KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam tempoh sebulan akan menyediakan satu kerangka bagi membolehkan semua penyedia platform media sosial berdaftar dengan agensi itu serta memudahkan pengawalseliaan platform berkenaan di negara ini.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata MCMC memerlukan sedikit masa untuk melengkapkan kerangka berkenaan, termasuk mengumpulkan beberapa perkara daripada pengalaman luar dan perbincangan suruhanjaya itu dengan penyedia platform media sosial sebelum ini.
"Antara perkara yang kita akan buat dalam masa terdekat ini adalah memastikan semua platform media sosial mendaftar dengan MCMC," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu dalam rakaman program Suara Anak Muda di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) di sini, pada Jumaat malam.
Beliau turut mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk menyekat atau menutup mana-mana platform media sosial termasuk aplikasi TikTok di negara ini buat masa ini dalam usaha menghalang penyebaran maklumat berunsur fitnah di platform berkenaan.
Bagaimanapun beliau menegaskan kerajaan akan mengambil tindakan jika mana-mana pihak atau platform yang tersalah langkah dengan membolehkan kenyataan-kenyataan bersifat ekstremis disebar luas dalam platform mereka.
"Jika kita lihat keadaan di Indonesia, mereka juga tidak berhasrat untuk mengharamkan atau menutup TikTok tetapi mengawal selia, manakala bagi TikTok Shop, mereka lihat antara lain tidak mahu produk-produk dari luar negara dilambakkan di Indonesia.
"Di Malaysia, ia lebih kepada bidang kementerian lain, tetapi kita akan berbincang dengan beberapa kementerian bagi menyelaraskan tindakan-tindakan setelah kami dapat maklumat," katanya.
Mengenai program Suara Anak Muda yang baru diperkenalkan itu, Fahmi berkata ia adalah peluang bagi rakyat negara ini untuk mendengar secara terus daripada menteri mengenai inisiatif, dasar, kejayaan dan program kerajaan MADANI.
Meskipun program itu disiarkan dalam platform YouTube (Suara Anak Madani) sebagai permulaan, beliau berkata program berkenaan boleh disiarkan menerusi platform rasmi kerajaan pada masa akan datang.
Suara Anak Muda merupakan sebuah program bual bicara yang menampilkan Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai moderator serta tetamu-tetamu jemputan dengan gaya lebih santai bagi membincangkan mengenai dasar atau isu-isu hangat.
Episod pertama dengan tajuk 'Apa Cerita Setahun Kerajaan Perpaduan Madani?' akan menampilkan Fahmi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai tetamu jemputan pada 7 Dis ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 01 2023

Fahmi berkata MCMC memerlukan sedikit masa untuk melengkapkan kerangka berkenaan. - Gambar fail/Bernama
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

DLE pacu kepimpinan digital, Malaysia sasar kuasa teknologi serantau
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam arena digital serantau menerusi Program Kecemerlangan Kepimpinan Digital (DLE), inisiatif strategik yang dirangka untuk membangunkan pemimpin masa hadapan

Pengguna media sosial diingatkan berpada-pada komen isu libat kaum - Fahmi
Pengguna media sosial diingatkan berpada-pada dalam mengemukakan pendapat melibatkan kaum di media sosial, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Lapan individu dipanggil bantu siasatan kandungan palsu, jelik kait Institusi Diraja - MCMC
Kandungan tersebut didakwa boleh menimbulkan kekeliruan serta kebencian terhadap Institusi Diraja.

Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.

Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah, universiti awam
Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian akan dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah dan universiti awam di seluruh negara.

Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.

3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam bagi fasa pertama - Fahmi
Sebanyak 3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam menerusi fasa pertama dalam usaha meningkatkan capaian internet di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).

'Terima kasih atas segala fitnah dan tohmahan, saya lepaskan jawatan' - Naib Canselor UKM
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa, Ahad.

Manfaatkan NADI untuk tingkatkan taraf hidup, perkasa kemahiran - Dr Wan Azizah
Masyarakat digesa agar memanfaatkan kewujudan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk meningkatkan taraf hidup dan memperkasakan kemahiran diri.

Mahkamah Tinggi tolak permohonan peguam mulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC
Mahkamah Tinggi George Town telah menolak permohonaan seorang peguam untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).