KUALA LUMPUR: Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia dan Indonesia (ISWAMI) kini memainkan peranan membantu kerajaan menerusi media kedua-dua negara dalam menggerakkan kembali sektor-sektor sosioekonomi yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
Sinergi kedua-dua negara ini turut menyaksikan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Datuk Mokhtar Hussain sebagai Presiden ISWAMI Malaysia untuk penggal 2021/2023.
Mokhtar dipilih menggantikan presiden sebelum ini, Abdul Rashid Yusof, yang memutuskan untuk mengundurkan diri selepas memimpin sejak 2019.
Dalam ucapan pertamanya, Mokhtar berkata selain fokus mengukuhkan lagi hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia, ISWAMI juga merancang mengadakan program kerjasama media melibatkan kedua-dua negara.
“Antaranya pertukaran wartawan, seminar, forum, bengkel dan webinar, perancangan sambutan Hari Wartawan Nasional 2022, penyertaan ISWAMI Malaysia pada Hari Pers Indonesia 2022.
Selepas ini, Mokhtar akan mengumumkan pelantikan ahli jawatankuasa yang baharu dalam tempoh terdekat.
Secara tradisinya, ia akan diwakili ketua-ketua pengarang atau pimpinan utama media selain tokoh-tokoh wartawan di Malaysia.
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail turut berada dalam kepimpinan tertinggi persatuan itu apabila dilantik menjadi Naib Presiden 2.
ISWAMI ditubuhkan pada 8 Januari 2008 dan dianggotai pelbagai agensi, pertubuhan serta organisasi media Malaysia.
ISWAMI turut ditubuhkan di Indonesia yang ketika ini dipimpin Presiden ISWAMI Indonesia, Asro Kamal Rokan.
Persatuan itu ditubuhkan bertujuan mengharmoniskan hubungan Malaysia dan Indonesia, dalam menangani isu-isu berkepentingan bersama, selain berperanan sebagai pengantara kepada media di kedua-dua negara dalam menangani isu-isu semasa.
Berikut senarai pimpinan dan jawatankuasa baharu ISWAMI untuk tahun 2021/2023:
Presiden : Datuk Mokhtar Hussain (BERNAMA)
Timbalan Presiden : Datuk Zulkefli Hamzah (UtusanTV)
Naib Presiden 1 : Rozaid Abdul Rahman (Sinar Harian)
Naib Presiden 2 : Ashwad Ismail (Astro Awani)
Setiausaha : Mohd Shukri Ishak (BERNAMA)
Bendahari : Ahmad Yani Abd Manaf (Karangkraf)
Penolong Bendahari : Azhar Abu Samah (Berita Harian)
Setiausaha Kerja : Mohd Razman Abdullah (BERNAMA)
Ridauddin Daud
Mon Nov 22 2021
Mokhtar (empat dari kanan) bersama barisan kepimpinan baharu ISWAMI yang turut membariskan Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail (dua dari kanan). - Foto ISWAMI
Farid Kamil lantik peguam sebagai JKP sebutan kes cerai
Pelakon Farid Kamil melantik peguam sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi sebutan kes penceraian bersama isterinya, Diana Danielle.
Tiada lagi tol percuma sempena perayaan bermula tahun ini - Nanta
Pemberian tol percuma mungkin akan dilaksanakan sekiranya terdapat pertimbangan lain dan ia akan diumumkan dari semasa ke semasa.
SPAN cadang kerajaan bangun pusat data untuk jamin bekalan air negara
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mencadangkan agar kerajaan membangunkan pusat data bagi menjamin bekalan air yang berterusan dan lestari negara.
Trump keluarkan AS daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia
Presiden Donald Trump menandatangani perintah eksekutif untuk mengeluarkan Amerika Syarikat daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin.
ERA X LEEYANARAHMAN menyala di Stadium Merdeka
Stesen Radio Nombor 1 Di Malaysia ERA julung kalinya berkolaborasi dengan jenama fesyen terkenal, Leeyana Rahman, untuk mempersembahkan pertunjukan fesyen eksklusif Lebaran ERA x LEEYANARAHMAN di Stadium Merdeka.
Pertunjukan ini mempamerkan koleksi pakaian lelaki, wanita, dan tudung eksklusif sempena Aidilfitri 2025.
Pertunjukan ini mempamerkan koleksi pakaian lelaki, wanita, dan tudung eksklusif sempena Aidilfitri 2025.
Polis panggil kanak-kanak letak batu, paku di jalan Semporna
Seorang kanak-kanak dan ibu bapanya dipanggil ke balai polis kerana meletakkan objek seperti batu, kayu serta paku di atas jalan di Semporna.
Keretapi Sarong terima Anugerah Best ASEAN Cultural Preservation Effort 2025
Acara ikonik tahunan Keretapi Sarong menerima Anugerah Best ASEAN Cultural Preservation Effort 2025 daripada ASEAN Tourism Association (ASEANTA).
Dua anggota pasukan keselamatan direman kes tuntutan palsu
Kedua-dua suspek berusia 42 dan 31 tahun berkenaan ditahan di Pejabat SPRM Melaka pada 5.20 petang semalam selepas hadir memberi keterangan.
Letupan kilang kimia: JAS siasat elemen cuai
Pengarah JAS Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, pihaknya akan menunggu kebenaran pihak bomba sebelum memasuki lokasi tersebut.
Pantau Belanjawan: Strategi Malaysia tangkis cabaran global, perluas pasaran perdagangan
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, eksport mencecah RM1 trilion bagi empat tahun berturut-turut, meningkat 5.7 peratus kepada RM1.51 trilion. Import meningkat sebanyak 13.2 peratus tahun ke tahun kepada RM1.371 trilion, melepasi paras RM1 trilion bagi tiga tahun berturut-turut. Bersama Felo Bersekutu Kanan Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI) Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin membincangkan antara langkah yang diperlukan untuk memastikan pertumbuhan ini sejajar dengan objektif pembangunan mampan dan keupayaan ekonomi untuk terus bersaing di peringkat global.
Kod etika jadi panduan wartawan Malaysia
Ashwad menyampaikan ucapan pada Majlis Makan Malam Iswami bersama Duta Besar Malaysia di Indonesia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Media mainkan peranan penting pastikan konteks sebenar berita tidak cetus ketegangan
Peranan media adalah amat penting bagi memastikan konteks sebenar sesuatu berita yang berpotensi menjadi pencetus ketegangan dapat disampaikan dengan baik.
Iklan 'TKI On Sale' dikecam
ISWAMI mengecam keras penyebaran iklan 'TKI On Sale' oleh pihak tertentu dan mendesak kerajaan menyiasat hingga ke akar umbi bagi dikenakan tindakan tegas.