SEPANG: Juara bertahan kategori CP 150 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Md Akid Aziz bertekad mempertahankan takhtanya dengan memenangi kesemua 10 pusingan pada musim ini.
Pelumba berusia 26 tahun dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha CKJ Racing itu menunjukkan prestasi baik untuk permulaan 2024, apabila muncul juara pusingan pertama di Jasin, Melaka pada 2 hingga 3 Mac dan Tangkak, Johor pada 4 hingga 5 Mei untuk mendahului kejuaraan dengan 50 mata.
Berbaki lapan pusingan termasuk perlumbaan hujung minggu ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Utara, Md Akid mengakui bakal berdepan cabaran sukar dalam menjayakan misi itu.
"Sekarang ini masih awal, bagaimanapun tetap kena bersedia untuk terus mengutip mata sehingga perlumbaan terakhir bagi kekalkan kedudukan ini. Memasuki pusingan ketiga, pastinya pelumba dan pasukan lain sudah mula memperbaiki pelarasan mereka untuk meningkatkan kemampuan jentera masing-masing.
Beliau ditemui ketika majlis menandatangani penajaan Red Bull Malaysia (Red Bull) bersama tiga pasukan di bawah Petronas Sprinta Yahama dalam saingan Cub Prix-Petronas Sprinta Yamaha 31 Racing, Petronas Sprinta Yamaha CKJ dan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor di SIC di sini hari ini.
Mengulas mengenai perlumbaan minggu ini, Md Akid berkata keadaan litar pada Sabtu dan Ahad akan menjadi penentu keputusan dan saingan di SIC tidak terlepas cabaran sengit daripada pelumba.
Kedudukan kejuaraan kategori utama (CP 150) selepas dua pusingan menyaksikan Azroy Hakeem Anuar dari pasukan SGR Honda Estremo Yuzy menduduki tempat kedua dengan 33 mata diikuti Ahmad Afif Amran dari Petronas Sprinta Yamaha CKJ (26 mata) dan Kasma Daniel Kasmayudin dari Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor (20 mata).
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 31 2024

Berbaki lapan pusingan termasuk perlumbaan hujung minggu ini di SIC Utara, Md Akid mengakui bakal berdepan cabaran sukar dalam menjayakan misi itu. - Gambar Stadium ASTRO
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Petronas masih di peringkat awal eksplorasi Lembangan Langkasuka di perairan Kedah, Perlis
Tumpuan utama masa ini adalah kepada analisis data seismik baharu itu yang dijangka selesai pada 2026.

Kesepakatan Petronas-Petros perkukuh industri minyak dan gas negara
Kebanyakan mereka menyifatkan langkah itu mampu memperkukuhkan lagi sektor industri minyak dan gas negara.

Petronas sumbang lebih RM600 juta dalam aspek pendidikan, modal insan di Sarawak - PM Anwar
Anwar juga mengiktiraf peranan Petros dalam menjana pertumbuhan ekonomi Sarawak, dengan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Keyfield International raih RM56 juta untuk perintah kerja daripada Petronas Carigali
Tertakluk kepada hak penyewa di bawah kontrak, WOA dan WOE mempunyai tempoh lima hingga enam bulan bermula dari tarikh permulaan masing-masing.

Langkah penyusunan semula bagi pastikan Petronas dapat terus sumbang kepada pembangunan negara
Langkah penyusunan semula Petronas adalah untuk memastikan syarikat minyak nasional itu dapat terus menyumbang kepada pembangunan negara.

Petronas, anak syarikat tidak perlu dilesenkan laksana pengoperasian petroleum di Sarawak
Petronas serta anak syarikatnya tidak perlu dilesenkan dan tidak tertakluk kepada sebarang prosedur tambahan untuk melaksanakan pengoperasian petroleum di Sarawak.

Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih - Kenyataan
Petronas sedia menjayakan inisiatif tersebut, menyediakan kepakaran sokongan teknikal, pertukaran maklumat, dan konsultansi dalam bidang berkepentingan.

Petronas jelaskan penamatan khidmat saluran gas hanya libatkan beberapa bahagian di Sarawak
Petronas berkata, keputusan dibuat selepas kajian menyeluruh terhadap kebolehlaksanaan bahagian khusus SSGP berkenaan.

Petronas pertimbang tamat aktiviti aset matang, termasuk saluran paip gas Sabah-Sarawak
Petronas mempertimbangkan untuk menamatkan aktiviti aset matang dalam operasi huluan negara, termasuk Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak.