JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) membekukan semua permohonan lesen baharu perniagaan spa, rawatan atau urutan tradisional dan refleksologi berkuat kuasa hari ini.
Datuk Bandar MBJB Datuk Mohd Noorazam Osman berkata keputusan itu diambil antaranya bagi mengawal lambakan perniagaan yang disifatkan berisiko tinggi dan sensitif itu dijalankan tanpa unsur mencurigakan.
Beliau berkata keputusan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan yang bersidang pada 17 Jan lepas itu adalah menyeluruh, termasuk permohonan lesen perniagaan di rumah kedai, bangunan hotel dan kompleks perniagaan atau beli-belah.
"Pembekuan permohonan lesen perniagaan berisiko tinggi dan sensitif ini adalah supaya MBJB membuat perancangan semula serta menjenamakan semula aktiviti perniagaan ini supaya setanding dengan negara-negara maju bersesuaian dengan imej MBJB.
"Sehubungan itu, satu garis panduan berhubung jenis aktiviti perniagaan berkenaan akan dibangunkan dan dikeluarkan oleh MBJB, sebagai panduan untuk pengusaha perniagaan berisiko tinggi dan sensitif ini," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Portal GeoJB Versi 3.0 Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-30 Perisytiharan MBJB, di sini hari ini.
Beliau berkata permohonan lesen berhubung perniagaan itu yang belum diluluskan sehingga semalam, diberikan status tangguh dengan semakan, sehingga permohonan dibuka semula pada masa akan diumumkan MBJB.
Mohd Noorazam berkata dianggarkan 15 permohonan lesen perniagaan itu diterima oleh pihaknya setiap bulan sekali gus menjelaskan kawasan pentadbirannya telah mempunyai 151 premis perniagaan yang berlesen setakat ini.
Beliau berkata pihaknya turut mengesan 43 premis perniagaan itu yang didapati melanggar syarat lesen, antaranya beroperasi di zon tidak bersesuaian dan tidak mempunyai lesen, dan kesemuanya telah disita.
"Sepatutnya zon yang dibenarkan untuk membuka premis urut, spa dan refleksologi ini adalah di pusat beli-belah dan hotel kerana mempunyai waktu operasi yang sesuai.
"Kadar bayaran lesen kekal bagi premis perniagaan tersebut pula hanya RM800 setahun, manakala lesen sementara RM1,400. Ramai yang membuat permohonan lesen kerana permintaan tinggi dari segi pelancongan. Tetapi pada masa sama, kita tidak mahu ada aktiviti tidak bermoral berjalan di sebalik premis ini," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata pembekuan permohonan lesen itu tidak melibatkan permohonan bagi tambah lot, tukar nama pemilik syarikat dan pembaharuan lesen tahunan.
"Bagi penukaran nama syarikat bagi syarikat yang sama juga, boleh dilakukan tetapi sekiranya bertukar ke syarikat baharu melibatkan perubahan di sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), permohonan adalah tidak diterima dan dikira sebagai permohonan baharu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 01 2024

Mohd Noorazam berkata keputusan itu diambil antaranya bagi mengawal lambakan perniagaan yang disifatkan berisiko tinggi dan sensitif itu dijalankan tanpa unsur mencurigakan.- Gambar fail/Bernama
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

MBJB beku permohonan lesen spa, rawatan urutan tradisional dan refleksologi
Majlis Bandaraya Johor Bahru membekukan semua permohonan lesen baharu perniagaan spa, rawatan atau urutan tradisional dan refleksologi berkuat kuasa hari ini.

COVID-19: Senarai berita palsu tular 10 pagi, 30 Mei - KKMM
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan mengeluarkan kenyataan berkaitan "Takwim Persekolahan" seperti yang tular melalui aplikasi WhatsApp.

Golongan B40 boleh mohon subsidi yuran taska
Yayasan Bandaraya Johor Bahru menyeru lebih ramai ibu bapa daripada golongan B40 untuk memohon subsidi yuran taska yang disediakan.

Satu lagi lukisan dinding Zacharevic dipadam di JB
Lukisan yang dipadam oleh MBJB itu dihasilkan pada Selasa lepas dan hanya bertahan selama tiga hari.