MELAKA:Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan mengambil tindakan tegas termasuk menutup premis perniagaan di bawah kawasan pentadbirannya jika didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19 yang semakin meningkat ketika ini.
Datuk Bandarnya, Datuk Zainal Abu berkata pihaknya akan menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa khususnya di kawasan tumpuan awam seperti pasar dan kedai makan.
"Kita memandang serius isu pematuhan SOP dan MBMB turut berperanan sebagai petugas barisan hadapan membantu Kementerian Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menguatkuasakan SOP bagi memastikan rantaian COVID-19 dapat segera diputuskan.
"Walaupun kerajaan telah menyarankan agar rakyat melakukan kawalan kendiri namun pada saya arahan ini masih dipandang ringan oleh sebahagian masyarakat sehingga melanggar SOP di tempat awam yang membawa kepada penangkapan oleh polis dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau tapak pemasangan Sistem Pemantauan Operasi Pam (SPOP) Advanced di Bunga Raya Pantai di sini, pada Jumaat.
BACA: COVID-19: Empat PBT Melaka sasar nyah cemar 1,233 kawasan
BACA: Melaka dipilih sebagai finalis We Love Cities peringkat global
Dalam pada itu, beliau berkata MBMB akan memperluaskan pemasangan SPOP Advanced di empat lagi lokasi yang dikenal pasti sering dilanda banjir membabitkan peruntukan kira-kira RM200,000.
Lokasi tersebut ialah Sungai Udang, Kampung Morten, Jambatan Tan Kim Seng dan Pengkalan Rama dan ia dijangka mengambil masa dua tahun untuk disiapkan.
BACA: 69 mangsa banjir dipindahkan di Melaka
Beliau berkata, sistem amaran itu mula digunakan sejak 2017 di Rumah Pam Kawalan Banjir Bunga Raya Pantai dan Rumah Pam Kawalan Banjir As Syakirun di Pulau Melaka dan dapat mengesan kenaikan paras air sungai, kerosakan pam, bekalan elektrik terputus, pemantauan kualiti udara dan operasi pam menggunakan teknologi Internet Benda (IoT).
"Sistem ini berfungsi menyampaikan maklumat berkaitan menerusi panggilan telefon serta khidmat pesanan ringkas dan anggota teknikal MBMB akan diberi amaran awal serta mengenal pasti punca untuk mengelak berlaku banjir sehingga menyebabkan kerosakan harta benda.
"Anggota teknikal atau kontraktor lantikan MBMB juga boleh memantau sebarang masalah menerusi aplikasi atau 'web-monitoring' sekali gus membolehkan penyelesaian masalah dilakukan dengan cepat dan tepat berbanding kaedah lama yang perlukan petugas ke tapak lokasi pam kawalan banjir untuk mengenal pasti punca," katanya.
Katanya, SPOP Advanced dihasilkan kumpulan kreatif dan inovatif MBMB iaitu 'Ingenieria Crew' dengan kerjasama Intel Microelectronic (M) Sdn Bhd serta TNB Research Sdn Bhd dan ia diiktiraf Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 23 2020

Zainal (kiri) meninjau paras air Sungai Melaka ketika melakukan lawatan ke lokasi pemasangan SPOP Advanced bagi mengelak berlakunya banjir di Bunga Raya Pantai, Melaka, 23 Okt, 2020. --fotoBERNAMA
AWANI Borneo [6/3/2025] – Bincang dasar kewangan strategik | Hak autonomi umno Sabah | Dua juragan tempatan ditahan
#AWANIBorneo bersama Fauzi Zin
- Abang Jo, Masidi hadiri Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025 di Putrajaya
- Penggantungan keahlian Shahelmey hak autonomi UMNO Sabah
- APMM rampas lebih tujuh tan barang kawalan disyaki cuba diseludup ke negara jiran
- Abang Jo, Masidi hadiri Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025 di Putrajaya
- Penggantungan keahlian Shahelmey hak autonomi UMNO Sabah
- APMM rampas lebih tujuh tan barang kawalan disyaki cuba diseludup ke negara jiran
Mangsa kebakaran Kg Tabuan Lot reda hilang persiapan sambut raya
Semalam detik hitam menimpa penghuni empat kediaman di Kampung Tabuan Lot, Kuching

