KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meniliti sekurang-kurangnya tiga teknologi baharu untuk menambah baik perkhidmatan internet di seluruh negara dan ia dijangka dilaksanakan pada 2025.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata teknologi baharu muncul itu antaranya dikenali sebagai 'direct to device' atau terus ke peranti.
"Ini sangat bersesuaian kerana bermakna, kita tidak bergantung harap kepada menara-menara untuk memancarkan signal, tetapi kita boleh menggunakan telefon (pintar) untuk berkomunikasi terus dengan satelit dan satelit itu lah yang seolah-olah menjadi menara.
"Teknologi baharu ini mungkin akan dilaksana sekitar 2025," katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Edwin Banta (GPS-Selangau) yang mahu tahu apakah pelan tindakan alternatif meningkatkan akses jalur lebar dapat sampai ke kawasan luar bandar dengan terhadnya pelaksanaan strategi dan pelan sekarang.
Fahmi menambah, MCMC turut sedang meneliti penggunaan satelit jenis 'low earth orbit' (LEO) atau orbit rendah bumi seperti Starlink untuk menyediakan 'backhaul' kepada menara-menara di beberapa lokasi di seluruh negara.
"Selain itu adalah penggunaan 'fixed wireless broadband' untuk membantu dari segi 'backhaul' bagi menara-menara yang mungkin sedikit jauh dari kawasan yang mempunyai gentian optik," ujarnya.
Dalam pada itu, Fahmi memaklumkan sebanyak 2,393 menara baharu daripada 3,884 yang dirancang telah siap dan beroperasi setakat 31 Januari lalu.
Sementara itu, sebanyak 39,983 daripada 40,214 stesen pemancar telah siap dinaik taraf, dengan 3.32 juta premis sedia dengan rangkaian gentian optik berbanding 4.19 juta yang dirancang.
"Kesemua inisiatif yang dirancang dijangka bersiap dan akan beroperasi secara berperingkat pada penghujung tahun 2025.
"Kerajaan turut melaksanakan projek penyediaan perkhidmatan internet menggunakan teknologi satelit ataupun 'broadband wireless access' yang siap di 839 lokasi pedalaman di seluruh negara," katanya.
Menurut Fahmi lagi, sehingga 15 Mac sebanyak 658 infrastruktur jalur lebar jenis 'Point of Presence' (PoP) bagi fasa satu telah disiap di seluruh negara, manakala 335 daripada 3,663 bagi fasa 2.
"Ini menjadikan 124,810 premis tersedia dengan sambungan gentian optik untuk dilanggani oleh komuniti setempat," kata Fahmi.
Hasimi Muhamad
Mon Mar 25 2024

FAHMI: Ini bermakna, kita tidak bergantung harap kepada menara-menara untuk memancarkan signal, tetapi kita boleh menggunakan telefon pintar untuk berkomunikasi terus dengan satelit. - Gambar fail

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.

Fahmi bertemu wakil organisasi, pengamal media bincang isu gaji dan hilang kerja
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil organisasi dan pengamal media bagi membincangkan isu kebajikan kakitangan media.

DLE pacu kepimpinan digital, Malaysia sasar kuasa teknologi serantau
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam arena digital serantau menerusi Program Kecemerlangan Kepimpinan Digital (DLE), inisiatif strategik yang dirangka untuk membangunkan pemimpin masa hadapan

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Tindakan tegas akan dikenakan terhadap stesen televisyen langgar garis panduan - Fahmi
Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana stesen televisyen yang melanggar sebarang garis panduan ditetapkan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Manfaatkan AI untuk memerangi maklumat palsu - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa agensi berita untuk memanfaatkan AI bagi menangani maklumat palsu.

Pelaksanaan Pakej P-hailing Rahmah akan ditambah baik, beri manfaat kepada pekerja
Fahmi berkata pihaknya akan mendapatkan analisis daripada syarikat berkaitan bagi meneliti serta mengkaji keperluan untuk penambahbaikan itu.

Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 fokus isu jenayah dalam talian
Pindaan ini bertujuan menyediakan ekosistem rangkaian internet yang lebih selamat dan mampan.

Lebih 1,500 tetamu meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai
Fahmi berkata sambutan itu cukup meriah dengan kehadiran komuniti setempat meskipun dalam keadaan cuaca kurang baik.

Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarham tabah dan dikurniakan kekuatan dalam menghadapi kehilangan itu.

Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.