KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhasrat membangunkan program latihan berkaitan Kod Teknikal MCMC serta kursus telekomunikasi yang berstruktur, bagi meningkatkan kualiti dan kebolehpercayaan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam negara.
Ketua Pegawai Operasi MCMC Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus berkata terdapat peruntukan di dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA 1998) yang menyatakan bahawa pelbagai pihak berkepentingan boleh membangunkan bersama kod teknikal industri yang boleh digunakan oleh pengguna dan juga industri.
Bercakap dalam Persidangan Pembangunan Kapasiti 2023 ( CDC23) di sini, pada Rabu beliau berkata pihaknya turut berkolaborasi dengan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) untuk membangunkan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dipacu industri, untuk diterima pakai oleh Institut Latihan Perindustrian bagi kursus-kursus yang berkaitan telekomunikasi.
Sementara itu, beliau berkata isu mengenai kesediaan tenaga kerja dan tenaga mahir bagi bidang telekomunikasi serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) tidak hanya membabitkan Malaysia sahaja, malah banyak negara lain turut menghadapi potensi kekurangan tenaga kerja mahir, yang boleh memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi dan usaha pembangunan negara.
Memetik kenyataan International Data Corporation (IDC), beliau berkata sekitar 60 hingga 80 peratus organisasi di Asia Pasifik mendapati sukar atau amat sukar untuk mengisi kekosongan di banyak peranan dalam Teknologi Maklumat (IT) termasuk keselamatan, pemaju dan profesional data.
"Kira-kira 53 peratus organisasi Asia Pasifik mengambil masa tiga hingga empat bulan lebih lama daripada biasa untuk mengisi peranan dalam teknologi itu berbanding setahun yang lalu," tambahnya.
Merujuk kepada inisiatif MCMC Mohd Ali berkata terdapat 911 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang boleh diakses oleh banyak komuniti di seluruh negara setakat ini, dengan lebih 25,000 usahawan PEDi berjaya menjalani latihan dan menyesuaikan diri dengan ekonomi digital.
Beliau berkata geran penyelidikan bernilai hampir RM4 juta telah diagihkan di bawah Program Kerjasama Penyelidikan Media Rangkaian (NMRCP) sebelum ini, dan program semasa Geran Penyelidikan Masyarakat Digital (DSRG), yang menjana lebih 50 projek penyelidikan yang telah siap.
CDC23 ialah persidangan dua hari yang bertujuan menangani, meneroka dan mencari penyelesaian bagi keperluan kemahiran dan kesediaan tenaga kerja dalam bidang telekomunikasi dan ICT.
Persidangan itu juga membolehkan peserta daripada pelbagai agensi seperti kerajaan, pemain industri, entiti swasta dan ahli akademik berkongsi idea, mendapatkan pandangan, berhubung dan memupuk kolaborasi untuk pembangunan kapasiti bagi industri telekomunikasi dan ICT.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 11 2023

MCMC berhasrat membangunkan program latihan berkaitan Kod Teknikal MCMC serta kursus telekomunikasi yang berstruktur, bagi meningkatkan kualiti dan kebolehpercayaan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam negara.

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

DLE pacu kepimpinan digital, Malaysia sasar kuasa teknologi serantau
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam arena digital serantau menerusi Program Kecemerlangan Kepimpinan Digital (DLE), inisiatif strategik yang dirangka untuk membangunkan pemimpin masa hadapan

Pengguna media sosial diingatkan berpada-pada komen isu libat kaum - Fahmi
Pengguna media sosial diingatkan berpada-pada dalam mengemukakan pendapat melibatkan kaum di media sosial, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Lapan individu dipanggil bantu siasatan kandungan palsu, jelik kait Institusi Diraja - MCMC
Kandungan tersebut didakwa boleh menimbulkan kekeliruan serta kebencian terhadap Institusi Diraja.

Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.

Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah, universiti awam
Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian akan dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah dan universiti awam di seluruh negara.

Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.

3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam bagi fasa pertama - Fahmi
Sebanyak 3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam menerusi fasa pertama dalam usaha meningkatkan capaian internet di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).

'Terima kasih atas segala fitnah dan tohmahan, saya lepaskan jawatan' - Naib Canselor UKM
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa, Ahad.

Manfaatkan NADI untuk tingkatkan taraf hidup, perkasa kemahiran - Dr Wan Azizah
Masyarakat digesa agar memanfaatkan kewujudan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk meningkatkan taraf hidup dan memperkasakan kemahiran diri.

Mahkamah Tinggi tolak permohonan peguam mulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC
Mahkamah Tinggi George Town telah menolak permohonaan seorang peguam untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).