Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berharap rang undang-undang mengenai bahan khayal dapat dibentangkan pada persidangan Parlimen akan datang susulan masalah ketagihan bahan khayal dalam kalangan remaja berada pada tahap membimbangkan.
Naib Pengerusi MCPF Tan Sri Lee Lam Thye berkata masalah ketagihan dalam kalangan remaja bukan sahaja membabitkan dadah tetapi juga bahan ketagihan lain yang mudah diperoleh seperti gam, petrol, aerosol, cat sembur, cecair pemetik api dan najis lembu.
"Saya berharap rang undang-undang berkaitan dapat dibentangkan pada persidangan Parlimen akan datang kerana masalah ketagihan bahan khayal ini sudah berada di tahap membimbangkan apabila kegiatan ini dibuat secara terbuka," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.
Lam Thye berkata bagi memperkukuhkan lagi akta tersebut, ia perlu merangkumi tiga asas penting melibatkan program pendidikan dan kesedaran, penguatkuasaan undang-undang dan pemulihan.
Jelasnya, proses pendidikan untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya bahan khayal perlu dilaksana di semua peringkat terutamanya di sekolah dengan sokongan semua pihak termasuk guru dan ibu bapa.
Tindakan penagih atau anggota keluarga yang menyerah diri secara sukarela perlu disokong kerana ada kesedaran untuk berubah, katanya.
Menurutnya, bagi aspek penguatkuasaan, akta baharu itu perlu memberi kuasa kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk menahan mereka yang menyalahguna bahan berkenaan kerana pada masa ini tiada peruntukan undang-undang sedemikian.
"AADK perlu meningkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi penguatkuasaan dan pihak berkepentingan bagi menangani masalah ketagihan bahan khayal ini kerana ia tidak mampu dilakukan secara bersendirian.
"Pihak berkuasa juga perlu mengambil tindakan terhadap sindiket yang cuba membekal dadah kepada golongan terbabit seperti dilaporkan pihak media," katanya.
Lam Thye berkata proses pemulihan secara menyeluruh dan berkesan juga perlu diwujudkan supaya penagih tidak mengulangi kesalahan serta mampu membuka lembaran kehidupan yang baru.
Pada Khamis, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mempengerusikan Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) bersetuju dengan cadangan supaya Akta Bahan Khayal diwujudkan bagi menangani masalah ketagihan bahan khayal atau inhalan seperti gam dalam kalangan remaja.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 18 2019

LEE: Masalah ketagihan bahan khayal sudah berada di tahap membimbangkan apabila kegiatan ini dibuat secara terbuka. - Gambar fail
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri
2,408 rakyat Malaysia ditahan di luar negara, majoriti kes dadah
Seramai 2,408 rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas pelbagai kesalahan setakat 21 Januari lalu.
Malaysia-Perancis senada kukuhkan kerjasama strategik
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Malaysia dan Perancis untuk memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang strategik termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan, serta kecerdasan buatan (AI).
Wanita tikam suami hingga mati dituduh Isnin ini
Seorang wanita yang dipercayai menikam suaminta di hadapan rumah mereka di sebuah pangsapuri di kajang pada minggu lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Kajang pada Isnin depan.
Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri
Akibat tekanan kewangan, seorang ahli perniagaan warga emas dipercayai membunuh isterinya sebelum mencederakan diri sendiri di rumahnya di Bandar Sungai Long, Kajang pada Khamis.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.

Masukkan dadah: Mamat Exist didenda RM4,000
Bekas vokalis Exist, Mamat didenda RM4,000 atau penjara dua tahun selepas mengaku bersalah atas kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan.

Separuh daripada 155 KBT bertukar status KBR - KP AADK
Agensi Anti Dadah Kebangsaan mengenal pasti separuh daripada 155 Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) penagih dadah berjaya bertukar status kepada Kawasan Berisiko Rendah (KBR).

Kerana dadah, Mamat tak bebas - "Saya perlu lapor diri sebelum keluar dari Johor"
Menurut Mamat, dia perlu melaporkan diri dan mendapatkan kebenaran daripada AADK selama tempoh dua tahun.

Lelaki lepas 'gian' depan anak, isteri dicekup
Saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Ibu sanggup guna parang halang anak ditahan AADK
Seorang ibu sanggup menunggu di depan pintu sambil memegang parang bagi menghalang dua anaknya ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Jangan jadi seperti aku, 14 tahun jadi hamba dadah - Bekas penagih
Fais ditinggalkan isteri serta tidak berpeluang bertemu anaknya yang berusia dua tahun.

Macam-macam cara penagih buat elak dicekup penguat kuasa
Ada penagih yang sanggup lari tanpa seurat benang, tidak kurang lari dalam keadaan berselut semata-mata mahu mengelak daripada ditangkap.

Nekad terjun tingkap elak ditahan AADK
Hanya kerana mahu melarikan diri daripada dicekup AADK, seorang lelaki yang juga penagih dadah nekad terjun tingkap dari tingkat dua sebuah rumah.

Polis Johor akan siasat isu penagihan dadah pelajar sekolah
Ketua Polisnya Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan pihaknya itu lebih menjurus kepada usaha menjejaki pembekal dadah, yang diperoleh pelajar berkenaan.

177 pelajar sekolah menengah di Johor positif dadah - Exco
Sebanyak 177 pelajar sekolah menengah di Johor dikesan positif dadah hasil ujian saringan air kencing dilaksanakan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).