DEWAN Filharmonik PETRONAS (DFP), yang terletak di Menara Berkembar PETRONAS, Kuala Lumpur City Centre (KLCC), akan mengakhiri perayaan 25 tahun penubuhannya dengan sebuah konsert bertenaga dari kumpulan indie terkenal Meet Uncle Hussain pada Sabtu, 2 Disember 2023 jam 8.30 malam.
Konsert ini menjadi kemuncak perayaan muzik sepanjang tahun yang mengemukakan artis dan kumpulan pelbagai genre muzik di DFP seperti Stacy, Dato’ Ramli Sarip, Exists, Kugiran Masdo, MPO Jazz Band dan Khai Bahar.
Meet Uncle Hussain tidak perlu diperkenalkan lagi. Ditubuhkan pada tahun 2000, kumpulan ini dikenali dengan muzik yang tersendiri dipengaruhi dari beberapa genre dan diperkuatkan dengan gubahan yang segar.
Mereka mengambil inspirasi dari band ikonik dari UK seperti The Dove dan The Killers.
Kumpulan ini telah membuat kejutan dalam arena muzik Malaysia pada tahun 2007 melalui lagu hit Lagu Untukmu yang telah memenangi beberapa anugerah. Lagu yang digemari golongan muda dan tua ini telah melangkau budaya, membuktikan keunggulan muzik mereka yang universal.
Pada tahun 2009, ketua kumpulan Taja Mustapha mengambil peluang mencuba pembaharuan dalam muzik mereka melalui single Drama King yang menampilkan penyanyi rock Black.
Lagu itu mendapat sambutan yang cukup hangat. Ini diikuti dengan lagu Pokok menampilkan penyanyi popular Hazama.
Dengan lirik mengenai refleksi diri, lagu itu telah diterima baik oleh khalayak peminat baru bagi kumpulan ini.
Kumpulan ini telah mengeluarkan empat buah album; Meet Uncle Hussain (2006), 7 Tahun 3 Bulan 90 Hari (2008), 8 Tahun (2009) dan Fasa 5 Dari Jauh (2020) selain beberapa single.
Mereka juga telah memenangi beberapa anugerah di majlis muzik berprestij seperti Anugerah Planet Muzik, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Industri Muzik.
Hari ini, kumpulan ini kembali menyemarakkan lagi persada muzik tanahair setelah berehat melalui konsert perdana di DFP dan sebuah single terbaru nukilan Taja khas untuk konsert ini.
Kumpulan ini dianggotai Taja (gitar), Babab (gitar), Gfat (bass) dan Pitt (dram). Untuk konsert istimewa di DFP ini, kumpulan ini akan berkolaborasi dengan dua vokalis hebat, Hazama dan Cliff Umar.
Hazama merupakan penyanyi yang tidak asing lagi di pentas DFP; beliau pernah menyanyi bersama Orkestra Filharmonik Malaysia pada tahun 2019 dan bulan September lalu manakala Cliff Umar merupakan juara Gegar Vaganza musim ketujuh dan mempunyai pengalaman luas membuat persembahan di kelab serata Malaysia.
Bertemakan ‘A Homage To Our History’, konsert ini akan mempersembahkan lagu-lagu hit antaranya Halusinasi, Putihnya Lukisan, Lagu Untukmu, Drama King, Pokok, Milk In The Bottle, Pari Pari Di Bawah Angin, Hilang dan Ali Baba.
Tiket dijual dengan harga serendah RM199 hingga RM369. -Gempak
Gempak
Sun Oct 01 2023

Meet Uncle Hussain tidak perlu diperkenalkan lagi. Ditubuhkan pada tahun 2000, kumpulan ini dikenali dengan muzik yang tersendiri dipengaruhi dari beberapa genre dan diperkuatkan dengan gubahan yang segar. -Gempak
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Slam masih berbisa, ubati rindu peminat di pentas DFP
Walaupun lebih tiga dekad mewarnai industri muzik tempatan, kumpulan ini membuktikan mereka masih relevan dalam industri hiburan tanah air apabila berjaya memukau sekitar 920 peminat setia yang hadir.

Aina Abdul meraih impian dengan konsert sulung di pentas DFP
Aina Abdul akan melakar sebuah lagi sejarah cemerlang dalam portfolio seninya apabila bakal membuat kemunculan sulung bersama MPO di DFP pada Mei ini.

Impian Slam buat persembahan di DFP bakal jadi kenyataan
Slam akan tampil berbeza dengan menyanyikan seleksi lagu yang jarang dibawa dalam persembahan langsung.

Meet Uncle Hussain masuk DPF, angkut sekali Hazama & Cliff Umar
Bertemakan A Homage To Our History, konsert ini akan mempersembahkan lagu-lagu hit antaranya Halusinasi, Putihnya Lukisan, Lagu Untukmu, dan Drama King.

Orkestra secara maya: Inisiatif Wisma Putra rai 'Perpaduan dalam Kepelbagaian'
Bersesuaian dengan semangat dan nilai 'Perpaduan dalam Kepelbagaian', Wisma Putra bersama MPO dan DFP mempersembahkan 60 pemuzik dari 26 negara.

Persembahan Spyro Gyra cuit kenangan lampau
Kuala Lumpur adalah destinasi kedua Spyro Gyra selepas N.Y. dalam jelajah meraikan ulangtahun ke-35 album Morning Dance, album yang mengangkat nama mereka sepanjang 40 tahun pembabitan dalam industri.