KUALA LUMPUR:Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terus mempertingkatkan usaha menangani masalah capaian Internet yang dihadapi penduduk di seluruh negara dengan melaksanakan aktiviti turun padang bagi meninjau situasi sebenar di lokasi aduan.
BACA: MCMC pertingkat usaha tangani masalah capaian internet
Antaranya, melibatkan laporan media mengenai kisah empat beradik di Kampung Rambai, Padang Siding, Arau, Perlis yang dilaporkan tidak dapat mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kerana capaian Internet perlahan dan terpaksa berkongsi peranti.
"Susulan itu, pihak MCMC telah mengambil inisiatif membawa keluarga berkenaan ke Pusat Internet Komuniti (PIK) Felda Chuping yang terletak lima kilometer dari tempat mereka dengan PIK disediakan dengan peranti dan perkhidmatan-perkhidmatan kepada komuniti," menurut suruhanjaya itu dalam kenyataan, hari ini.
Selain itu, MCMC turut mengarahkan pihak penyedia perkhidmatan di kawasan terbabit iaitu Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile untuk menjalankan pengoptimuman rangkaian dari menara berdekatan bagi meningkatkan kualiti capaian Internet dan proses itu dijangka siap hujung bulan ini.
Mengenai laporan media berkenaan kisah lebih 70 pelajar anak Orang Asli Kampung Lubuk Legong, Mukim Siong di Baling, Kedah yang menghadapi kesukaran mengikuti PdPR, MCMC memaklumkan hasil siasatan mendapati masalah berbangkit di kawasan itu bukan mengenai isu liputan mudah alih, sebaliknya isu ketersediaan peranti untuk tujuan PdPR.
Ia terbukti dengan hasil keputusan Ujian Kelajuan Muat Turun oleh pegawai MCMC yang menunjukkan kualiti liputan di kampung itu amat memuaskan serta diakui oleh pengadu.
Sementara itu, MCMC berkata sebuah menara komunikasi berdekatan Sekolah Kebangsaan Pos Brooke, Gua Musang, Kelantan akan dinaik taraf kepada liputan 4G di bawah pelan JENDELA dan dijangka siap hujung tahun ini serta dapat membantu lebih 300 pelajar sekolah itu.
Mengenai laporan masalah capaian Internet di Kampung Kuala Sat, mukim Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang, MCMC memberitahu tinjauan ke kawasan itu telah diadakan pada 1 Feb lepas bersama syarikat penyedia perkhidmatan.
Menurut MCMC, menara komunikasi berdekatan kampung itu dan beberapa kampung dalam mukim Ulu Tembeling akan dinaik taraf kepada liputan 4G di bawah pelan JENDELA yang dijangka bermula pada suku kedua 2021.
Turut diambil tindakan oleh MCMC adalah masalah liputan Internet lemah di Kampung Selindang, Padang Tengku, Lipis dan sebuah menara komunikasi baharu akan dibina di bawah pelan JENDELA yang dijangka bemula suku ketiga tahun ini.
Menara sedia ada berhampiran juga akan dinaik taraf kepada liputan 4G untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar di Kampung Selindang dan beberapa kampung berhampiran yang dijangka bermula pada suku kedua 2021.
Mengenai permohonan liputan pencawang menara telefon di Kampung Mentara Baru, Merapoh, Lipis, MCMC telah mengadakan lawatan tapak dan mendapati menara sedia ada tidak mempunyai liputan 4G.
"Justeru, sebagai penyelesaian jangka panjang, pihak Digi telah memaklumkan bahawa kerja-kerja menaik taraf menara kepada liputan 4G akan siap menjelang pertengahan Februari ini dan perkembangan kerja menaik taraf menara sedang dipantau oleh MCMC serta pengadu atau wakil penduduk akan dimaklumkan mengenainya setelah kerja naik taraf selesai," menurut kenyataan itu.
Turut dilaksanakan ialah rangkaian gentian optik meliputi beberapa menara sedia ada termasuk di Kampung Mentara Baru yang telah siap pada minggu pertama Februari.
MCMC menyatakan pihaknya akan terus memantau perkembangan dan jika perlu mengambil tindakan susulan agar masalah capaian Internet di seluruh negara ditangani dengan tuntas sekali gus membolehkan penduduk setempat melaksanakan aktiviti mereka dengan lancar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 08 2021
MCMC menyatakan pihaknya akan terus memantau perkembangan dan jika perlu mengambil tindakan susulan agar masalah capaian Internet di seluruh negara ditangani dengan tuntas. - Foto MCMC
Hamas keluarkan senarai nama rakyat Palestin yang akan dibebaskan pada Sabtu
Kumpulan Palestin Hamas mengeluarkan senarai nama 183 tahanan Palestin di penjara Israel yang dijadualkan dibebaskan pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Sidang Parlimen ke-15 bermula Isnin ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand - Narong Sangprasita
Aktiviti seks yang kelihatan di depan mata di beberapa wilayah Thailand bertentangan dengan undang-undang negara itu.
