SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terus mempertingkat usaha menangani masalah capaian internet yang dihadapi oleh penduduk di seluruh negara apabila turun padang dan meninjau sendiri situasi sebenar di lokasi-lokasi aduan.
Dalam satu kenyataan, MCMC memaklumkan sudah mengambil tindakan di beberapa lokasi di seluruh negara yang menghadapi masalah berkenaan.
Berikut adalah tindakan-tindakan yang telah diambil oleh MCMC:
i. Kg. Rambai, Padang Siding, Arau
Susulan laporan oleh Buletin Utama TV3 mengenai kisah empat orang anak Puan Lim Ai Gaik yang tidak dapat mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kerana capaian Internet yang perlahan dan terpaksa berkongsi peranti, pihak MCMC telah mengambil inisiatif membawa keluarga berkenaan ke Pusat Internet Komuniti (PIK) Felda Chuping yang terletak lima kilometer dari tempat mereka.
PIK disediakan dengan peranti dan perkhidmatan-perkhidmatan kepada komuniti.
Selain itu, MCMC turut mengarahkan pihak penyedia perkhidmatan di kawasan terbabit iaitu Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile untuk menjalankan pengoptimuman rangkaian dari menara berdekatan bagi meningkatkan kualiti capaian Internet.
Proses ini dijangka siap hujung bulan Februari 2021.
ii. Kg. Lubuk Legong, Baling
Laporan Utusan Malaysia mengenai kisah lebih 70 orang pelajar anak Orang Asli Kg. Lubuk Legong, Mukim Siong di Baling yang menghadapi kesukaran mengikuti PdPR akibat capaian Internet rendah telah disiasat oleh MCMC.
Hasil siasatan yang dijalankan oleh MCMC mendapati, masalah berbangkit di kawasan pengadu bukan mengenai isu liputan mudah alih sebaliknya adalah isu ketersediaan peranti untuk tujuan PdPR.
Ini telah dibuktikan dengan hasil keputusan Ujian Kelajuan Muat Turun oleh pegawai MCMC yang menunjukkan kualiti liputan di kampung itu amat memuaskan serta diakui oleh pengadu.
Susulan itu, MCMC telah menjemput Pengurus PIK Pekan Kampung Lalang, Nor Mushahida dan Penolong Pengurus, Nor Syahidah untuk memberikan taklimat kepada pengadu mengenai jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan di PIK dan bagaimana para pelajar boleh memanfaatkan kemudahan di sana.
iii. Sekolah Kebangsaan Pos Brooke, Gua Musang
Mengenai masalah capaian Internet di Pos Brooke yang dilaporkan oleh Malay Mail pula, sebuah menara komunikasi berdekatan Sekolah Kebangsaan Pos Brooke akan dinaik taraf kepada liputan 4G di bawah pelan JENDELA dan ia dijangka siap hujung tahun 2021.
Penyelesaian tersebut dijangka dapat membantu lebih 300 orang pelajar sekolah berkenaan.
iv. Kg. Kuala Sat di Mukim Ulu Tembeling, Jerantut
Di Kg Kuala Sat, mukim Ulu Tembeling, Jerantut pula, laporan oleh Buletin Utama TV3 mengenai masalah capaian Internet di sana diambil tindakan oleh MCMC.
Satu tinjauan ke kawasan terbabit telah diadakan pada 1 Februari 2021 lalu bersama dengan syarikat penyedia perkhidmatan.
Dalam lawatan tersebut, MCMC telah mengadakan pertemuan dengan pengadu iaitu Naib Yang Dipertua PIBG SK Kuala Sat dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Kuala Sat.
Menara komunikasi berdekatan kampung tersebut dan beberapa buah kampung dalam mukim Ulu Tembeling akan dinaik taraf kepada liputan 4G di bawah pelan JENDELA yang dijangka bermula pada suku kedua 2021.
v. Kg. Selindang, Padang Tengku, Lipis
Turut diambil tindakan oleh MCMC ialah masalah liputan internet lemah di Kg Selindang.
Lawatan ke tapak telah pun diadakan pada 29 Januari 2021 lalu yang mana pihak MCMC telah berjumpa dengan pengadu.
Oleh itu, sebuah menara komunikasi baharu akan dibina di bawah pelan JENDELA yang dijangka bermula pada suku ketiga 2021.
Manakala, menara sedia ada berhampiran akan dinaik taraf kepada liputan 4G untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar di Kg Selindang dan beberapa buah kampung berhampiran yang dijangka bermula pada suku kedua 2021.
vi. Kg. Mentara Baru, Merapoh, Lipis
Berhubung dengan permohonan agar liputan pencawang menara telefon di Kg. Mentara Baru dinaik taraf, perkara berkenaan disampaikan oleh bekas Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr Mohd Shahrom Osman menerusi sepucuk surat kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia.
Berikutan itu, pihak MCMC telah pun mengadakan lawatan ke tapak pada 24 Disember 2020 lalu dan berjumpa dengan si pengadu yang juga Pengerusi JKKK Kg. Mentara Baru.