Bursa Malaysia ditutup rendah ekoran tekanan jualan ke atas saham kewangan
Indeks penanda aras Bursa Malaysia berakhir dengan prestasi rendah pada Khamis, diseret turun oleh tekanan jualan yang berterusan ke atas saham berwajaran tinggi terpilih.
Pempengaruh antarabangsa kongsi kegembiraan bersama penduduk Pulau Bum-Bum
Beberapa pempengaruh antarabangsa berkunjung ke Pulau Bum-Bum bagi merasai pengalaman berpuasa selain berkongsi kegembiraan bersama penduduk menerusi inisiatif Changemakers 2025 MyFoundation.
Penggantungan keahlian Shahelmey hak autonomi UMNO Sabah
Pengarah Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffery Nor Mohamed berkata penggantungan keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Datuk Shahelmey Yahya dalam parti itu yang diumumkan sebelum ini adalah sah dan rasmi.
Program Ketuk Sahur tingkat perpaduan antara kaum
Sebanyak 250 buah rumah akan dikunjungi dalam Program Ketuk Sahur anjuran Pusat Khidmat DUN Nangka termasuk rumah penduduk bukan Islam.
Jentera UMNO guna pendekatan lebih sistematik hadapi PRN-17
Pengarah Jentera Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffrey Nor Mohamed optimis tahap kesiapsiagaan umno sabah juga kini sudah di tahap yang memuaskan dan bersedia untuk bertarung dengan mana-mana parti pada
APMM rampas lebih tujuh tan barang kawalan disyaki cuba diseludup
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya rampas lebih tujuh tan barang kawalan bersubsidi tanpa permit di percayai cuba di seludup ke negara jiran dalam dua operasi berasingan di perairan daerah ini, Selasa lepas.
Abang Jo, Masidi hadiri Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025
Mesyuarat tahunan ini menjadi platform rundingan antara kerajaan Persekutuan dan negeri mengenai hal ehwal kewangan.

Tiada 'double standard' siasat kes 3R - Saifuddin
Polis tidak bersikap pilih kasih dalam menjalankan siasatan terhadap kes melibatkan isu agama, raja dan kaum (3R).

Shadan terajui MBMB mulai 1 Feb
Shadan akan menggantikan Datuk Zainal Abu yang tamat perkhidmatan pada 31 Jan ini.

Status bangunan MBMB diputuskan selepas isu persempadanan diwartakan
Datuk Zaidi Attan berkata projek pembinaan yang dihentikan pada 2018 itu perlu mengambil kira pelbagai perkara.

15 peniaga positif COVID-19, Pasar Besar MBMB ditutup 3 hari
Peniaga yang positif adalah di bahagian sayur-sayuran dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengesan kontak rapat mereka.

MBMB akan tutup premis perniagaan ingkar SOP COVID-19
Datuk Bandarnya, Datuk Zainal Abu berkata pihaknya akan menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa khususnya di kawasan tumpuan awam seperti pasar dan kedai makan.

Melaka dipilih sebagai finalis We Love Cities peringkat global
MBMB mengamalkan pelbagai inisiatif hijau ke arah bandar raya sejahtera dan mampan membuahkan hasil apabila Melaka telah dipilih sebagai finalis bagi kempen We Love Cities di peringkat global.

KTHXBYE ditukar 'Semoga Berjumpa Lagi, Bye Bye!'
Pemasangan papan iklan baharu itu dilakukan 11 malam tadi setelah pihaknya mengeluarkan arahan kepada syarikat pengeluar makanan ringan untuk menurunkan papan iklan lama itu.

Pengoperasiaan parkir swasta di Melaka ditangguh serta-merta
Semua pengoperasian parkir berbayar baharu yang diswastakan di bawah pentadbiran MBMB ditangguhkan serta-merta untuk kajian dan penilaian semula kaedah caj yang dikenakan.

10,000 orang guna Monorel Melaka sejak dibuka semula
Produk pelancongan itu digantung perkhidmatannya pada 2013 akibat masalah teknikal.

Melaka tubuh unit penguatkuasaan tetap perangi amalan khurafat di Pulau Besar
Penubuhan unit khas yang akan bermastautin di Pulau Besar itu amat penting agar pihak berkuasa akan dapat mengambil tindakan tegas secara konsisten terhadap mereka yang masih degil.