IPOH: Petugas media memainkan peranan amat penting dalam menyampaikan maklumat dan melaporkan kepada masyarakat tentang pelbagai kejayaan yang dicapai pasukan polis terutama dalam membanteras jenayah.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya menghargai peranan media itu yang disifatkan sebagai "tulang belakang" kepada setiap kejayaan Polis Kontinjen Perak dalam menjaga keselamatan awam.
“Saya ucapkan ribuan terima kasih kerana media adalah tulang belakang kepada setiap kejayaan Polis Kontinjen Negeri Perak. Oleh kerana itu, Polis Perak bukan hanya mendukung cogan kata ‘Polis dan masyarakat berpisah tiada’, akan tetapi di Perak kita turut mendukung cogan kata ‘Polis dan media berpisah tiada'.
“Justeru, saya berharap ikatan dan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak bersama petugas media yang telah dijalinkan sekian lama ini dapat dieratkan lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program High Profile Policing Ketua Polis Perak Bersama Rakan Media - Tayangan Filem Polis Evo 3 di TGV Kinta City, dekat sini, malam tadi.
Hadir sama Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Canning, Jenny Choy Tsi Jen, serta Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri, Mohd Azlan Helmi Helmi.
Turut hadir menonton filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Cinemas itu ialah lebih 20 petugas media daripada pelbagai agensi berita di Perak.
Dalam pada itu, Mohd Yusri berkata pemilihan Filem Polis Evo 3 bagi tayangan dalam program berkenaan adalah kerana filem berkenaan memberi gambaran kepada umum tentang usaha anggota polis memikul tanggungjawab dalam menjaga keselamatan awam.
Filem arahan Syafiq Yusof itu menampilkan barisan pelakon antaranya Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.
Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaharu dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza.
Amirrul Rabbani
Sat Jun 10 2023
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri (tengah) bersama petugas media ketika Program High Profile Policing Ketua Polis Perak Bersama Rakan Media. - Astro AWANI
Harga minyak mentah tidak menentu berikutan dasar trump - BMI
BMI menjangka harga minyak mentah mengalami ketidaktentuan yang ketara dalam tempoh beberapa bulan berikutan pasaran mengambil kira impak dasar baharu AS.
Nissan dijangka tamat perbincangan penggabungan dengan Honda, tolak status anak syarikat - Sumber
Nissan Motor Co dijangka menamatkan perbincangan penggabungan dengan Honda Motor Co susulan penolakan terhadap cadangan Honda baru-baru ini untuk menjadikannya sebagai anak syarikat.
Piala Dunia 2025: Malaysia tutup kempen kumpulan tanpa sebarang mata
Malaysia ketinggalan pada minit ke-10 menerusi gol pukulan sudut penalti oleh Seyedmohammad Ghoreishiroudbaraki.
Akaun tiga selebriti yang dikaitkan tidak dibekukan - SPRM
Akaun tiga selebriti yang dikaitkan dengan sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan tidak dibekukan, sebaliknya mereka hanya dipanggil untuk membantu siasatan. #AWANInews
Tindakan terhadap khatib akan ditentukan mesyuarat jawatankuasa tatatertib JAIPk
Timbalan Pengarah JAIPk Zakaria Abd Razak berkata siasatan telah dijalankan oleh Pejabat Pentadbiran Agama Islam Parit Buntar.
Ibu bapa mengaku tidak bersalah dera anak kandung
Pasangan tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan terhadap anak lelaki mereka berusia 10 tahun sehingga terpaksa dirawat di hospital.
Jumlah mangsa banjir di Johor, Sarawak, Sabah meningkat pagi ini
Di Johor, jumlah mangsa yang dipindahkan sedikit meningkat kepada 372 orang berbanding 364 orang malam tadi.
ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat Palestin di Gaza
Seluruh negara anggota ASEAN sepakat tidak setuju dengan sebarang bentuk pelanggaran undang-undang antarabangsa.
Pempengaruh Malaysia hilang di hutan Bandung ditemukan lemah, terbaring
Gadis berusia 22 tahun itu dijumpai terbaring kira-kira jam 10 malam di kawasan semak samun dalam keadaan lemah.
Piala EFL: Arsenal tersungkur di tangan Newcastle
Jaringan Jacob Murphy dan Anthony Gordon sudah cukup untuk membawa mereka ke Wembley dengan agregat 4-0.
Fahmi akan bertemu pengurusan tiga portal berita berhubung isu tunggakan gaji wartawan
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil akan mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan tiga portal berita susulan isu tunggakan gaji petugas media, esok.
NUJM sedia jadi perantara isu tunggakan gaji petugas media
Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) bersedia memainkan peranan sebagai perantara dalam isu tunggakan gaji petugas media di The Malaysian Insight, The Vibes, dan Getaran.
114 pengamal media peroleh manfaat daripada Tabung Kasih@HAWANA - Fahmi
Seramai 114 petugas media yang berdepan masalah dan memerlukan bantuan telah menerima manfaat sumbangan Tabung Kasih@HAWANA setakat 30 Julai lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
PRK Sungai Bakap: Polis jamin siasat kes gangguan seksual terhadap wartawan - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan akan dijalankan secara profesional mengikut lunas undang- undang sedia ada.
Haji: Petugas media main peranan penting tangkis berita tidak benar
Perkara itu perlu bagi memberi gambaran sebenar apa yang berlaku di Tanah Suci kepada rakyat Malaysia.
Kesihatan mental petugas media perlu dijaga demi kualiti kerja
Tuntutan kerja para petugas media yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk tekanan kadangkala mengakibatkan kesihatan mental menjadi lemah, sekali gus memberi impak kepada kesejahteraan mereka.
Presiden FAM rai media Malaysia di Qatar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin hari ini meraikan petugas media dari Malaysia yang membuat liputan Piala Asia 2023.
SPR keluar 744 kertas undi pos bagi PRK Kemaman
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan 744 kertas undi pos kepada pengundi yang berhak untuk mengundi secara pos bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.
Media 'tulang belakang' kejayaan PDRM - Polis Perak
Peranan media disifatkan sebagai "tulang belakang" kepada setiap kejayaan Polis Kontinjen Perak.
Petugas media CNA maut dalam kemalangan di Lebuhraya Karak
Motosikal yang ditunggangi mangsa hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.