Hasil lawatan ke tapak mendapati, menara sedia ada tidak mempunyai liputan 4G.
Justeru, sebagai penyelesaian jangka panjang, pihak Digi telah memaklumkan bahawa kerja-kerja menaik taraf menara kepada liputan 4G akan siap menjelang pertengahan Februari ini.
Perkembangan kerjakerja menaik taraf menara sedang dipantau oleh MCMC dan pengadu/wakil penduduk akan dimaklumkan mengenainya setelah kerja-kerja naik taraf selesai.
Turut dilaksanakan ialah rangkaian gentian optik meliputi beberapa menara sedia ada termasuk di Kg Mentara Baru yang telah siap pada minggu pertama Februari 2021 lalu.
Sehubungan itu, MCMC akan terus memantau perkembangan tindakan-tindakan yang telah diambil dan jika perlu, mengambil tindakan susulan agar masalah capaian internet di seluruh negara ditangani dengan tuntas sekali gus membolehkan penduduk setempat melaksanakan aktiviti seharian mereka dengan lancar.
Kenyataan Media
Mon Feb 08 2021
MCMC terus mempertingkat usaha menangani masalah capaian internet yang dihadapi oleh penduduk di seluruh negara.
Ambulans udara terhempas di Philadelphia, beberapa mangsa dipercayai maut
Beberapa mangsa dilaporkan maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas pada Jumaat di kawasan perumahan di bandar Philadelphia, Amerika Syarikat.
Suami isteri maut, kenderaan bertembung treler
Suami isteri maut, manakala dua anak cedera dalam nahas di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Bandar Utama di Gua Musang.
Terburuk pernah berlaku di Kota Marudu- Penduduk
Mangsa banjir di Kota Marudu yang ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Bandau menyifatkan banjir kali ini adalah yang terburuk pernah menimpa kampung mereka.
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid pulih
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid diisytiharkan pulih daripada banjir hari ini dan semua penduduk yang terjejas di ketiga-tiga daerah itu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Banjir di Kota Marudu antara terburuk pernah berlaku - Penduduk
Banjir yang melanda beberapa kampung di daerah ini susulan hujan lebat berterusan sejak Rabu lepas disifatkan penduduk antara yang terburuk pernah berlaku.
Perkembangan terkini di Sarawak
Perkembangan terkini situasi banjir di Sarawak bersama wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman.
Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.
Banjir Sabah dan Sarawak: Bank Muamalat tawar moratorium hingga enam bulan
Bank Muamalat Malaysia Berhad menawarkan bantuan khas banjir kepada pelanggan yang terjejas dengan banjir di Sabah dan Sarawak.
Hampir setengah juta orang kembali ke kawasan utara Gaza - PBB
PBB melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa.
AWANI Ringkas: Bina semula Gaza - Jangan hanya jadi 'penonton sejarah'
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Manfaatkan NADI untuk tingkatkan taraf hidup, perkasa kemahiran - Dr Wan Azizah
Masyarakat digesa agar memanfaatkan kewujudan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk meningkatkan taraf hidup dan memperkasakan kemahiran diri.
Mahkamah Tinggi tolak permohonan peguam mulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC
Mahkamah Tinggi George Town telah menolak permohonaan seorang peguam untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Lebih 18,000 kandungan di media sosial diminta diturunkan - Fahmi
Sebanyak 18,785 kandungan yang melanggar undang-undang negara di pelbagai platform media sosial telah diminta diturunkan oleh MCMC sejak 1 Januari lepas.
MCMC, Microsoft bincang pelesenan LinkedIn - Fahmi
Perbincangan sedang berjalan antara MCMC dan Microsoft yang merupakan pemilik Linkedln mengenai pelesenan platform media sosial itu.
Skim harga maksimum sempena Tahun Baharu Cina diumum dalam masa terdekat
Kerajaan dijangka mengumumkan skim harga maksimum bagi perayaan Tahun Baharu Cina dalam masa terdekat.
Tujuh hospital dikenal pasti bagi penambahbaikan liputan internet - Teo
Sebanyak tujuh hospital telah dikenal pasti bagi penambahbaikan liputan dan kualiti internet setakat ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
MCMC turun 8,756 kandungan berkaitan buli siber tahun lepas - Teo
MCMC menurunkan sebanyak 8,756 kandungan berkaitan buli siber sepanjang tahun lepas.
Program Kampung Angkat Madani tingkatkan kualiti hidup masyarakat desa
Kementerian Komunikasi menerusi program Kampung Angkat Madani menaik taraf fasiliti di Kampung Orang Asli Kelinsing, Sepang dengan kos sekitar RM4.3 juta.
NADI pelengkap usaha Sarawak beri kemudahan internet kepada rakyat
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menjadi pelengkap usaha kerajaan negeri untuk memberi kemudahan internet kepada rakyat terutama di luar bandar.
JENDELA:144 menara telekomunikasi beroperasi di Pahang - Exco
Sebanyak 144 daripada 191 menara telekomunikasi yang siap dibina di bawah fasa satu projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Pahang telah beroperasi sepenuhnya.