KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd menerima tawaran daripada PNB Development Sdn Bhd (PNB Development) bagi cadangan perolehan Balai Berita Bangsar pada RM156.4 juta.
Dalam kenyataan pada Jumaat, syarikat media bersepadu itu menjelaskan pihaknya telah memulakan langkah bagi memperoleh ibu pejabat di Bangsar, tersebut, sebagai sebahagian pelan pengukuhan jangka panjang bagi operasi perniagaan kumpulan.
Cadangan perolehan Balai Berita Bangsar berkenaan dijangka memberi jaminan jangka panjang untuk memastikan operasi kumpulan berjalan lancar.
"Media Prima juga telah mengambil kira faktor lokasi strategik Balai Berita Bangsar sebagai lokasi optimum mendukung kadar pertumbuhan dan operasi kumpulan pada masa depan.
"Cadangan perolehan itu merupakan pelan perniagaan strategik bagi menjamin kelestarian masa hadapan dengan ia juga dapat mengurangkan risiko kenaikan kadar sewaan berpotensi," jelasnya.
Syarikat turut berhasrat melabur ke dalam pembikinan studio baharu bagi melengkapkan studio sedia ada bertujuan memenuhi permintaan terhadap keperluan penghasilan kandungan yang semakin meningkat di samping menyatukan operasi pengumpulan berita, tambahnya.
Menurut Media Prima, bangunan berkenaan merupakan ibu pejabat syarikat dan pejabat anak-anak syarikat yang disewanya daripada PNB Development.
Pada 2018, Media Prima menandatangani perjanjian urus niaga jualan dan pajakan balik dengan PNB Development, melibatkan aset milik The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd termasuk Balai Berita Bangsar.
PNB Development merupakan anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 02 2021

Media Prima juga mengambil kira faktor lokasi strategik Balai Berita Bangsar sebagai lokasi optimum mendukung kadar pertumbuhan dan operasi kumpulan pada masa depan. - Gambar fail
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

PNB sumbang tiga jentera menuai bernilai RM414,000 kepada Zakat Kedah
Menurut PNB, usaha tersebut bertujuan membantu petani berkenaan mengurangkan kos menuai dan seterusnya meningkatkan keuntungan mereka.

MSAM 2023 berjaya tarik lebih 200,000 pengunjung
PNB mengakhiri karnival celik kewangan tahunan terbesarnya Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 di Bertam dengan kejayaan yang memberangsangkan.

Menara Merdeka 118 cerminan kemajuan pesat negara
Pemulihan Stadium Merdeka dan pembangunan Menara Merdeka 118 yang berdiri gah bersebelahannya benar-benar mencerminkan sejauh mana negara telah berkembang maju.

Raja Arshad dilantik Pengerusi Kumpulan PNB berkuat kuasa 1 Jun
Pelantikan Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda sebagai Pengerusi Kumpulan PNB berkuat kuasa 1 Jun 2023.

Apa yang perlu diketahui tentang Battersea Power Station?
Stesen Janakuasa Battersea yang bakal beroperasi secara rasmi bermula esok dibina siap dengan 100 buah kedai komersial, ruang pejabat dan juga unit kediaman.

Projek ikonik Battersea Power Station dibuka kepada umum
Pengurusan pembangunan sedang dijalankan oleh Battersea Power Station Development Company (BPSDC) yang berpangkalan di Britain.

Menara Merdeka 118 pemangkin baharu ekonomi - Ismail Sabri
Merdeka 118 dilihat turut membawa semangat Keluarga Malaysia kerana selain memberi peluang komuniti setempat.

Media Prima akan beli Balai Berita Bangsar pada RM156.4 juta
Pihaknya telah memulakan langkah bagi memperoleh ibu pejabat tersebut sebagai sebahagian pelan pengukuhan jangka panjang bagi operasi perniagaan kumpulan.

Rizal Rickman ganti Zeti sebagai pengerusi Sime Darby Property
Sime Darby Property Bhd telah melantik Rizal Rickman Ramli sebagai pengerusi menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang telah bersara selepas memegang jawatan tersebut selama tiga tahun.

Tiada pengeluaran tidak terkawal oleh pemegang unit PNB walaupun situasi ekonomi sukar - Zeti
Permodalan Nasional Bhd (PNB) tidak melihat sebarang pengeluaran yang tidak terkawal oleh pemegang unitnya walaupun situasi ekonomi sukar pada masa ini.