GUA MUSANG: Ladang Sindiyan dengan keluasan hampir 3,000 hektar di Tanah Tinggi Lojing di sini diiktiraf sebagai tanaman durian Musang King terbesar dalam negara oleh Malaysia Book Of Records (MBOR) hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Sindiyan Plantation Sdn Bhd Symantha Chai berkata lebih 200,000 pokok durian Musang King diusahakan di ladang berkenaan.
Beliau berkata syarikatnya telah menjalankan pelbagai cara penanaman semenjak 2016 bagi mendapatkan kaedah yang betul sebelum berjaya mengembangkan ladang tanaman sehingga mencapai keluasan pada hari ini.
"Kami cukup berbangga dengan pencapaian diraih oleh Ladang Sindiyan. Misi kami adalah untuk membangunkan usaha niaga agrikultur dan agropelancongan yang mampan. Usaha ini akan membawa limpahan sosioekonomi kepada penduduk setempat serta membawa kelestarian kepada alam sekitar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Pengiktirafan Malaysia Book Of Records sebagai ladang Musang King terbesar di Malaysia, di Tanah Tinggi Lojing, yang turut dihadiri Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Muhamed Fadzli dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengasas Hernan Corporation Sdn Bhd Datuk Anna Teo.
Mengulas lanjut, Chai berkata sebanyak 60,000 tan metrik penghasilan durian disasarkan setiap tahun menerusi usaha sama dengan pengeksport durian terbesar iaitu Syarikat Hernan Corporation Sdn Bhd.
"Usaha sama eksklusif ini akan dapat memenuhi permintaan tinggi dunia terhadap durian Malaysia dan produk berasaskan durian. Kami telah mengembangkan operasi untuk memenuhi permintaan durian di negara seperti Australia, China, Kanada, Indonesia, Jepun, Belanda, United Kingdom dan Amerika Syarikat," katanya.
Chai berkata usaha sama itu juga membolehkan kualiti buah dikekalkan dengan bantuan pengalaman lebih 40 tahun berkaitan teknik kultivasi serta pengurusan ladang untuk dihantar kepada pelanggan di setiap peringkat huluan sehingga hiliran.
"Kami akan kekal komited untuk menjadi peneraju dalam perniagaan durian di dalam dan luar negara dan akan terus memodenkan operasi dan mengembangkan ladang pada masa hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 14 2023
Pekerja ladang durian Sindiyan Plantation Kevin Wong Wei Ming, 39, menunjukkan sijil pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) untuk ladang tanaman durian Musang King terbesar dalam negara di Tanah Tinggi Lojing di sini, hari ini. -Bernama
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Derita rakyat Palestin terbalas jika Netanyahu ditangkap
Selepas gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza pada Ahad lalu, masyarakat dunia mempunyai satu lagi misi iaitu mengheret Benjamin Netanyahu ke muka pengadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
ASEAN: Kenal pasti kepelbagaian risiko, tambah baik dasar ekonomi
Polisi ekonomi ASEAN perlu diperbaiki dengan fokus diberikan terhadap peningkatan perdagangan dan pelaburan antara negara anggota.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Petunjuk positif pertama dalam beberapa bulan kebelakangan ini adalah kesediaan untuk keterlibatan, dan saya beri jaminan kepada mereka melalui hubungan rakan-rakan dan pelbagai agensi, terutamanya agensi perisikan, bahawa kami bukan di sini untuk mengenakan apa-apa tindakan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Pelancong Islam: 4.82 juta pelancong, pendapatan lebih RM15 bilion tahun lalu
Indonesia, Brunei, Pakistan, Arab Saudi dan Kazakhstan merupakan lima negara yang menyumbang kepada ketibaan pelancong Islam tertinggi ke Malaysia.
MBOR iktiraf Ladang Sindiyan sebagai tanaman Musang King terbesar negara
Ketua Pegawai Eksekutif Sindiyan Plantation Sdn Bhd Symantha Chai berkata lebih 200,000 pokok durian Musang King diusahakan di ladang berkenaan.