KUALA LUMPUR: Kementerian Ekonomi pada Jumaat melancarkan Majlis Ekonomi Digital Negara dan Revolusi Industri Ke-4 (MED4IRN) dalam usaha merangka dasar pelaksanaan tranformasi digital yang lebih holisitik demi kemajuan ekonomi negara.
Menterinya, Rafizi Ramli berkata, inisiatif itu bertujuan menjadikan Malaysia sebagai sebagai pemain utama dalam ekonomi digital di peringkat global.
Melalui rangka kerja MED4IRN, kerajaan, kata Rafizi, mengambil pendekatan bersepadu dalam membangunkan ekosistem ekonomi digital yang cergas.
Selain itu, menurut Rafizi, pembentukan dasar dan pendanaan turut melibatkan kedua-dua sektor awam dan swasta dengan membabitkan individu dari berbagai bidang dan pakar-pakar terkemuka.
"Ini dilakukan melalui pembentukan dasar, pelaksanaan inisiatif, dan pendanaan yang
melibatkan kedua-dua sektor awam dan swasta,
"Proses pemilihan ahli MED4IRN telah melalui panggilan terbuka yang ketat. Profesion dari berbagai bidang dan pakar-pakar terkemuka telah diberi peluang untuk menyumbangkan kepakaran mereka dalam majlis ini.
"Ahli-ahli yang terpilih merupakan hasil penapisan teliti daripada ribuan pencalonan, dengan kehadiran penggiat industri yang memiliki pengalaman dalam pelbagai peringkat ekonomi," tambah Rafizi dalam kenyataan yang diedarkan.
Mengulas lanjut, beliau berkata, MED4IRN bakal menjadi penanda aras dalam menetapkan arah strategik bagi transformasi digital Malaysia.
"Dengan kepakaran dan kepimpinan MED4IRN, negara dijangka dapat mencapai status sebagai pusat ekonomi berteraskan teknologi," jelasnya lagi.
Fahmi Izuddin
Fri Aug 25 2023

Menurut Rafizi, MED4IRN bakal menjadi penanda aras dalam menetapkan arah strategik bagi transformasi digital Malaysia. - Gambar fail

Disiplin fiskal kerajaan MADANI tingkatkan keyakinan pelabur
Disiplin fiskal kerajaan MADANI berjaya mengurangkan defisit fiskal daripada 5.5 peratus pada 2022 kepada 4.1 peratus pada 2024.
AWANI Ringkas: PM kini di Bahrain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Isu PPRS, stadium E-sukan dan MLFF antara dibincang Dewan Rakyat hari ini
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ditanya sama ada bercadang untuk menambah baik syarat permohonan PPRS, supaya dapat memberi manfaat kepada golongan kurang berkemampuan.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.
Thailand-Malaysia: A new era of trade opportunities
Thailand and Malaysia are strengthening trade ties with a target of US$30 billion by 2027. During his official visit to Malaysia, H.E. Umesh Pandey emphasized the importance of economic cooperation and removing trade barriers to maximize both countries’ strengths.

Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 8.21 pagi, ringgit berada di paras 4.4430/4490 berbanding dolar AS daripada 4.4440/4480, semalam.
Natural Gas Roadmap: Energy Security or Economic Risk?
The Ministry of Economy is set to unveil Malaysia’s Natural Gas Roadmap, focusing on investment growth, regulatory frameworks, and long-term supply security. As the nation transitions toward becoming a net LNG importer, industry players face challenges in infrastructure expansion, pricing mechanisms, and sustainability. Malaysian Gas Association’s Secretary General, Khairulanwar Zakaria, shares insights on overcoming these hurdles and ensuring market competitiveness.
AWANI Ringkas 19 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 19 Februari 2025
1️⃣ Lawatan kerja pertama sebagai PM
2️⃣ 31 negara dilawati, perbelanjaan RM16 juta
3️⃣ Pertimbang jawatankuasa selaras NGO
#awaniringkas
1️⃣ Lawatan kerja pertama sebagai PM
2️⃣ 31 negara dilawati, perbelanjaan RM16 juta
3️⃣ Pertimbang jawatankuasa selaras NGO
#awaniringkas

Kendalian kargo Pelabuhan Pulau Pinang naik 0.77 peratus pada 2024 - Hasbi
Pelabuhan Pulau Pinang mencatat prestasi pengendalian kargo yang meningkat sebanyak 0.77 peratus iaitu 32.33 juta tan berat muatan pada 2024.

Wanita selamatkan budak lemas digelar 'Mask Qipao Superwoman'
Tindakannya yang pantas dan berani menjadikannya sensasi di media sosial dengan gelaran 'Mask Qipao Superwoman'.

Pelaburan digital RM185.3 bilion diluluskan untuk tempoh 2021-Jun 2024 - PM Anwar
Pelaburan digital berjumlah RM185.3 bilion telah diluluskan daripada 2021 hingga Jun 2024 termasuk projek daripada syarikat terkemuka seperti NVIDIA dan Amazon Web Services (AWS).

Kerajaan setuju laksana inisiatif 'single window' perhebat fungsi syarikat pemula
Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) hari ini bersetuju melaksanakan inisiatif single window dalam menyelaras dan menyusun semula fungsi kerjasama meren

MED4IRN pemacu utama transformasi ekonomi digital negara - Rafizi
Inisiatif itu bertujuan menjadikan Malaysia sebagai sebagai pemain utama dalam ekonomi digital di peringkat global.

Pelan Tindakan Teknologi Dron Malaysia 2022-2030 akan dibangunkan - Ismail Sabri
Pelan Tindakan Teknologi Dron Malaysia 2022-2030 (MDTAP30) akan dibangunkan sebagai agenda nasional bagi menyokong ekosistem dron, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.