KULAI: MCA sedang mempergiat usaha menarik lebih ramai ahli baharu khususnya dalam kalangan golongan muda berusia 18 tahun ke atas bagi menyertai parti itu.
Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, ini kerana golongan itu bukan sahaja akan menjadi pengundi secara automatik malah mereka merupakan golongan tidak 'hardcore' atau terlalu kuat fahaman politik, selain lebih memilih realiti daripada sekadar harapan.
"Pilihan Raya Negeri (PRN) (Johor) lalu telah membuktikan persepsi anak muda menolak Barisan Nasional (BN) adalah tidak benar kerana banyak saluran pengundi muda kita catat kejayaan, ini kerana golongan berkenaan tidak terikat dengan mana-mana parti.
"Sebaliknya, mereka memilih realiti dan bukan sekadar harapan khususnya dalam soal pendidikan, pekerjaan dan juga masa depan negara.
"Jadi kita perlu tambah ahli parti melibatkan mereka yang baru tamat persekolahan, kita perlu dampingi mereka sama ada yang terus bekerja mahupun yang menyambung pengajian," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda dan Wanita MCA Johor di sini hari ini.
Pada Julai 2019, Parlimen meluluskan cadangan pindaan Seksyen 3(a) dan (b) Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 berkaitan penurunan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.
Pindaan itu turut membabitkan pelaksanaan pendaftaran pemilih secara automatik oleh kerajaan.
Sementara itu, Menteri Pengangkutan itu berkata kesiapsiagaan MCA bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kini sudah berada pada tahap maksimum.
Bagaimanapun, Wee berkata pihaknya enggan terlalu yakin kerana menyedari sentimen masyarakat di peringkat akar umbi boleh berubah-ubah dengan pelbagai faktor yang perlu diambil kira.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 18 2022

Wee Ka Siong berpendapat, golongan muda merupakan golongan tidak 'hardcore' atau terlalu kuat fahaman politik, selain lebih memilih realiti. - Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.

'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.

Keluarga hidup dalam ketakutan diganggu along
Sebuah keluarga hidup dalam ketakutan selepas diugut oleh pemberi pinjaman wang haram atau along walaupun telah membayar kesemua wang yang dipinjam daripada pihak terbabit.

KPM ambil maklum cadangan kembalikan nama asal SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata KPM mendengar semua cadangan yang diterima, namun cadangan tersebut perlu melalui proses tertentu.

MCA mahu kerajaan pelihara, pertahan hak kebebasan bersuara rakyat
Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong hari ini menggesa kerajaan supaya terus memelihara dan mempertahan hak kebebasan bersuara rakyat Malaysia.

BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.

Dakwaan MCA dapat tekanan keluar BN dicipta kalangan tertentu - Zambry
Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Setiausaha Agungnya Datuk Chong Sin Woon telah memaklumkan perkara itu tidak berlaku.

Tiada perbincangan MCA nak tinggalkan BN - Setiausaha Agung
MCA menafikan dakwaan bahawa terdapat tekanan kepada kepimpinan tertinggi parti itu untuk meninggalkan gabungan Barisan Nasional (BN) selepas 72 tahun bersama.

Ramanan terharu layanan pengundi Cina Sungai Bakap
Ramanan menzahirkan rasa terharu dengan layanan baik masyarakat Cina, ketika menyantuni mereka bersama jentera MCA pada kempen PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap semalam.

PRK Sungai Bakap: MCA dialu-alukan bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengalu-alukan penglibatan MCA bagi membantu kempen calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.