PETALING JAYA: Pembayaran royalti McDonald's Malaysia tidak sama sekali disalurkan untuk menyokong perang antara Palestin dan Israel.
Pengurus Besar dan Developmental Licensee, Reza Food Services Co Ltd, Abdulrahman Alireza menjelaskan, royalti yang dibayar kepada McDonald's Corporation adalah untuk penggunaan jenama, program pembangunan bakat, serta pembangunan teknologi yang dilakukan mereka.
"Kami membayar royalti untuk penggunaan jenama, seperti yang saya katakan ia adalah jenama yang sangat kuat. Semua yang disediakan seperti latihan, sokongan, sistem, apa yang kami perolehi, wang itu disalurkan kepada mereka untuk menampung sebahagian daripada perbelanjaan, mereka menghasilkan pelbagai jenis sistem.
"Terutamanya pada masa kini dengan teknologi, banyak wang yang dibelanjakan untuk tujuan itu. Anda lihat aplikasi yang kami ada, ia memerlukan wang untuk membangunkannya. Itu semua dilakukan mereka. Itulah royalti yang dibayar.
"Selebihnya diberikan kepada pemegang saham, ia mudah, kerana ini adalah syarikat komersial," jelasnya.
Sebagai sebuah syarikat komersial, McDonald's mempunyai tanggungjawab terhadap pemegang saham, termasuklah dalam hal membabitkan pendirian politik.
"Mana-mana syarikat komersial tidak akan memberi perkhidmatan kepada pemegang saham mereka jika mereka mengambil pendirian politik. Terdapat melebihi tujuh bilion penduduk dunia, kami ingin berkhidmat kepada mereka semua, itu cita-cita kami.
"Tetapi buat masa ini kami belum boleh lakukannya, jadi saya mahu menjelaskan, McDonald's Corporation ialah sebuah syarikat komersial. Kami tidak mengambil pendirian politik," katanya dalam sidang media khas di Petaling Jaya, minggu lalu. Turut hadir pada sesi itu ialah Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald's Malaysia, Datuk Azmir Jaafar.
Reza Food Services, yang merupakan milik orang Islam, memiliki hak francais McDonald's di Malaysia dan Singapura sejak 2017. Reza Food Services turut memiliki rangkaian restoran McDonald’s di wilayah barat dan selatan Arab Saudi.
Sementara itu, Azmir berkata, sepanjang 32 tahun beliau berkhidmat bersama McDonald's, restoran khidmat segera itu sudah sering kali dikaitkan dengan konflik yang berlaku di Asia Barat, dengan situasi paling buruk dihadapi pada 2014.
Ironinya, ajakan boikot seperti yang dilaungkan sesetengah pihak susulan konflik berkenaan, lebih memberi impak kepada pekerja mereka, yang kesemuanya terdiri daripada anak tempatan.
“Sudah 42 tahun McDonald's berada di Malaysia, saya sudah bekerja 32 tahun dan dalam tempoh itu setiap kali ada konflik Timur Tengah (Asia Barat), setiap kali itu ada isu dengan brand McDonald's.
"Kita dikecam, dari segi perspektif kemanusiaan berkaitan pekerja, sejak dua minggu lalu saya pergi ke restoran-restoran, ramai yang mengatakan mereka sedih sebab mereka dikecam dan dicemuh, mereka pakai uniform ada lambang McDonald's, naik bas orang cakap, "eh Yahudi", kenapa jadi begitu?
"Kita orang Melayu, orang Islam, kita ada 21,000 pekerja. Mereka semua ada anak, isteri, keluarga dan sudah berpuluh tahun bekerja di McDonald's mencari rezeki yang halal untuk keluarga, tapi dikecam, dicemuh.
"Malah ada yang dibaling batu pada tahun 2014, kenapa? Apa salah kita? Apa salah pekerja?" katanya.
McDonald's Malaysia, tambahnya, sentiasa mengukuhkan komitmennya kepada masyarakat setempat menerusi 18,000 aktiviti kemasyarakatan setiap tahun.
Ini termasuklah sumbangan RM1 juta kepada Dana Kemanusiaan Palestin baru-baru ini, serta pelbagai program menerusi Ronald McDonald House Charities Malaysia (RMHC Malaysia) bagi membantu kanak-kanak kurang upaya dan kurang berkemampuan.
Madiha Abdullah
Wed Nov 01 2023
Abdulrahman (kiri) dan Azmir pada sidang media khas di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Kerajaan peruntuk hampir RM13 bilion untuk STR, SARA
Kerajaan memperuntukkan hampir RM13 bilion bagi inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam usaha membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup.
KESUMA sedang rangka mekanisme yang mampu lindungi pekerja 24 jam
KESUMA sedang merangka mekanisme yang mampu memberi perlindungan komprehensif untuk tempoh 24 jam bagi melindungi pekerja yang mengalami kemalangan di luar waktu pekerjaan menerusi SKBBK. #AWANInews
SKBBK: KESUMA cakna perubahan landskap peralihan waktu kerja masa kini
Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) merupakan inisiatif ke arah pembaharuan kerana jaringan keselamatan sosial perlu kekal relevan seiring peredaran masa. #AWANInews
Gaza bukan hadiah untuk direbut, MAPIM kecam cadangan Donald Trump
Kenyataan Presiden AS untuk ambil alih Gaza dianggap biadap dan serangan langsung terhadap kedaulatan Palestin.
Rancangan Trump untuk Amerika ambil alih Gaza disifatkan ‘gila’ - Penganalisis
Cara Trump itu adalah melakukan pembersihan etnik tanpa menggunakan senjata dan diiringi buah mulut yang manis.
Trump kembali kenakan 'tekanan maksimum' ke atas Iran
Langkah itu dibuat menjelang pertemuan Trump dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di White House.
Sasaran keseluruhan pingat hala tuju yang baik, dapat rujukan pakar
Sasaran jumlah keseluruhan pingat berbanding warna pingat akan memberikan hala tuju yang lebih jelas kepada kontinjen negara dan kurang memberikan tekanan kepada atlit. #AWANInews
Sasaran pingat Sukan SEA 2025 adalah jumlah keseluruhan, bukan warna
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata penetapan sasaran pingat pada Sukan SEA 2025 adalah kepada jumlah keseluruhan pingat dan bukannya mengikut warna pingat. #AWANInews
Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin merdeka - Arab Saudi
Pendirian Arab Saudi sangat teguh dan tidak akan berubah.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 5,747 orang berbanding 6,160 malam tadi, sementara di Sabah kekal 137 daripada 40 keluarga.
Papan tanda McDonald's terbakar
Kejadian itu tular dalam media sosial apabila api marak membakar struktur di papan tanda tersebut.
Mesin minuman rosak jadi punca dua pekerja McDonald's Peru maut
Dua orang pekerja McDonald's, Alexandra Porras, 18, dan Carlos Gabriel Campo, 19 terkena renjatan elektrik pada Ahad lalu sewaktu bertugas.