada penjaja dan peniaga kecil di bawah Perbadanan Putrajaya.

Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran sedarkan rakyat bahaya pembaziran makanan
Memberi kesedaran mengenai keburukan pembaziran makanan yang mengundang kepada pencemaran alam sekitar.

Bazar Ramadan Kampong Gelam kembali di Singapura, sambut kemeriahan Ramadan
Acara yang bertemakan Raikan Cahaya Ramadan mula beroperasi pada 15 Mac lalu sehingga 16 April.

Tanpa tunai di Bazar Ramadan MBPJ, sedia kawasan khas p-hailing - Datuk Bandar
Selain beribadah di bulan yang mulia, bazar Ramadan juga antara yang ditunggu-tunggu umat Islam di negara ini.

Bazar Ramadan, Aidilfitri 2022 rekod nilai jualan RM2.4 bilion - DOSM
Bazar Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini merekodkan nilai jualan sebanyak RM2.4 bilion dan mewujudkan 156,361 peluang pekerjaan.

Kuih limas 'inti' gumpalan rambut: Premis dan rumah penjual diperiksa
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Perak pada Khamis telah menjalankan pemeriksaan premis makanan susulan kejadian tular segumpal rambut ditemui di dalam kuih limas.

PM berkunjung ke Bazar Ramadan Putrajaya
Aspek pematuhan SOP perlu dijadikan amalan bagi membolehkan proses pengesanan dilakukan KKM.

Hari pertama, Bazar Ramadan Kelana Jaya diserbu ribuan pengunjung
Hari ini, kemeriahan turut dirasai di bazar-bazar ramadan yang menjadi tumpuan masyarakat apabila ramai meluangkan masa untuk mencari pelbagai juadah berbuka puasa.

Festival Ramadan Putrajaya 2022 sasar 500,000 pengunjung
Sebanyak 500,000 pengunjung disasarkan dalam penganjuran Festival Ramadan Putrajaya 2022 (FRP 2022) yang bakal diadakan pada 31 Mac sehingga 2 Mei depan.

Bazar Ramadan akan dibenar operasi tahun ini - PM
Prosedur operasi standard (SOP) bazar tersebut akan diperhalusi dan diumumkan apabila sampai masanya nanti.