Titah Diraja tumpuan Sidang Parlimen bermula Isnin
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 akan bermula Isnin ini, dengan Titah Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan menjadi tumpuan utama.
Seri Paduka Baginda dijadual merasmikan kedua-dua dewan, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara, menerusi ucapan diraja.
Seri Paduka Baginda dijadual merasmikan kedua-dua dewan, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara, menerusi ucapan diraja.
Rakyat Malaysia masuk ke Thailand kerana tarikan makanan
Pelancong dari Malaysia yang ditemui melawat lokasi pelancongan di Thailand akui masuk ke Hatyai, Songkhla dan Pattani disebabkan tarikan makananya yang enak dan harga penginapan yang berpatutan.
Terhidu gas beracun: Seorang maut, seorang kritikal, 6 dalam pemantauan
Sebuah kilang di Perai diarah tutup selepas insiden pekerja terhidu gas beracun dari bahan kimia berbahaya, pada Rabu lalu.
Thailand sedia kongsi pengalaman kepakaran memasak
Ketua Pelancongan dan Sukan Pattani, Narong Sangprasit berkata, Thailand sedia berkongsi pengalaman dan kepakaran memasak supaya Malaysia mampu menyediakan makanan yang lazat sebagaimana pengusaha makanan di negara itu.
Siri Pertama: Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 Negeri Sembilan
Di Malaysia, pelbagai komuniti muslim menyambut Ramadan dan Aidilfitri dengan cara yang unik, bermula cita rasa makanan tempatan, muzik tradisional sehinggalah adat resam yang diwarisi turun menurun sejak dahulu.
Menyahut semangat kepelbagaian, Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) meneruskan Siri Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 dalam usaha untuk menyampaikan mesej keterangkuman budaya ini, sekaligus memperkukuh ikatan perpaduan dalam masyarakat yang berbilang kaum.
Bersama rakan setugas Afiezy Azaman yang berada di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan untuk laporannya.
Menyahut semangat kepelbagaian, Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) meneruskan Siri Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 dalam usaha untuk menyampaikan mesej keterangkuman budaya ini, sekaligus memperkukuh ikatan perpaduan dalam masyarakat yang berbilang kaum.
Bersama rakan setugas Afiezy Azaman yang berada di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan untuk laporannya.
"Tidak lama lagi" - Ferdy Druijf beri bayangan sertai Harimau Malaya?
Penyerang Rapid Vienna itu digembar-gemburkan antara calon pemain berdarah warisan negara untuk memperkuatkan Harimau Malaya.
AWANI Ringkas: Banjir di Sarawak makin buruk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Manfaatkan NADI untuk tingkatkan taraf hidup, perkasa kemahiran - Dr Wan Azizah
Masyarakat digesa agar memanfaatkan kewujudan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk meningkatkan taraf hidup dan memperkasakan kemahiran diri.
Mahkamah Tinggi tolak permohonan peguam mulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC
Mahkamah Tinggi George Town telah menolak permohonaan seorang peguam untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Lebih 18,000 kandungan di media sosial diminta diturunkan - Fahmi
Sebanyak 18,785 kandungan yang melanggar undang-undang negara di pelbagai platform media sosial telah diminta diturunkan oleh MCMC sejak 1 Januari lepas.
MCMC, Microsoft bincang pelesenan LinkedIn - Fahmi
Perbincangan sedang berjalan antara MCMC dan Microsoft yang merupakan pemilik Linkedln mengenai pelesenan platform media sosial itu.
Skim harga maksimum sempena Tahun Baharu Cina diumum dalam masa terdekat
Kerajaan dijangka mengumumkan skim harga maksimum bagi perayaan Tahun Baharu Cina dalam masa terdekat.
Tujuh hospital dikenal pasti bagi penambahbaikan liputan internet - Teo
Sebanyak tujuh hospital telah dikenal pasti bagi penambahbaikan liputan dan kualiti internet setakat ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
MCMC turun 8,756 kandungan berkaitan buli siber tahun lepas - Teo
MCMC menurunkan sebanyak 8,756 kandungan berkaitan buli siber sepanjang tahun lepas.
Program Kampung Angkat Madani tingkatkan kualiti hidup masyarakat desa
Kementerian Komunikasi menerusi program Kampung Angkat Madani menaik taraf fasiliti di Kampung Orang Asli Kelinsing, Sepang dengan kos sekitar RM4.3 juta.
NADI pelengkap usaha Sarawak beri kemudahan internet kepada rakyat
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menjadi pelengkap usaha kerajaan negeri untuk memberi kemudahan internet kepada rakyat terutama di luar bandar.
JENDELA:144 menara telekomunikasi beroperasi di Pahang - Exco
Sebanyak 144 daripada 191 menara telekomunikasi yang siap dibina di bawah fasa satu projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Pahang telah beroperasi sepenuhnya.