KUALA LUMPUR: McDonald's Malaysia menarik balik saman fitnah yang difailkan terhadap Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia selepas hasil positif proses mediasi antara kedua-dua pihak.
Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatannya, Datuk Azmir Jaafar berkata, ia susulan penjelasan yang dibuat BDS Malaysia bahawa tindakan pengendali McDonald’s di Israel sama sekali tiada kena-mengena dengan McDonald’s Malaysia.
“Kami ingin menekankan bahawa langkah ini diambil bagi memastikan semua pihak memahami dengan jelas tentang kedudukan McDonald’s Malaysia dalam konflik yang berlaku di Timur Tengah ketika ini.
"Kami tetap teguh dengan pendirian untuk tidak menyokong serta terlibat dalam sebarang konflik atau peperangan. Setelah beroperasi lebih empat dekad di Malaysia dan sebagai perniagaan 100 peratus milik Muslim, kami berbangga menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat di negara ini.
“Kami berharap keputusan yang dibuat hari ini membolehkan semua pihak berganding bahu dan menumpukan usaha mencari penyelesaian demi menegakkan keadilan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Sinar Harian pada 30 Disember tahun lalu melaporkan, McDonald's Malaysia memfailkan saman sivil terhadap BDS Malaysia berikutan gesaan memboikot restoran makanan segera itu kerana dikatakan bersubahat dengan Israel.
Pemilik francais McDonald's di Malaysia, Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd (GAR) menuntut permohonan maaf tanpa syarat daripada BDS Malaysia dan ganti rugi RM6 juta termasuk RM3 juta kehilangan pendapatan, RM1.5 juta bagi pekerja diberhentikan dan RM1.5 juta untuk bahan makanan tamat tempoh.
Dalam pada itu, Azmir turut menegaskan bahawa McDonald’s Malaysia menolak sekeras-kerasnya dan mengutuk segala bentuk keganasan.
“Di tengah-tengah konflik yang melanda Gaza, kami sangat bersimpati dengan nasib mereka yang tidak bersalah di sana.
"Kami berdoa agar peperangan segera tamat dan keamanan dapat diwujudkan secara berterusan.
“Kami terus menyokong rakyat Palestin yang terkesan melalui sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin dan pelbagai inisiatif pengumpulan dana oleh warga kerja kami untuk terus menyokong misi bantuan di Gaza,” ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 22 2024
![McDonald’s tarik saman terhadap BDS Malaysia McDonald’s tarik saman terhadap BDS Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711097363_mcdonalds.jpg)
McDonald's Malaysia memfailkan saman sivil terhadap BDS Malaysia tahun lalu berikutan gesaan memboikot restoran makanan segera itu kerana dikatakan bersubahat dengan Israel. - Gambar hiasan
![PVATM ceburi perniagaan produk berasaskan ayam bantu tingkatkan ekonomi ahli PVATM ceburi perniagaan produk berasaskan ayam bantu tingkatkan ekonomi ahli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738938956_SharuddinOmar.jpg)
PVATM ceburi perniagaan produk berasaskan ayam bantu tingkatkan ekonomi ahli
Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) menceburi perniagaan produk makanan berasaskan ayam bagi menjana pendapatan dalam usaha membantu membangunkan ekonomi dan kebajikan ahli.
![Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728918105_bayi.jpg)
Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin
Pesakit merupakan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu.
Usah bangkit isu perpaduan, dimanipulasi pihak tertentu
Isu perpaduan di Malaysia seharusnya tidak lagi menjadi perdebatan utama selepas lebih enam dekad negara mencapai kemerdekaan.
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan di Brussels - Wisma Putra
Kementerian Luar mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat dalam siri insiden tembakan di beberapa lokasi di Brussels, Belgium, dalam tempoh 72 jam lalu yang mengakibatkan seorang maut dan tiga cedera.
Zelenskiy setuju tawar AS perjanjian nadir bumi dan mineral
Zelenskiy menekankan keperluan Ukraine untuk mendapatkan jaminan keselamatan daripada sekutunya sebagai sebahagian daripada sebarang penyelesaian.
Trump akan pecat ejen FBI terlibat siasatan serangan Capitol
Presiden Trump umum akan memecat ejen FBI yang didakwa korup dalam siasatan serangan 6 Januari 2021. Pentadbirannya setuju untuk tidak mendedahkan nama ejen buat sementara waktu.
Jepun gandakan perbelanjaan pertahanan
Presiden Trump umum Jepun tingkat belanja pertahanan menjelang 2027. AS komited terhadap keselamatan Tokyo, meluluskan hampir satu bilion dolar dalam jualan ketenteraan asing minggu ini.
![Pekerja ditimpa bencana kerja, penyakit khidmat tidak perlu bayar kepada klinik panel PERKESO Pekerja ditimpa bencana kerja, penyakit khidmat tidak perlu bayar kepada klinik panel PERKESO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738966316_StevenSimCheeKeon.jpg)
Pekerja ditimpa bencana kerja, penyakit khidmat tidak perlu bayar kepada klinik panel PERKESO
Semua pencarum PERKESO tidak perlu lagi membayar untuk rawatan perubatan di klinik panel bermula tahun ini.
AS, Jepun perkukuh kerjasama perdagangan dan pelaburan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menerima kunjungan Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba, di White House dan menegaskan komitmen kedua-dua negara untuk mengurangkan defisit perdagangan Amerika dengan Jepun.
Netanyahu puji tindakan Trump sekat ICC
Netanyahu, bercakap bersama Speaker Dewan Rakyat Amerika Mike Johnson, mengucapkan terima kasih di atas kerjasama berterusan dengan Israel.
![McDonald’s tarik saman terhadap BDS Malaysia McDonald’s tarik saman terhadap BDS Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711097363_mcdonalds.jpg)
McDonald’s tarik saman terhadap BDS Malaysia
McDonald's Malaysia menarik balik saman fitnah yang difailkan terhadap Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia selepas hasil positif proses mediasi antara kedua-dua pihak.
![Isu caj sos cili peket: Pekerja McDonald's buat laporan polis Isu caj sos cili peket: Pekerja McDonald's buat laporan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51675145460_ChristopherPatitK.jpg)
Isu caj sos cili peket: Pekerja McDonald's buat laporan polis
Polis menerima laporan daripada seorang pekerja restoran makanan segera berhubung isu tular caj 10 peket sos cili.
![Tukar nama sempena Hari Merdeka, jenama makanan segera ini terima pujian Tukar nama sempena Hari Merdeka, jenama makanan segera ini terima pujian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/61566352804_untitled-design-2019-08-21t030300-297.jpg)
Tukar nama sempena Hari Merdeka, jenama makanan segera ini terima pujian
Idea bijak!
![Keluarga Muslim dakwa McDonald's Alabama sengaja sembunyi bakon dalam burger Keluarga Muslim dakwa McDonald's Alabama sengaja sembunyi bakon dalam burger](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/81501897902_baconMcD.jpg)
Keluarga Muslim dakwa McDonald's Alabama sengaja sembunyi bakon dalam burger
Seorang keluarga Muslim mendakwa kakitangan restoran makanan ringan, McDonald's sengaja menyembunyikan bacon (kepingan daging khinzir) dalam semua makanan mereka.