SHAH ALAM: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor menawarkan ganjaran wang tunai RM20,000 kepada mana-mana individu yang menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah yang terlibat dalam kes pembunuhan kanak-kanak lelaki autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, Disember lepas.
Timbalan Pengerusi MCPF Selangor Datuk Seri A Thaiveegan berkata, ganjaran diberikan sebagai satu daripada usaha dalam memastikan suspek terlibat dalam kes itu dapat segera didakwa di mahkamah.
"Ganjaran akan diberikan menerusi Polis Selangor dan kita telah mendapat persetujuan daripada Pengerusi MCPF sendiri berkaitan tawaran ganjaran ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini.
Pada 5 Dis lepas, kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang di Damansara Damai di sini, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartmen Idaman pada keesokannya.
Berikutan itu, hasil siasatan bedah siasat mendapati kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila menemukan kesan kecederaan pada leher dan badannya.
Terdahulu, pada sidang media yang sama Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata walaupun pelbagai usaha yang dilakukan untuk menjejaki pembunuh kanak-kanak itu belum membuahkan hasil, pihaknya masih meneruskannya.
"Untuk kes ini, polis masih belum menemukan sesuatu yang kukuh bagi menjurus ke arah individu yang terlibat, itu kesulitan dialami kami. Walaupun begitu, polis masih meneruskan usaha," katanya.
Berhubung kes 10 anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya yang disiasat berikutan penemuan wang tunai lebih RM3,000 semasa melaksanakan operasi, beliau berkata polis membuka siasatan tatatertib dan menyiasat kes mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336).
Hussein berkata anggota dan pegawai polis yang menjalankan tugas operasi hanya dibenarkan membawa wang tunai maksimum RM100 dan sekiranya membawa lebih daripada jumlah itu, mereka perlu mengisytiharkannya kepada penyelia sebelum keluar bertugas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 06 2024

Ganjaran diberikan sebagai satu daripada usaha dalam memastikan suspek terlibat dalam kes itu dapat segera didakwa di mahkamah. - Gambar fail

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.

Kes Zayn Rayyan: Dua saksi pendakwaan kanak-kanak selesai beri keterangan hari ini
Dua saksi pendakwaan kanak-kanak itu yang merupakan saksi pendakwaan ke-14 dan ke-15 selesai memberi keterangan dalam prosiding tertutup di hadapan Hakim Syahliza Warnoh.

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Jiran tidak pernah lihat Zayn Rayyan main di taman
Rashidah berkata, sepanjang 10 tahun tinggal di Blok R pangsapuri berkenaan, anak-anaknya juga tidak pernah bermain dengan Zayn Rayyan.

Saksi tutup jasad Zayn Rayyan guna 'sweater', lindungi dari orang awam
Seorang anggota polis memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, hari ini bahawa beliau menutup jasad Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin menggunakan baju sejuknya, semasa menemukan kanak-kanak autistik itu

Ibu Zayn Rayyan jerit "ini salah mommy" - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matin menjerit, "Zayn, ini salah mommy".

Jasad Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan bersih, tidur mengiring - Saksi
Jasad Zayn Rayyan berada dalam keadaan bersih serta tidur mengiring, dengan kakinya bengkok semasa ditemukan di atas timbunan pasir anak sungai berhampiran Apartment Idaman.

Bapa Zayn Rayyan kata 'celaka siapa bunuh anak aku’ - Saksi
Saksi berkata dia mula mencari Zayn Rayyan Abdul Matin, 6, selepas solat hajat di surau Al-hidayah berdekatan lokasi kejadian, pada 6 Disember 2023.

Hujan, pencemaran bau punca K9 gagal kesan Zayn Rayyan
Pencarian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin oleh Unit Anjing Pengesan (K9) Pulapol Kuala Lumpur tidak berhasil selepas berlaku hujan di kawasan kejadian.

Keadaan ibu Zayn Rayyan kosong, tiada reaksi, kata pegawai penyiasat
Pegawai Penyiasat bagi kes Zayn Rayyan Abdul Matin yang ditemukan mati dua tahun lalu memaklumkan pengadu, Ismanira Abdul Manaf kelihatan kosong sewaktu proses rakaman percakapan berlangsung.

Zayn Rayyan: 25 Feb dengar hujah notis usul batal pertuduhan
Mahkamah Tinggi menetapkan 25 Feb ini bagi mendengar hujahan berhubung notis usul difailkan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin untuk membatalkan pertuduhan.