Gamat dibuatnya susulan pengumuman pengeluar rokok British American Tobacco (BAT) Malaysia pada Isnin untuk menaikkan tiga peratus harga rokok.
Antara komen yang diterima di laman sosial Facebook Astro AWANI, daripada seseorang yang menggelarkan dirinya Karuek Kenang Ngan.
Dia berkata “biar setinggi manapun kenaikan, perokok tetap akan membelinya.
Selain itu akan ada pihak yang mengambil kesempatan.
“Dengan kenaikan harga rokok, rokok seludup akan mendapat keuntungan lumayan disebabkan permintaan yang tinggi.”
Ike Dean pula mengingatkan semua kepada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.
“Majlis Fatwa Kebangsaan telah pun memfatwakan perbuatan merokok sebagai haram dan selaku rakyat yang bermastautin di negara ini anda adalah diseru untuk berhenti merokok selaras dengan tuntutan Islam.”
Sementara itu, Muhammad Ahmad berkata “kenaikan harga rokok tidak akan menjadi sebab utama perokok tegar itu berhenti. Saya nampak inilah cara mengaut keuntungan yang mudah. Asal nama rokok mereka tetap akan beli sebabnya ketagihan merokok bukan mudah nak dibuang.”
Saifullah Abdul Rahim pula melontarkan pendapat berbeza dengan alasannya yang tersendiri.
“Kalau rokok haram, kenapa dijual? Para perokok banyak menyumbang kepada ekonomi negara. Hargailah para perokok di Malaysia. Jika tiada perokok siapa lagi akan menyumbang kepada ekonomi Malaysia,” jelas Saifullah.
Berikut pula adalah reaksi pengguna Twitter:
Anda ada pendapat? Teruskan berkongsi pendapat bersama kami di @501Awani, Facebook dan U Wartawan.
Astro Awani
Tue Jun 04 2013

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.

BAT jalani penstrukturan semula operasi di Malaysia, 230 pekerja terjejas
BAT, dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, berkata proses penstrukturan semula melibatkan penutupan kilangnya di Virginia Park, Petaling Jaya, Selangor.

BAT Malaysia naikkan harga rokok
British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) akan menaikkan harga semua jenama rokoknya berkuat kuasa esok.

Media sosial gamat: Reaksi kenaikan harga rokok
Pengumuman British American Tobacco (BAT) pada Isnin untuk menaikkan tiga peratus harga rokok mendapat reaksi pelbagai pihak.

Alliance Research kekalkan saranan "jual" bagi BAT
Alliance Research mengekalkan saranan jual bagi BAT dengan harga sasaran tidak berubah pada RM54.72 susulan perkembangan terkini dalam industri tembakau berikutan pengumuman kenaikan harga rokok.