KUALA LUMPUR: Peranan media adalah amat penting bagi memastikan konteks sebenar sesuatu berita yang berpotensi menjadi pencetus ketegangan dapat disampaikan dengan baik, kata Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri Shahril Sufian Hamdan.
Beliau berkata untuk memperkukuhkan lagi tindakan itu, kedudukan organisasi seperti Ikatan Setia Kawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) cukup istimewa sebagai antara saluran diplomasi rakyat atau diplomasi media antara kedua-dua negara.
"Saya percaya atas kesedaran yang sama itu jugalah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) pada bulan lepas mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi memastikan Iswami (Malaysia) dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti mengukuhkan hubungan media Malaysia dan Indonesia serta negara-negara jiran lain yang telah terjalin sekian lama.
"Peruntukan yang diberikan ini dilihat dapat membantu Iswami dalam merancang program kerjasama media kedua-dua negara. Hubungan istimewa kerjasama Malaysia dan Indonesia mesti sentiasa dipertingkatkan kepada satu tahap yang benar-benar dapat mencapai potensi dan relevan kepada cabaran semasa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri Bersama Delegasi Media Indonesia di sini, malam tadi.
Turut hadir Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin, Penasihat Iswami Datuk Zakaria Abdul Wahab, Presiden Iswami Malaysia Datuk Mokhtar Hussain dan delegasi media Indonesia.
Pada 29 Mei, Ismail Sabri mengumumkan peruntukan RM1 juta kepada Iswami bagi membolehkan ia melaksanakan aktiviti-aktiviti mengukuhkan hubungan media antara Malaysia dan Indonesia serta negara jiran lain yang sudah terjalin sejak sekian lama.
Sementara itu, Roslan ketika memberi ucapan alu-aluan berkata Bernama akan tetap menganjurkan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) pada 29 Mei 2023 dengan sokongan media yang lain dan sudah pasti bakal menjemput rakan-rakan media dari Indonesia.
Beliau berkata jemputan itu adalah atas dasar setiakawan dan sewajarnya mereka meraikan persaudaraan itu kerana wartawan tetap mempunyai peranan yang sama.
"Peranan yang paling penting adalah untuk ibu pertiwi kita, maksudnya wartawan Indonesia menjaga Indonesia, wartawan Malaysia menjaga Malaysia.
"Sebenarnya banyak konflik, isu boleh diselesaikan oleh kedua-dua negara ini di atas meja, bukan di atas meja pemimpin atau menteri tetapi di atas meja media itu sendiri sebab kadang-kadang konflik ini kecil sahaja tetapi diperbesarkan oleh media atas dasar sensasi," katanya.
Delegasi media Indonesia menyertai program Lawatan Setia Kawan Media Indonesia ke Malaysia bermula 28 Jun hingga 1 Julai yang merupakan anjuran Iswami Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 30 2022

Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri Shahril Suffian Hamdan ketika berucap pada Majlis Makan Malam ISWAMI di ibu kota, 30 Jun 2022. -- fotoBERNAMA
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Sebenarnya.my antara usaha kerajaan tangani maklumat dan berita palsu - Annuar Musa
Sebenarnya.my ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada 2017 sebagai laman web semakan fakta yang dikendalikan SKMM.

Kebebasan bersuara tidak harus disekat, namun perlu disertai sikap tanggungjawab - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata, kebebasan bersuara tidak seharusnya disekat di Malaysia namun pada sama ia perlu disertai dengan sikap bertanggungjawab.

Arahan tambahan SOP kepada semua pengendali vaksin di PPV AstraZeneca - Dr Adham
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menetapkan arahan tambahan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) kepada semua pengendali vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZeneca.

COVID-19: Kasino di Genting diarah tutup serta-merta
Ismail Sabri berkata, beliau telah mengeluarkan arahan tutup serta-merta ke atas kasino tersebut pada Jumaat lepas (21 Mei)

"Kenapa rampas telefon bimbit saya?" - Syed Saddiq persoal tindakan polis, SKMM
Syed Saddiq persoal tindakan pihak polis merampas telefon bimbitnya ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Sabtu.

Kes Shafee Abdullah: Pendakwa raya mahu buktikan tertuduh terima RM9.5 juta sebagai yuran guaman
Muhammad Shafee berdepan dua pertuduhan pengubahan wang haram RM9.5 juta yang didakwa diterimanya dari bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Media perlu terus ketengahkan kekejaman Israel kepada dunia
Editor Timur Tengah Agensi Anadolu Turgut Alp Boyraz berkata, naratif dalam liputan krisis mesti berubah untuk memberikan gambaran serta isu sebenar apa yang berlaku di lapangan.

Selangor beli vaksin: Tidak timbul isu tidak dapat kebenaran kerajaan - Dr Siti Mariah
Tidak timbul isu Kerajaan Negeri Selangor tidak mendapatkan kebenaran Kerajaan Pusat berhubung cadangan pembelian vaksin COVID-19, ujar Dr Siti Mariah Mahmud.

Industri pelancongan hampir 100 peratus lumpuh, MITA rayu kerajaan penuhi 10 tuntutan
Industri pelancongan kini hampir 100 peratus lumpuh susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Kerajaan perlu beri lebih ruang buat pendidik tingkatkan kreativiti - Aktivis pendidikan
Kerajaan perlu memberi lebih ruang kepada pendidik untuk muncul lebih kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam talian.