PUTRAJAYA: McDonald’s Malaysia membayar zakat perniagaan RM2 juta kepada semua 14 negeri di Malaysia.
Pembayaran bagi tahun 2021 itu menandakan kali kelima McDonald’s Malaysia membayar zakat perniagaan dan terbesar jumlahnya, sejak syarikat itu diambil alih Lionhorn Pte. Ltd., sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi.
Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar berkata, bayaran zakat itu adalah usaha pihaknya menyumbang semula kepada masyarakat selain menjadi nilai teras McDonald’s, sama ada melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mahupun zakat.
“Sebagai entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam, ia adalah tuntutan keagamaan untuk kami membayar zakat untuk diagihkan kepada golongan masyarakat memerlukan.
“Zakat adalah salah satu daripada lima rukun Islam, dan sebagai sebuah syarikat yang mengendalikan operasi di lebih 300 restoran di seluruh negara ini, menyantuni komuniti di tempat kami beroperasi sentiasa menjadi keutamaan kami.
“Kami berharap sumbangan kami kepada semua 14 negeri akan terus membantu golongan miskin di seluruh negara, terutamanya dalam keadaan hidup semasa yang penuh dugaan ini,” katanya pada Majlis Penyampaian Zakat Perniagaan McDonald’s Malaysia Peringkat Nasional 2021, di sini, pada Selasa.
Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.
Dalam pada itu, tambah Azmir, pihaknya akan terus mengembangkan perniagaan di seluruh negara selain komited menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan.
“Semenjak lima tahun lepas sahaja kita sudah melabur lebih RM400 juta, tahun hadapan sahaja, kita akan melabur RM250 juta untuk membuka 35 restoran baharu, dengan visi 500 buah restoran dibuka pada 2026. Ini akan memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak muda di Malaysia.
“Manakala, keseluruhan zakat semenjak lima tahun lepas adalah sebanyak RM6.5 juta, dan pada tahun-tahun mendatang, kita akan terus menunaikan zakat yang menjadi tanggungjawab dan jumlahnya akan lebih tinggi,” katanya lagi.
Ehsan A Marisah
Thu Nov 18 2021
![McDonald's Malaysia bayar zakat perniagaan RM2 juta McDonald's Malaysia bayar zakat perniagaan RM2 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41637138931_TBZAKAT.jpg)
Majlis Penyampaian Zakat Perniagaan McDonald's Malaysia Peringkat Nasional 2021, di McDonalds Putrajaya Presint 2, pada Selasa. - Foto Astro AWANI
![Indeks Persepsi Rasuah: Sasaran Malaysia kedudukan 25 negara teratas sukar dicapai - C4 Indeks Persepsi Rasuah: Sasaran Malaysia kedudukan 25 negara teratas sukar dicapai - C4](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739259414_rasuah.jpg)
Indeks Persepsi Rasuah: Sasaran Malaysia kedudukan 25 negara teratas sukar dicapai - C4
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Pushpan Murugiah menegaskan perkara itu tidak mustahil jika reformasi secara drastik dilaksanakan bermula dari tahun ini.
[TERKINI] Majlis Penandatangan MoU dan Sidang Media Bersama PM Anwar dan Presiden Türki
Ikuti Majlis Penandatangan MoU dan sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdoğan di Putrajaya.
![Malaysia-Turkiye terus fokus kukuhkan hubungan bilateral Malaysia-Turkiye terus fokus kukuhkan hubungan bilateral](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739259031_AnwarErdoganPutr.jpg)
Malaysia-Turkiye terus fokus kukuhkan hubungan bilateral
Pertemuan empat mata di antara Anwar dan Erdogan menyentuh fokus memperkukuhkan lagi hubungan bilateral, selain bertukar-tukar pandangan tentang isu serantau dan global.
Korea Utara kecam kapal selam nuklear AS di Busan
Kementerian Pertahanan Korea Utara menuduh Amerika Syarikat menimbulkan ancaman keselamatan serius dengan menghantar kapal selam nuklear ke pelabuhan Korea Selatan.
Menurut laporan agensi berita KCNA, pasukan tenteranya bersedia mengambil tindakan yang diperlukan.
Menurut laporan agensi berita KCNA, pasukan tenteranya bersedia mengambil tindakan yang diperlukan.
PM puji kejayaan Turkish Airlines, seru Malaysia ikut jejak
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan Turkiye atas keyakinan dan kepercayaan kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk terus mengendalikan Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gökçen (ISGA).
Menurutnya lagi, Malaysia perlu belajar bagaimana transformasi lapangan terbang di Turkiye dan Turkish Airlines berjaya menjadi lebih efisien dan semakin mendapat perhatian dunia.
Menurutnya lagi, Malaysia perlu belajar bagaimana transformasi lapangan terbang di Turkiye dan Turkish Airlines berjaya menjadi lebih efisien dan semakin mendapat perhatian dunia.
![Lawatan Erdogan: Malaysia, Turkiye jalin kerjasama strategik melalui 11 MoU Lawatan Erdogan: Malaysia, Turkiye jalin kerjasama strategik melalui 11 MoU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739258841_RecepTayyipErdoan.jpg)
Lawatan Erdogan: Malaysia, Turkiye jalin kerjasama strategik melalui 11 MoU
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan hari ini menyaksikan pertukaran 11 perjanjian persefahaman (MoU) di antara dua negara.
