KUALA LUMPUR: Penyedia Perkhidmatan Jalur Lebar Luar Bandar Malaysia, MEASAT Global Berhad (MEASAT) dan Parcel365 melancarkan inisiatif KampungDigital365.com untuk meningkatkan taraf hidup komuniti luar bandar menerusi aktiviti ekonomi digital.
Ia dilancarkan di Pos Sinderut, Kuala Lipis, kawasan yang merangkumi kira-kira 14 perkampungan Orang Asli dengan jumlah populasi lebih 4,000 penduduk.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika merasmikan pelancaran itu berkata inisiatif tersebut selari dengan dasar kerajaan seperti Pelan Digital Pahang 2021-2025 yang menyasar untuk mewujudkan landskap sosioekonomi yang lebih inklusif.
“Dengan akses ekonomi digital yang lebih baik, penduduk luar bandar boleh mendapat sumber pendapatan, pendidikan dan hiburan baharu. Saya menggalakkan lebih ramai komuniti menerima model KampungDigital365.com ini,” katanya semasa merasmikan majlis tersebut.
Turut hadir, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ramli Mohd Nor, merangkap Ahli Parlimen Cameron Highlands; Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal; Ahli Dewan Undangan Negeri Tanah Rata, Ho Chi Yang; dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Sapiah Mohd Nor.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi MEASAT, Yau Chyong Lim berkata inisiatif KampungDigital365.com, mengukuhkan lagi komitmen untuk merapatkan jurang digital, membantu memupuk semangat keusahawanan dan potensi produktiviti di kalangan pengguna CONNECTme NOW, disokong oleh penyelesaian logistik dan perniagaan yang khusus oleh Parcel365.
Inisiatif KampungDigital365.com turut menyediakan latihan keusahawanan dan bantuan pemasaran produk dalam talian menerusi platform Shopla365, bagi membantu penduduk kampung mengoptimumkan potensi ekonomi digital mereka.
Program itu turut menyediakan sebuah pusat perkhidmatan yang dilengkapi dengan komputer, mesin pencetak dan peralatan ICT yang lain, serta bantuan secara peribadi daripada pengendali apabila diperlukan.
Astro Awani
Sat Jul 15 2023

Penyedia Perkhidmatan Jalur Lebar Luar Bandar Malaysia, MEASAT Global Berhad (MEASAT) dan Parcel365 melancarkan inisiatif KampungDigital365.com untuk meningkatkan taraf hidup komuniti luar bandar menerusi aktiviti ekonomi digital. - Astro AWANI
Empat hari bekerja: Majikan perlu kreatif agar produktiviti tidak terkesan
Cadangan minggu kerja empat hari semakin mendapat perhatian, dengan kajian menunjukkan ia tidak menjejaskan produktiviti. Namun, majikan perlu lebih kreatif dalam melaksanakannya mengikut kesesuaian industri.
Pemimpin politik perlu bertindak sebagai jambatan perpaduan - Sultan Pahang
Dalam satu majlis perasmian masjid di Jerantut, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menekankan pentingnya pemimpin politik bertindak sebagai jambatan perpaduan.
Baginda menyeru agar pemimpin berhenti mempolemikkan isu raja, agama, dan kaum (3R) yang boleh mencetuskan perbalahan.
Baginda menyeru agar pemimpin berhenti mempolemikkan isu raja, agama, dan kaum (3R) yang boleh mencetuskan perbalahan.
[TERKINI] SPRM tahan 16 individu berkait kes rasuah pendaftaran kelahiran
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 16 individu yang disyaki terlibat dalam rasuah berkaitan pendaftaran lewat kelahiran dan penggunaan dokumen sokongan palsu. Operasi yang dikenali sebagai Op Outlander dan Op Birth ini melibatkan serbuan ke atas beberapa premis di Lembah Klang dan Johor. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato’ Sri Ahmad Khusairi Yahaya, menyatakan bahawa penangkapan ini mencerminkan komitmen SPRM dalam memerangi rasuah dan memastikan keselamatan negara terjamin.

KPDN tahan enam termasuk lima warga asing seleweng minyak masak bersubsidi
Enam lelaki, termasuk lima warga asing ditahan kerana disyaki terlibat aktiviti penyelewengan minyak masak bersubsidi di Semenyih, Selangor.

Ukraine sedia terima gencatan senjata 30 hari dengan Rusia
Ukraine menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata selama 30 hari dengan Rusia, ketika delegasi dari Kyiv dan Washington bertemu di Arab Saudi.

Perdagangan borong, runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Perdagangan runcit mencatatkan jualan sebanyak RM66.1 bilion, meningkat 8.2 peratus atau RM5.0 bilion berbanding tahun lalu.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

MEASAT, Parcel365 lancar inisiatif KampungDigital365.com pacu ekonomi digital luar bandar
MEASAT dan Parcel365 melancarkan inisiatif KampungDigital365.com untuk meningkatkan taraf hidup komuniti luar bandar menerusi aktiviti ekonomi digital.