CYBERJAYA: SEBAGAI menjawab laporan berita yang disiarkan portal MalaysiaNow berhubung ucapan yang disampaikan di Parlimen serta hantaran Facebook seorang wartawan kanan, A Kadir Jasin pada hari ini, MCMC ingin menekankan kepentingan pelaporan tepat yang merujuk konteks sebenar ucapan yang disampaikan di Parlimen tanpa menggunakan kandungan berkenaan bagi tujuan menyebarkan kebencian dan mencetuskan provokasi.
Pemerhatian MCMC mendapati, beberapa pelaporan telah dijadikan senjata untuk memanipulasi kandungan serta mencetuskan rasa tidak hormat dan naratif yang mengelirukan.
Bagi mencegah berlakunya sebarang cubaan melakukan kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998), MCMC meminta kerjasama penuh daripada pihak atau individu berkaitan serta juga saluran berita. MCMC memandang serius kesan akibat pelaporan yang kurang bertanggungjawab terhadap masyarakat.
MCMC menasihatkan pengamal media serta saluran berita untuk merujuk kepada Kod Kandungan yang memberi panduan jelas berhubung standard kandungan yang selaras dengan AKM 1998. Dengan mematuhi Kod Kandungan, pengamal media dapat memastikan pelaporan yang bertanggungjawab selain mengelakkan daripada melangkaui batas kebebasan bersuara.
Garis panduan yang digariskan dalam Kod Kandungan menggalakkan pendekatan bertanggungjawab dalam peruntukan kandungan dan prosedur kawalan kendiri. Pendekatan ini bertujuan untuk memupuk kreativiti, inovasi, dan pertumbuhan sihat dalam industri. Dengan mengikuti garis panduan tersebut, saluran-saluran berita boleh menyumbang kepada suatu wacana yang lebih seimbang dan termaklum, bebas daripada sebarang manipulasi dan maklumat yang kurang tepat.
MCMC menggesa pelaporan bertanggungjawab, yang menekankan kepada ketepatan konteks liputan berita. Adalah penting bagi pengamal media untuk mempraktikkan pertimbangan yang beretika dan mengelakkan daripada menggunakan kandungan berita sebagai senjata untuk menyebarkan maklumat palsu.
Kenyataan Media
Fri Sep 22 2023

MCMC mendapati, beberapa pelaporan telah dijadikan senjata untuk memanipulasi kandungan serta mencetuskan rasa tidak hormat dan naratif yang mengelirukan.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

MCMC gesa pelaporan berita yang bertanggungjawab dan elak kandungan manipulatif
MCMC mendapati, beberapa pelaporan telah dijadikan senjata untuk memanipulasi kandungan serta mencetuskan rasa tidak hormat dan naratif yang mengelirukan.

Perlu ada keseimbangan dalam laporan melibatkan sumber tidak didedah identiti - Fahmi Fadzil
Fahmi menjelaskan, perkara tersebut perlu dilakukan bagi memastikan sumber yang dipetik itu memberikan fakta yang sahih dan tidak menimbulkan fitnah.

PRU15: Lapor berita secara bertanggungjawab tanpa langgar etika, undang-undang - Annuar
Petugas media di negara ini diingatkan supaya melaporkan berita secara bertanggungjawab tanpa melanggar etika dan undang-undang.

MAHB buat laporan polis berhubung hantaran di portal pelaburan
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah membuat laporan polis berhubung satu hantaran di portal pelaburan dalam talian yang disifatkan sebagai "tidak berasas dan tidak benar."

Elak beri gelaran buruk, walau tidak bersetuju - Saifuddin
Ia susulan laporan stesen berita itu berhubung layanan terhadap pendatang tanpa izin (PATI) di Malaysia semasa wabak COVID-19.

Polis siasat pagar rumah wartawan disimbah cat merah
Kejadian disedari ibu mangsa ketika beliau keluar rumah untuk menyiram pokok di hadapan rumah teres setingkat kira-kira jam 8 pagi.

KL Summit 2019: 'Adakah siaran anda ke peringkat antarabangsa?' - Tanya Tun Mahathir kepada Astro AWANI
Perdana Menteri berpuas hati dengan laporan oleh agensi berita tempatan dan luar negara sejak hari pertama persidangan itu berlangsung.

Pengamal media menuju era media konvergen dalam pemberitaan
Kursus bertujuan melengkapkan pengamal media dengan kemahiran dan pengetahuan khusus dalam penggunaan telefon pintar, aplikasi dan gadget dalam penghasilan pelbagai bentuk berita dengan lebih pantas.

Industri media 'tidak akan mati' jika ubah kandungan bagi depani era digital
Masih wujud golongan masyarakat yang sanggup berbelanja untuk mendapatkan berita sahih daripada media arus perdana.

NIOSH nafi kontrak pengerusi tidak disambung
Tiada sebarang kenyataan atau keputusan yang dibuat NIOSH mahupun Kementerian Sumber Manusia berhubung kontrak Lee.