Filem 'Abang Adik' terima pengiktirafan ASEAN Records
Filem Abang Adik mencipta sejarah sebagai filem berbahasa Cina pertama menerima pengiktirafan ASEAN Records berikutan kejayaan meraih pelbagai anugerah antarabangsa, pencalonan festival dan tayangan global terbanyak.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berkata, filem arahan Jin Ong telah menarik perhatian pada festival filem antarabangsa sejak 2023 dengan membawa pulang 28 anugerah antarabangsa.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berkata, filem arahan Jin Ong telah menarik perhatian pada festival filem antarabangsa sejak 2023 dengan membawa pulang 28 anugerah antarabangsa.
Pembubaran DOJ tidak jejas proses pemulihan aset
Pembubaran DOJ tidak menjejaskan usaha berterusan Malaysia dalam pemulihan aset 1MDB.
![FBI temui ribuan dokumen rahsia berkaitan pembunuhan John F Kennedy FBI temui ribuan dokumen rahsia berkaitan pembunuhan John F Kennedy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739251240_JohnFKennedy.jpg)
FBI temui ribuan dokumen rahsia berkaitan pembunuhan John F Kennedy
BIRO Penyiasatan Persekutuan (FBI) mendedahkan ribuan dokumen yang sebelum ini tidak pernah didedahkan berkaitan pembunuhan bekas Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy (JFK).
Indeks Persepsi Rasuah 2024: Malaysia kekal di kedudukan ke-57
Malaysia kekal di kedudukan ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi tahun 2024, dengan skor 50 mata.
![McDonald's Malaysia bersama Palestin, derma RM1 juta kepada tabung kemanusiaan McDonald's Malaysia bersama Palestin, derma RM1 juta kepada tabung kemanusiaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717305698_AzmirJaafar.jpg)
McDonald's Malaysia bersama Palestin, derma RM1 juta kepada tabung kemanusiaan
Azmir berkata pekerja restoran makanan segera itu telah mengumpul dana lebih RM100,000 untuk membantu mereka yang terjejas di Palestin.
![McDonald's Malaysia 100 peratus entiti milik Muslim McDonald's Malaysia 100 peratus entiti milik Muslim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697340517_McDonald.jpg)
McDonald's Malaysia 100 peratus entiti milik Muslim
"Sehingga 2023, kami telah menyumbang lebih RM12 juta dalam pembayaran zakat dan menyokong komuniti yang kurang berkemampuan."
![Anugerah Guru Inspirasi McDonald's mampu cungkil bakat guru Anugerah Guru Inspirasi McDonald's mampu cungkil bakat guru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61652862529_menterikananpendid.jpg)
Anugerah Guru Inspirasi McDonald's mampu cungkil bakat guru
Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2022 mengiktiraf pendidik serta menjadi medium bagi mengetengahkan pendidik yang berfikiran luar kotak.
![Gaji minimum pekerja McDonald's Malaysia akan diselaraskan Gaji minimum pekerja McDonald's Malaysia akan diselaraskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646262312_mcdonalds.jpg)
Gaji minimum pekerja McDonald's Malaysia akan diselaraskan
Gaji minimum pekerja McDonald's Malaysia akan diselaraskan | Dagang News
![McDonald's Malaysia bayar zakat perniagaan RM2 juta McDonald's Malaysia bayar zakat perniagaan RM2 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41637138931_TBZAKAT.jpg)
McDonald's Malaysia bayar zakat perniagaan RM2 juta
Pembayaran bagi tahun 2021 itu menandakan kali kelima McDonald's Malaysia membayar zakat perniagaan dan terbesar jumlahnya.
![McDonald's Malaysia: Kami 'kambing hitam' akibat boikot McDonald's Malaysia: Kami 'kambing hitam' akibat boikot](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/71407391863_295x200.jpg)
McDonald's Malaysia: Kami 'kambing hitam' akibat boikot
McDonald's Malaysia berkata mereka adalah 'kambing hitam' kepada individu-individu yang memboikot mereka kerana dikatakan mempunyai hubungan dengan Israel.
![McDonald's kecewa premisnya mengalami vandalisme ekoran boikot McDonald's kecewa premisnya mengalami vandalisme ekoran boikot](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/71407391863_295x200.jpg)
McDonald's kecewa premisnya mengalami vandalisme ekoran boikot
McDonald's Malaysia meluahkan rasa kekecewaannya kerana beberapa premisnya telah mengalami vandalisme yang mengancam keselamatan pekerjanya.
![McDonald's Malaysia akan siasat kes penghantaran palsu McDonald's Malaysia akan siasat kes penghantaran palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-06/71404107512_295x200.jpg)
McDonald's Malaysia akan siasat kes penghantaran palsu
McDonald's Malaysia akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa susulan kes penghantaran palsu dan rompakan ke atas seorang lelaki OKU.
![Jerebu: Larian Hari Olimpik Ahad ini ditunda Jerebu: Larian Hari Olimpik Ahad ini ditunda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/61371520343_295x200.jpg)
Jerebu: Larian Hari Olimpik Ahad ini ditunda
Keputusan menangguhkan acara tahunan itu diputuskan selepas berunding dengan penganjur bersama, McDonald's Malaysia.