SCOTT McTominay menjaringkan dua gol dalam masa kecederaan ketika Manchester United menyempurnakan kebangkitan penuh menakjubkan untuk mengatasi Brentford 2-1 di Old Trafford, memastikan dua kemenangan dalam lima perlawanan di laman sendiri.
United mengharungi permulaan yang mengecewakan musim ini, tewas tiga kali daripada enam perlawanan di Old Trafford - menyaksikan rekod 31 perlawanan tanpa kalah di laman sendiri berakhir ketika tewas kepada Brighton. Brentford turut bergelut musim ini, dengan The Bees tanpa sebarang kemenangan dalam lima perlawanan liga.
Skuad bimbingan Thomas Frank berjaya memulakan perlawanan lebih cemerlang, mengawal permainan dan menghasilkan peluang, dengan percubaan terbaik hadir menerusi Aaron Hickey namun ia sekadar tersasar.
Sementara pasukan tuan rumah pula terpaksa menghadirkan 10 pemain di atas padang dalam kawasan Brentford namun tetap bergelut menembusi benteng lawan.
Ketika United mula menghadirkan ancaman, mereka dibolosi menerusi kesilapan mereka sendiri, Casemiro yang melepaskan bola, membenarkan The Bees melancarkan serangan sebelum Mathias Jensen melepaskan percubaan leret yang gagal ditampan keluar André Onana.
United kini ketinggalan pada separuh masa untuk kali keempat berturut-turut dalam aksi Liga Perdana Inggeris, dengan Erik ten Hag cuba mengubah corak permainan pasukan dalam separuh masa kedua namun mereka tetap bergelut mencari peluang.
The Red Devils mula cuba menyelamatkan perlawanan ketika saingan berbaki 20 minit -- bermula dengan Bruno Fernandes yang melepaskan rembatan dari luar kotak penalti namun berjaya ditepis keluar Strakosha, kemudian Alejandro Garnacho turut berpeluang melakukan percubaan.
Anthony Martial memaksa jaringan United dibatalkan kerana berada dalam kedudukan ofsaid dalam minit ke-90, namun situasi dramatik United baru sahaja bermula apabila McTominay mengambil peluang untuk menyamakan kedudukan.
Ia ternyata membuatkan Brentford tergamam seketika, dengan permainan berbaki empat minit, McTominay sekali lagi bertindak selaku penjaring, menanduk masuk hantaran Harry Maguire melepaskan Strakosha.
Kemenangan melegakan beberapa tekanan yang semakin meningkat ke atas Ten Hag dan meletakkan United di separuh teratas, manakala rentak tanpa kemenangan Brentford dilanjutkan kepada enam perlawanan. - Stadium Astro
Astro Arena
Sun Oct 08 2023

Pemain Manchester United Scott McTominay (kiri) bersama Alejandro Garnacho meraikan selepas menjaringkan gol kedua pasukan itu menentang Brentford di Old Trafford. - Foto AP

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

McTominay tak pernah rasa menyesal tinggalkan United
Dia menjaringkan tiga gol dalam 10 penampilan selain membantu Napoli menduduki tangga teratas liga Serie A selepas 12 perlawanan.

Bintang Man Utd kerugian lebih RM4.7 juta
Bintang Manchester United, Scott McTominay bakal kerugian RM4.7 juta selepas melabur dalam perniagaan yang gagal dijalankan oleh bapa tunangnya.

McTominay pastikan penyokong Man United lena dalam senyuman
Kemenangan melegakan beberapa tekanan yang semakin meningkat ke atas Ten Hag dan meletakkan United di separuh teratas.

McTominay, Martial kekalkan Red Devils di landasan layak ke UCL
Jordan Pickford menjadi penyelamat pelawat apabila menafikan deretan peluang sebelum McTominay menemui jaring.

Kelayakan Euro 2024: Dua gol McTominay pastikan Scotland kejutkan Sepanyol
Scott memastikan permulaan cemerlang Scotland apabila percubaan awalnya terbias ke badan Inigo Martinez sebelum memasuki gawang.

Piala FA: Gol McTominay cukup pastikan United singkir Villa
McTominay menjaringkan gol keduanya musim ini selepas hanya tujuh minit di Old Trafford awal pagi tadi.

Kelayakan Piala Dunia: Scotland rehatkan McTominay akibat virus di tekak
McTominay sempat menjalani latihan di Sepanyol minggu ini tetapi dibenarkan pulang bagi tujuan pemulihan.

Tiada masalah dengan didikan bapa saya - Noah Solskjaer
Persaingan sengit dengan Tottenham di Stadium Tottenham Hotspur diikuti dengan beberapa kata-kata mencuit hati daripada dua pengurus pasukan tersebut.

Keputusan VAR batalkan gol Cavani memang tidak adil, kata McTominay
Cavani sepatutnya meletakkan skuad The Red Devils itu di depan pada minit ke-33 tetapi jaringannya dibatalkan selepas lengan McTominay didapati terkena muka Son Heung-min.

Sonny amat bertuah bapanya lelaki lebih baik daripada Ole - Mourinho
Solskjaer meluahkan ketidakpuasan hatinya dengan tindakan Son merebahkan badan dalam babak pertama pertemuan EPL di antara kedua-dua pasukan itu.