PUTRAJAYA: Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) diarah memanggil semua pembekal kit ujian kendiri COVID-19 dalam negara, bagi menilai aduan yang diterima daripada pengguna, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Khairy berkata ia susulan aduan mengenai penggunaan kit ujian berkenaan yang menunjukkan keputusan COVID-19 meragukan.
"Saya juga meminta agensi (MDA) agar memohon pembekal mendapatkan maklumat jaminan kualiti daripada kilang prinsipal mereka," katanya pada sidang media perkembangan COVID-19, di sini hari ini.
Katanya, penilaian juga akan dibuat ke atas kit ujian yang diragui di pasaran, untuk menentukan bahawa tiada kemerosotan dari segi kualiti dari waktu ia diluluskan sehingga sekarang.
"Perkara ini sedang dilaksanakan dan hasil tindakan MDA akan dimaklumkan kepada orang ramai nanti," kata Khairy.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga 27 Okt 2021, terdapat 49 kit ujian kendiri COVID-19 yang telah diberi kelulusan bersyarat oleh MDA (Rujukan:https://covid-19.moh.gov.my/semasa-kkm/2021/10/senarai-kit-ujian-covid-19-kendiri-yg-diluluskan-27102021).
Sementara itu, ditanya mengenai prosedur operasi standard (SOP) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Khairy berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan perkara itu.
"KKM dah buat syor dan cadangan, kita dah setuju dengan semua yang dibentang. Saya percaya dan yakin SOP ini sekiranya dipatuhi adalah mencukupi, untuk kita mencegah peningkatan (kes) yang terlalu mendadak," katanya.
SPR menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor manakala penamaan calon pada 26 Feb dan pengundian awal pada 8 Mac.
Dalam perkembangan lain, Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Dr Roshayati Mohamad Sani, berkata siasatan terperinci Jawatankuasa Farmakovigilans terhadap 22 daripada 42 kes kematian yang dikaitkan dengan dos penggalak, adalah tidak berkaitan dengan vaksin COVID-19.
Katanya, sebanyak 20 lagi aduan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) yang diterima NPRA, masih lagi dalam siasatan.
Dr Roshayati merujuk kepada laporan berita yang diterbitkan semalam berdasarkan kenyataan NRPA, yang menunjukkan 42 kematian dilaporkan dikaitkan dengan dos penggalak, sekali gus menimbulkan kebimbangan orang ramai untuk menerima dos itu.
Beliau menjelaskan setiap kematian berkaitan AEFI akan disiasat secara terperinci oleh pasukan penyiasat, terdiri daripada pakar yang berada di fasiliti yang melaporkan kematian itu.
"Hasil siasatan berkenaan termasuk maklumat klinikal akan dinilai dengan teliti oleh Jawatankuasa Farmakovigilans, yang dianggotai pakar daripada pelbagai bidang yang seterusnya akan menentukan sama ada terdapat sebab-akibat secara langsung dengan kematian dan vaksin yang diterima," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 17 2022

Khairy berkata ia susulan aduan mengenai penggunaan kit ujian berkenaan yang menunjukkan keputusan COVID-19 meragukan. - Gambar fail/ Bernama
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

12 kit ujian kendiri COVID-19 telah dapat kelulusan bersyarat - Dr Noor Hisham
12 kit ujian kendiri COVID-19 telah mendapat kelulusan bersyarat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) setakat 24 Ogos 2021.

KPDNHEP pertimbang cadangan kawal harga kit ujian COVID-19
Harga kit ujian RM39.90 seunit disifatkan membebankan terutama kepada golongan berpendapatan rendah dan keluarga memiliki ramai anak.

Penerbangan carter pertama 2021 MASkargo bawa kit ujian COVID-19
MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo) berjaya menyempurnakan penerbangan carter pertamanya tahun ini dengan membawa kira-kira 20 tan kit ujian COVID-19 dari Seoul ke Jakarta, baru-baru ini.