HUJAN renyai-renyai menyambut pagi Ahad di Felda Sahabat, sejuk dan waktu sebegini sesuai menyambung semula tidur jika tiada tanggungjawab untuk ke pejabat.
Hasrat untuk berjogging seawal pagi di pesisir pantai Felda Sahabat bersama jurukamera, Ahmad Amir Ariffin sebelum memulakan tugas di hari minggu nampaknya terpaksa dibatalkan.
Jadi saya memutuskan untuk terus bersarapan dan mencari berita-berita menarik yang mahu diketahui rakyat di luar sana.
Umum harus tahu kepayahan menemubual seorang anggota keselamatan dan lebih perit jika mahu mereka mendedahkan identiti.
Selain berita 'kepala' askar dan polis yang disaji secara langsung, saya cuba menyelami jiwa sentimental anggota mereka selepas sebulan berjauhan dari keluarga.
Majoritinya tidak mahu mengaku, pasti kredibiliti lelaki 'macho' tidak boleh tergugat lebih-lebih lagi semua anggota keselamatan seolah sudah menjadi idola penduduk di sini.
Sebatang rokok dihulur kepada anggota yang saya panggil Pok Din -- tanda berkenalan -- orang Kelantan, dinyala dan mendung pagi ini saya putuskan untuk "slow talk" bersamanya.
"Bini beranok, anok nombo satu, meme sedih dok leh jupo, tapi nok buat guano, kijo demi gharo," (Isteri bersalin, anak nombor satu. Memang sedih tak boleh jumpa tapi nak buat macamana, kerja demi negara) katanya pekat dalam loghat negeri Cik Siti Wan Kembang.
Pok Din yang sudah berpindah menjaga beberapa kampung sekitar Felda Sahabat tahu, perasaan itu tidak boleh dilayan sangat. Ia boleh menjejaskan prestasi kerja.
Tambahan operasi dikatakan sudah sampai ke penghujung. Jadi maknanya makin singkat tempoh untuk Pok Din pulang ke kampungnya - sekali gus dapat mengucup dahi isteri dan anak tercinta.
Nampak bergenang air mata Pok Din semasa saya tinggalkannya sebelum ke sidang media harian di pusat media.
Lega mengetahui operasi pembersihan penceroboh sudah hampir tamat dan kemungkinan besar penduduk Kampung Tandou dan sekitarnya dapat kembali ke rumah masing-masing dalam masa dua hari lagi.
Melayan rutin harian menghantar berita di pusat media yang terletak 5 minit jarak dengan berjalan kaki ke pantai Felda Sahabat memang menyeronokkan.
Berjumpa petugas media,bercerita tentang perancangan harian dan mengucap selamat tinggal pada yang mahu meninggalkan Felda Sahabat -- pulang ke Kuala Lumpur selepas 'tamat tempoh' di sini - cemburu juga rasanya.
Selepas membancuh air kopi 3 dalam 1, saya teringat nasib Pok Din yang belum berjumpa anaknya sambil menjamah mee segera sumbangan pelbagai pihak di sini.
Saya rasa mee segera ini sedapnya macam makan spageti.
Wan Syamsul Amly
Sun Mar 24 2013


Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Hab Lembu Pedaging Felda Sahabat jadikan Sabah pengeluar terbesar - Mustapha
Lebih RM12 juta peruntukan diluluskan untuk projek hab itu di kawasan seluas 6,837.46 hektar ladang ternakan serta kawasan meragut.

Belum ada keperluan PKPD di Felda Sahabat - PJP Sabah
Sehingga keputusan saringan kesihatan diperolehi, pasukan keselamatan dan agensi bersama akan melipatgandakan kawalan.

Kami 'lapar' di sini
Catatan akhir wartawan Wan Syamsul Amly yang menamatkan liputannya di Lahad Datu, Sabah.

Semua mahu jadi Sarjan Hassan
Wan Syamsul Amly yang membuat liputan Ops Daulat di Lahad Datu meneruskan siri catatan pemerhatiannya. Kali ini, beliau bertanya: Siapa mahu jadi macam Buang dalam filem Sarjan Hassan?

Mee segera macam spageti
Wartawan Astro AWANI Wan Syamsul Amly yang kini berada di Felda Sahabat kongsi pengisian 'slow talk' antara beliau dan anggota yang dikenali sebagai Pok Din.

Antara 'Opocot' dan 'Ops Daulat'
Coretan wartawan Wan Syamsul Amly yang menjadi barisan hadapan Astro Awani bagi melaporkan kes pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Kalau tak ada angin...
Wartawan Astro Awani, Wan Syamsul Amly yang kini bertugas di Lahad Datu menceritakan pengalaman beliau di sana.

"Masanya sudah hampir tiba"
Catatan wartawan Wan Syamsul Amly yang ditugaskan membuat liputan Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah yang kini dijangka masuk ke fasa hari-hari terakhir.