BALIK PULAU: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memungut satu tan barangan lusuh yang menimbulkan gangguan kepada penduduk sekitar dari sebuah rumah teres dua tingkat di daerah Barat Daya, di sini hari ini.
MBBP menerusi hantaran di Facebook memaklumkan pihaknya terpaksa menggunakan lori untuk mengangkut kesemua longgokan barangan lusuh itu selepas pemiliknya sengaja membiarkan kawasan kediamannya dalam keadaan semak dan menjijikkan.
Tindakan itu diambil menerusi operasi bersepadu yang dijalankan bersama Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan jabatan-jabatan dalaman MBPP termasuk Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Jabatan Kesihatan Persekitaran.
"Rumah itu telah didapati menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk sekitar dengan longgokan sisa barang lusuh dan berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1976 di bawah Seksyen 82, MBPP telah mengeluarkan notis Menghendaki Kacau Ganggu Dihapuskan kepada pemiliknya 14 Mei lepas.
"Pemilik rumah itu telah dengan sengaja tidak mengambil sebarang tindakan pembersihan dan masih membiarkan premis beliau dalam keadaan yang meloyakan, dia juga akan dikenakan caj mengikut kadar yang ditetapkan bagi kerja-kerja menghapus kacau ganggu," menurut hantaran tersebut.
MBPP turut memaklumkan pihak polis berjaya mengawal situasi dan emosi pemilik rumah yang cuba bertindak agresif menghalang pegawai MBPP melaksanakan kerja-kerja menghapus kacau ganggu, sementara pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya telah menjalankan pemeriksaan bekas-bekas berpotensi untuk pembiakan nyamuk dan menemui jentik-jentik di dalamnya.
"Tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya sedang dipertimbangkan kerana pemilik tidak mematuhi Notis Seksyen 8 Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 kerana mengakibatkan premisnya menjadi tempat pembiakan jejentik yang boleh membawa kepada penyebaran wabak denggi," menurut hantaran itu.
Operasi bersepadu itu bermula 8 pagi dan tamat pada 10.50 pagi tadi sehingga kawasan pekarangan rumah tersebut telah dibersihkan sepenuhnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 28 2024
Operasi bersepadu itu bermula 8 pagi dan tamat pada 10.50 pagi tadi sehingga kawasan pekarangan rumah tersebut telah dibersihkan sepenuhnya. - Foto FB MBPP
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Remaja tembak diri sendiri selepas bunuh rakan
Seorang remaja menembak diri sendiri hingga maut selepas menembak mati seorang remaja di kafeteria di sekolah tinggi antioch di Nashville.
Deretan khemah sambut penduduk kembali ke Gaza
Deretan khemah didirikan di bandar Gaza, untuk dijadikan penempatan sementara bagi keluarga yang sebelum ini terpaksa berpindah akibat serangan Israel.
Bulan Sabit Merah Qatar hantar bantuan ke Gaza menerusi Jordan
Setiap bungkusan itu turut berisi bekalan perubatan, khemah dan kelengkapan musim sejuk
Piala Presiden: 'Boy' cipta kejutan sambar emas di acara keirin
Muhammad Ridwan Sahrom mencipta kejutan dengan menyambar pingat emas pada Siri Tiga Piala Presiden hari ini.
SPAN perlu tingkatkan kawalan penggunaan air untuk industri air
Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), Piarapakaran S berpandangan walaupun SPAN mempunyai kuasa di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, namua ia masih perlu diperincikan dan diperluaskan bagi memastikan sumber air negara kekal mampan.
Pemandu lori maut rempuh belakang treler
Seorang pemandu lori maut setelah kenderaan yang dipandunya melanggar bahagian belakang treler di KM132.3 Lebuh Raya Utara Selatan Arah Utara, pagi tadi.
Perubahan Iklim: Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia
Malaysia akan terus berkomunikasi serta meneroka kerjasama dengan semua negara bagi mencari jalan terbaik mengenai isu perubahan iklim.
Ada najis tikus, tiga premis makanan di Tanjung Bunga diarah tutup
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengarahkan tiga premis makanan di Tanjung Bunga ditutup 14 hari selepas pemeriksaan mendapati terdapat najis tikus di premis tersebut, semalam.
MBPP angkut satu tan barang lusuh simpan di rumah
Majlis Bandaraya Pulau Pinang memungut satu tan barangan lusuh yang menimbulkan gangguan kepada penduduk sekitar dari sebuah rumah teres dua tingkat di daerah Barat Daya.
Puluhan pokok tumbang di 10 kawasan sekitar George Town
Sejak pukul 11 malam hingga 1 pagi, sebanyak 10 lokasi pokok tumbang dan dahan patah dilaporkan kepada petugas aduan hotline MBPP.
Mahkamah Persekutuan batal kebenaran merancang bangun perumahan di lereng bukit di P. Pinang
Penghuni sebuah kondominium di Sungai Ara, Pulau Pinang hari ini memenangi rayuan mereka untuk membatalkan keputusan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
RFP perkhidmatan teksi air di P. Pinang mulai Isnin
Kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan melaksanakan tender terbuka secara permintaan cadangan (RFP) untuk menyediakan perkhidmatan teksi air bermula Isnin.
Penghuni cedera bumbung asrama anak yatim runtuh dibenar keluar hospital
Tiga penghuni Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang di Jalan Scotland di sini yang mengalami kecederaan selepas bumbung bangunan di bilik asrama itu runtuh dalam kejadian malam tadi.
Sindiket sami palsu berleluasa di Pulau Pinang
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan kegiatan sami palsu yang semakin berleluasa di sekitar negeri itu.
Tiga premis makanan di P.Pinang diarah tutup kerana kotor, ada najis tikus
Ia didapati tidak menepati piawaian kebersihan yang ditetapkan termasuk penemuan najis tikus di dalam premis.
Pembinaan Tembok Laut Padang Kota Lama ambil kira aspek keselamatan
Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah mengambil kira aspek keselamatan ketika pembinaan tembok penahan ombak dan sesiaran pejalan kaki.
COVID-19: Pasar Chowrasta, Lebuh Cecil diarah tutup
Bagi Pasar Chowrasta pula ia melibatkan 157 gerai di dalam pasar, 56 gerai di medan selera dan 62 gerai sementara yang berada di luar pasar berkenaan.